Maghi Sining Nok Royak: Ugut Mengugut Dah Tak Laku - 1Media.My

Header Ads

Maghi Sining Nok Royak: Ugut Mengugut Dah Tak Laku




Ugut mengugut rakyat adalah kerja Umno. Dari JKKK, Wakil Rakyat, Ketua Jabatan, Menteri sampai kepada boss Umno yang besar sekali.

Tapi mereka terlupa bahawa kita sekarang duduk di era milenium. Bukan lagi tahun 80 an. Dulu bolehlah nak ugut sebab ramai yang pegang aqidah, kita boleh makan nasi kerana Umno. Boleh sekolah pun kerana Umno. Boleh kerja kerajaan kerana Umno. Boleh lalu atas jalan raya kerana Umno. Rumah masuk api lektrik kerana Umno. Anak-anak boleh biasiswa kerana Umno. Boleh sembahyang di masjid yang dibina Umno. Bila sakit boleh masuk hospital kerana Umno. Cuma tak ada orang yang kata kita boleh bernyawa kerana Umno.

Bagaikan negara yang tak ada Umno maka  rakyatnya tak ada air, api, sekolah, hospital, masjid dan jalanraya.

Saya mula mengajar dan berkuliah dari zaman sekolah lagi. Dah ada orang tegur, "mung sikit lagi dok leh nak kerja kerajaan!"

Bila balik dari Baghdad pada bulan September tahun 1999, gendang Pilihanraya Umum Ke 10 sedang rancak dipalu. Lepas daftar di Malaysian Dental Council dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sementara tunggu interview, saya mengabdikan diri kepada kerja perjuangan. Buat macam-macam kerja sebagai petugas parti nak hadap PRU 10. Ada lagi orang kata, "gelap gambar demo nak dapat kerja kerajaan lepas ni." Bagaikan kita nak masuk kerja hasil surat sokongan dari JKKK.

Bila jadi calon PAS PRU 12, Umno bawa modal atas pentas mereka, calon PAS tak kenang jasa. Belajar dengan biaya kerajaan tapi lawan kerajaan! Mereka tak tahu, pengajian ambe di Baghdad tak ambil satu sen pun duit kerajaan. Kalau ambil duit kerajaan pun apa salahnya. Saya bukan lawan kerajaan tapi lawan Umno. Cuma pesen Umno yang anggap duit kerajaan adalah duit Umno. Ini 'aqidah salah' yang dipegang oleh Umno sampai sekarang.

Politik ugut ini masih berlaku dalam masyarakat. Saya ada banyak bukti dan contoh. Ugut kalau tak undi BN maka tak akan dapat wang ehsan. Kalau tak undi BN, tak dapat duit raya. Tak undi BN, kena tukar kerja jauh. Tak sokong Umno, gelap gambar nak naik pangkat. Tak sokong Umno, borang bantuan pengajian anak-anak tak ditandatangan oleh JKKK. Tak sokong Umno maka tak dapat duit zakat dan macam-macam lagi. Semua ugutan ini bersifat duniawi belaka. 

Tapi realitinya taraf kehidupan orang PAS dalam masyarakat jauh lebih baik dari orang Umno. Saya ambil contoh, Haji Yaakob Ibrahim Ketua PAS Cawangan Kuala Kubang, Jabi. Sebuah kampung kecil di Jabi. Kalau di Kuala Kubang, dialah tokey getah skrap. Dialah pemilik kebun getah dan sawit. Ramai orang kampung kerja ambil upah menoreh dengan dia. Di halaman rumah dia ada lori, ada pickup, ada backhoe dan ada kereta. Padahal Haji Yaakob yang mesra saya panggil Abang Kob adalah Ketua Cawangan PAS. Ok je hidup dan makan serupa orang lain. 

Saya ada 13 adik beradik. Orang selalu anggap ukuran masuk U adalah anak-anak yang berjaya. Saya tak anggap begitu kerana setiap anak ada bakat masing-masing. Yang masuk U dia berjaya. Yang tak masuk U pun berjaya juga. Tak apalah kita ikut rentak orang sekejap. Kalau ukuran masuk U dikira berjaya, maka 9 dari 13 adik beradik saya masuk U. Padalah ayah saya seorang ahli PAS sejati yang terus istiqamah sampai sekarang. Alhamdulillah...

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
8 Ogos 2017