NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memali: Sokongan kepada PAN dijangka makin menurun



Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan Parti Amanah Negara (PAN) akan kehilangan sebahagian sokongannya disebabkan pendirian mereka yang 'flip flop' terhadap desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja (RCI) menyiasat Tragedi Memali. Berdasarkan dapatan Institut Darul Ehsan (IDE) seperti yang didedahkan oleh Prof Dr Mohd Nor Nawawi sebelum ini, sokongan semasa kepada PAN adalah ditahap 1%. Oleh sebab itu, dengan pendirian mereka yang celaru terhadap RCI Memali, sokongan terhadap PAN dijangka merudum kepada 0.5% selepas ini.

Sebahagian ahli PAN terdiri dari bekas ahli-ahli PAS yang bersifat 'Umnofobia', dan salah satu sebabnya mereka bersifat sedemikian adalah disebabkan Tragedi Memali. Sememangnya Tragedi Memali merupakan sesuatu yang cukup terkesan kepada hati para pendukung PAS ketika itu, justeru ia amat sukar dipadamkan. Bagaimanapun, sikap pimpinan utama PAN dan pemudanya yang memperkekehkan desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan RCI Memali, akan menyebabkan ahli-ahli mereka dari kalangan bekas-bekas pendukung PAS mula berfikir tentang kesahihan halatuju parti tersebut.

Penulisan terbaru oleh Dr Kamarul Zaman Yusof dari UUM, yang mempertikaikan konsistensi para pimpinan PAN dalam menyuarakan pendirian mereka tentang Tragedi Memali, dilihat menjadi 'wake up call' kepada para pimpinan PAN. Mereka baru tersedar pendirian mereka mula menjadi bahan jenaka pelbagai pihak. Dulu mereka bermatian membela kematian Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya, sekarang mereka bertungkus lumus pertahankan Ketua Regim yang berkuasa semasa berlaku pembunuhan tersebut. Sekarang mereka mula untuk 'patah balik' bila menyedari tembelang mereka telah dipecahkan oleh Dr Kamarul.

PPP yakin dengan pendirian flip flop pimpinan PAN dalam isu RCI Memali ini akan membuka mata ahli-ahli mereka yang tiada kepentingan diri, untuk kembali semula kepada PAS. Mereka sekali lagi telah melihat perjuangan PAN yang didakwa diwarisi dari generasi PAS yang awal, hanyalah cakap-cakap kosong. Seperti yang pernah diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, semakin ramai ahli-ahli PAN yang mula kembali kepada PAS. Oleh sebab itu, jangkaan PPP, sokongan semasa kepada PAN akan jatuh dari 1% kepada 0.5%, bukanlah sesuatu yang mustahil terutama selepas pendirian flip flop mereka dalam isu RCI Memali.


Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP

23 Ogos 2017
1 Zulhijjah 1438
© all rights reserved
made with by templateszoo