NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parlimen: 1MDB dan RUU164 hangatkan sidang



1. Suasana Dewan agak hangat hari bermula apabila Ahli Parlimen Segambut daripada DAP telah bangun mempertikaikan mengapa 1 MDB memberi Taklimat kepada pimpinan PAS di luar Dewan.?
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyebut kembali keputusan Tan Sri Speaker mengenai larangan perbincangan 1 MDB itu hanya terpakai dalam Dewan, adapun mengenai apa berlaku di luar Dewan bukanlah dalam kuasa Speaker. 

2. Aneh sungguh melihat gelagat Pakatan Harapan.PAS yang dapat taklimat daripada Presiden 1 MDB, Arul Kanda Kandasamy.Mereka tidak dapat taklimat sama, mengapa PAS pula yang dipersalahkan.?Dipersilakanlah Pakatan Harapan pula menjemput wakil 1 MDB untuk memberi taklimat kepada mereka. 

3. YB Kota Bharu yang juga Setiausaha Agung PAS bangun memperjelaskan keadaan. Beliau menyatakan bahawa terdapat 6 soalan Ahli Parlimen PAS mengenai 1 MDB turut ditolak oleh Dewan.Oleh kerana ada ruling sub judice dalam Dewan, PAS pun berusaha mendengar penjelasan di luar dewan.Adakah itu pun salah.?Namun, suasana dewan agak kecoh apabila Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching dengan biadabnya menuduh PAS kini sudah menjadi Cawangan UMNO dan mendesak PAS bergabung dengan UMNO. 

4. Dewan hari ini dijangka habis lewat kerana Menteri telah menyatakan usul bahawa Dewan tidak akan berhenti sehinggalaah RUU no 1 sehingga 4 selesai dibahas dan diluluskan. 
Kelihatannya, Kerajaan begitu terdesak mahu menyegerakan RUU 164 yang berada pada giliran no 4 itu diluluskan pada hari ini juga.RUU itu baru masuk semalam, hari ini sudah mahu diluluskan. 

5. Pada masa sama, DAP pula telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyokong Kerajaan BN sekiranya pindaan Perlembagaan dibuat agar anak Muallaf tidak boleh diIslamkan secara sebelah pihak.Wah, boleh pula DAP menyokong BN dalam hal ini.?Kalau PAS yang berpendirian sedemikian rupa, 1001 kecaman dilemparkan.Inilah wajah DAP yang sebenar, sanggup buat apa sahaja bagi melemahkan Islam. 

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli 
Pegawai Lajnah Hal Ehwal parlimen PAS 
09 Ogos 2017                        
© all rights reserved
made with by templateszoo