NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kisah Sebenar Tragedi Memali Siri 1


Berikut adalah kisah sebenar tragedi Memali, diceritakan oleh Mohamad Zuhdi Mat Piah
anak Mangsa Memali 1985

Tun Mahathir, Jangan mudah lupa!
Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub boleh sahkan!
Oleh: MOHAMAD ZUHDI MAT PIAH
Anak Mangsa MEMALI 1985
15/8/2017. 14:20
1. Dulu kau kata Anwar peliwat dan tidak layak memimpin negara, kini kau boleh bersama² mainkan rakyat jelata, konon itu cerita lama, Anwar pula kata Luka kecil sahaja! Walaupun sampai lebam biji mata dan rakyat dibelasah disembur gas pemedih mata, ada yg dipukul dan dipenjara. Ini semua hanya kerana kau takut hilang kuasa.

2. Begitu juga peristiwa Memali, Ustaz Ibrahim seorang ahli PAS yang sangat berpengaruh, kata-katanya memikat hati rakyat jelata, beliau berkata benar, berani lawan penyelewengan dan kezaliman, bangkit basmi kemungkaran, beliau tidak takut celaan orang yg mencela, beliau tidak pernah gentar dengan ugutan sang penguasa rejim Tun M ketika itu, UMNO Baling dan Kedah rasa tergugat, sehingga ada dikalangan pemimpin UMNO Kedah mendakwa Ustaz Ibrahim pembawa ajaran sesat.

3. Ustaz Ibrahim merupakan lulusan Universiti al-Azhar Mesir, kemudian belajar lagi di India dan Libya. Pernah bertugas sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama (JAKIM) di Jabatan Perdana Menteri. Beliau letak jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat kampungnya, rumahnya dijadikan tempat pengajian, orang kampung datang untuk menimba ilmu, tiada sebarang jenayah yg mereka lakukan, jadi tiada sebab untuk tahan atau tangkap beliau.

4. 19/11/1985 Tanganmu berlumuran darah-darah mangsa Memali, 14 orang dibunuh dengan kejam lagi zalim, walaupun bukan kamu yg tembak atau bunuh mereka (sepertimana kau tidak pegang satu bata pun utk pembangunan negara) tetapi ianya berlaku kerana arahan daripada kamu.

5. Tarikh tersebut, 14 orang isteri menjadi balu, anak-anak menjadi yatim, keluarga kehilangan ayah, kau bunuh tanpa belas kasihan, 3600 anggota polis lengkap bersenjata menyerang orang kampung bersama seorang ustaz kesayangan mereka.

6. 4 orang anggota polis yang terkorban terkena peluru, dari mana datangnya peluru kalau bukan dari sesama mereka? Tidakkah ada dikalangan polis yg mabuk dan melepaskan tembakan rambang? Orang kampung tiada M16, meraka hanya ada parang untuk urusan kerja kampung seharian.

7. Kereta perisai dibawa ke sana, merempuh pagar dengan rakus, melepas gas pemedih mata kepada orang kampung termasuk wanita dan kanak².

8. Apa salah mereka? Terbukti mereka tiada rekod jenayah, mereka tidak bersalah dan tidak pernah dihukum bersalah oleh mana² mahkamah dalam negara. Hanya kerana bimbang kuasa dan pengaruh terhakis, tergamak kau bertindak sedemikian, sungguh kau sangat zalim lagi kejam.

9. Tun M mendakwa mereka adalah penjenayah, pihak atasan polis juga mendakwa mereka adalah komunis. Ternyata ketika risikan komando 69 yang kononnya rumah Ustaz Ibrahim merupakan markaz komunis adalah maklumat palsu yg akhirnya mereka balik dan maklumkan kepada 'bos' mereka bahawa bukan markaz komunis tetapi rumah ustaz yg mengajar ilmu agama.

10. Ustaz Ibrahim dan 13 orang yang lain terkorban dengan tembakan dari peluru M16, bergelimpangan dihalaman rumah, didepan mata anak dan isteri, tanpa ada belas kasihan mereka terus disepak terajang dan dihentak dengan laras senapang.

11. Yang masih bernyawa dipukul bagaikan binatang, dicampak dalam trak bertindan² tanpa belas kasihan, dipijak dan dilanyak sepuas yg mahu dan dicampak bagai sampah, sungguh kau macam binatang.

12. Ayah saya (Mat Piah Yunus) ditembak dengan peluru M16, tembakan bertubi-tubi sehingga 14 biji peluru hinggap di badannya, jarinya putus, tangannya patah, dadanya tembus ke belakang, beliau dipijak, diherdik kerana tidak 'mampus'.

13. Ayah hanya tersenyum menunggu syahid yg beliau idam²kan, tetapi kuasa Allah mengatasi segala²nya, beliau tidak mati, beliau diseret dan dihumban dalam trak polis.

14. Di hospital, doktor keluarkan dan sahkan 14 biji peluru dalam badannya, dalam keadaan luka yg parah, Ayah diikat dgn rantai besi bagaikan penjenayah paling besar dan merbahaya, sehingga pernah mak bawa saya ke hospital untuk ziarah Ayah, saya waktu itu baru berumur setahun, menjerit ketakutan melihat keadaan Ayah. Kenapa sampai begitu??? Sekali² saya tidak akan katakan ianya 'isu kecil'.

15. Selepas beberapa bulan, Ayah dimasukan dalam tahanan ISA, 2 tahun akan ditahan. Dalam keadaan mak yg tidak sihat dan saya masih kecil, Ayah diperlakukan tanpa prikemanusiaan.

16. Begitu juga kanak-kanak dan wanita disiksa, selain 14 nyawa terkorban, ramai mangsa yg cedera parah, ada yang cacat kekal sampai hari ini.

17. Setelah 32 tahun berlalu, Tun M tidak pernah mengaku salah apatah lagi ingin memehon maaf, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub boleh sahkan! Malang, kini ketiga² nama yg saya sebutkan boleh bersama² Tun M, sungguh tiada maruah dan menjilat ludah sendiri!

18. Kami anak-anak mangsa tidak pernah lupa peristiwa hitam ini, peristiwa ini akan terus menghantui Tun M. Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa supaya Tun M dipanjangkan umur agar beliau melihat sendiri hasil jenayah dan penyelewengan sepanjang pemerintahannya selama ini. Ya!sekarang Tun M sedang 'menikmatinya'. Yang ingin bersamanya dan bersekutu silakan!

19. Ingat! Ketika seketol batu menghalang kemaraan Nabi dan para sahabat untuk berdepan kumpulan ahzab (bersekutu), Nabi pukul batu tersebut, lalu Nabi sebut kepada para sahabat, kuasa besar Rom akan jatuh. Nabi pukul kali yg kedua, Nabi sebut Parsi juga akan jatuh. Islam pasti menang!

20. Kami anak-anak muda sekali-kali tidak akan bersama UMNO/BN dan tidak bersama Pakatan Harapan. Kami akan bersama perjuangan Islam yg dipimpin oleh PAS dan kepimpinan ulamak dengan GAGASAN SEJAHTERA, kami yakin Islam pasti menang. Allahu Akbar!
© all rights reserved
made with by templateszoo