NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mufti Selangor: Kenyataan Media Berkenaan Keputusan Mahkamah Rayuan Membenarkan Anak Luar Nikah Dibinkan Atau Dibintikan Kepada Bapa Biologi 



KENYATAAN MEDIA
DATO' SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR 

BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MEMBENARKAN ANAK LUAR NIKAH DIBINKAN ATAU DIBINTIKAN KEPADA BAPA BIOLOGI 
------------------------------------------------------------------------------ 

1. Pada 27 Julai 2017, Mahkamah Rayuan telah memutuskan anak tak sah taraf boleh dibin atau dibintikan kepada bapa biologinya. Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa „tak sah taraf‟ berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah. 

2. Ulamak telah mengkategorikan lima perkara dharuriyyat yang perlu dipelihara dengan baik iaitu agama, nyawa, akal, nasab, dan harta. Setiap perundangan hukum itu hendaklah bertujuan mendatangkan maslahah (kebaikan) kepada umat dan mencegah kemudaratan terhadap lima perkara tersebut. 

3. Tindakan membenarkan anak luar nikah berbin atau berbintikan nama bapa biologinya kerana menjaga maruah anak tersebut tidak harus timbul dan tidak wajar diberi keutamaan berbanding perbuatan zina ibu dan bapa biologinya yang merupakan satu jenayah dan dosa besar. Tindakan ini akan menyebabkan kekeliruan nasab umat Islam dan mengundang pelbagai masalah dalam pelaksanaan undang-undang kekeluargaan Islam berkaitan perwalian, hadhanah (penjagaan anak) dan pengagihan harta pusaka bagi orang Islam. 

4. Sekiranya kebenaran ini terus diberikan, maka implikasi berikut akan berlaku, antaranya ialah:- 

i. kelahiran anak tak sah taraf akan berleluasa dalam masyarakat; 
ii. akan melahirkan umat yang celaru keturunannya; 
iii. anak tak sah taraf akan menuntut hak sama seperti mana anak sah taraf dalam perwalian, harta pusaka dan sebagainya yang boleh menimbulkan kerosakan yang lebih besar. 

5. Bagi mengelakkan kerosakan dalam keturunan umat Islam, maka Jawatankuasa Fatwa Selangor telah membuat fatwa berdasarkan seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang telah diwartakan pada 28 April 2005 yang menghuraikan keadaan-keadaan yang boleh mengesahkan status anak itu sebagai anak tak sah taraf iaitu:- 

i. anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan Hukum Syarak; 

ii. anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu “imkan al-dukhul” dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhah; dan 

iii. anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu "imkan al-dukhul" selepas akad yang sah, namun demikian terdapat pengakuan daripada suami atau isteri bahawa anak yang lahir itu adalah hasil daripada persetubuhan luar nikah. 

Dalam hal yang sama di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 ada memperuntukkan penentuan kesahtarafan anak yang dilahirkan daripada perkahwinan seorang lelaki dan perempuan yang melebihi 6 bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya. 


Hadis "al Walad lil firash" jelas menunjukkan bahawa anak yang dilahirkan oleh seseorang wanita dibinkan atau dibintikan kepada suami wanita tersebut yang mempunyai akad yang sah dengannya atau pemiliknya yang sah jika perempuan itu adalah seorang hamba sahaya. 


Ia adalah kaedah yang jelas bagi memelihara nasab dalam Islam supaya orang lain tidak mendakwa anak bagi perempuan yang bukan isterinya atau anak bagi hamba perempuan yang bukan miliknya adalah anaknya. 

Hadis tersebut langsung tidak menunjukkan bahawa anak yang lahir kurang dari enam bulan daripada tarikh akad yang sah boleh dinasabkan kepada bapa biologinya kerana di sana ada dalil al-Quran yang amat jelas, bahkan ijmak berkenaan masalah ini. 

Manakala bagi pendapat yang mengharuskan untuk menasabkan kepada suami si isteri dengan menggunakan kisah pertikaian perebutan nasab anak antara Sa‟d bin Abi Waqqas dengan „Abd bin Zam‟ah, sebenarnya kisah ini menunjukkan tidak boleh menasabkan anak yang tak sah taraf kepada bapa biologinya. Nabi SAW memutuskan bahawa nasab anak itu adalah kepada suami si isteri yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. 

11. Selain itu, kisah Juraij sebagaimana dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim juga dirujuk oleh mereka yang membenarkan nasab anak tak sah taraf kepada bapa biologinya. Soalan yang dikemukakan iaitu; “Siapakah bapa kamu wahai anak (yang masih baru dilahirkan)?” adalah bermaksud siapakah punca yang menyebabkan kelahiran anak tersebut, bukannya dengan maksud ayah sebenar yang diterima oleh syarak yang boleh dinasabkan dan yang akan mewarisinya. Tambahan pula ia adalah syariat sebelum kita (syara’ man qablana), maka ia tidak boleh dijadikan hujah dan sandaran ketika ada dalil lain yang bertentangan dengannya. 

12. Dakwaan yang menyatakan bahawa menasabkan anak tak sah taraf kepada bapa biologinya untuk menutup keaiban dan menghilangkan perasaan malu adalah tertolak sama sekali. Ia adalah hujah akal yang tidak sekuat dalil naqli yang menolak diberikan nasab kepadanya. 

13. Umat Islam dinasihatkan untuk tidak memandang serong terhadap anak-anak tak sah taraf yang sama sekali tidak mewarisi dosa ibu atau bapanya. Justeru, umat Islam digesa untuk tidak mengetepikan Hukum Syarak semata-mata berdasarkan stigma dan kesan psikologi terhadap anak tak sah taraf. 

14. Jawatankuasa Fatwa menegaskan bahawa sebarang pertikaian hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa utama dalam Hukum Syarak yang diiktiraf oleh undang-undang. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan sebagai badan penyelaras di peringkat pusat mengenai anak tak sah taraf juga perlu dihormati bagi mengelakkan kekeliruan dan perpecahan umat. 

15. Perlu ditegaskan bahawa menurut seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Selangor sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu. Seksyen yang sama juga memperuntukkan bahawa sesuatu fatwa yang telah diwartakan hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah di dalam negeri berkenaan tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya. 


16.Negara (JPN) yang masih merujuk kepada keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu pendaftaran bagi anak tak sah taraf yang melibatkan orang Islam kerana berkaitan dengan Hukum Syarak. Ini adalah kerana JPN sebagai pihak yang mendaftarkan kelahiran masih terikat untuk mematuhi undang-undang Syariah yang terpakai ke atas orang Islam.

17. Jawatankuasa Fatwa Selangor juga mengalu-alukan tindakan JPN melalui Jawatankuasa Fatwa Selangor juga menyokong tindakan Jabatan Pendaftaran Jabatan Peguam Negara untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut ke Mahkamah Persekutuan dan MAIS akan memohon kebenaran mencelah dalam rayuan tersebut. Ini adalah sebagai satu usaha untuk memelihara agama dan memartabatkan kedudukan undang-undang Islam di negara ini selaras dengan kehendak Hukum Syarak dan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Negeri. 

Dato’ Setia Hj Mohd Tamyes bin Abd Wahid 
Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor 
Shah Alam, Selangor 01 Ogos 2017. 
© all rights reserved
made with by templateszoo