Kisah sebenar di sebalik pelancaran zon bebas cukai Kenyir. - 1Media.My

Header Ads

Kisah sebenar di sebalik pelancaran zon bebas cukai Kenyir.



Pelancaran jualan zon bebas cukai Kenyir kelihatan nak alih isu sebenar. Jualan itu dibuat di Pengkalan Gawi, atas daratan utama. Bukan di Pulau Bayas di mana kerajaan berbelanja lebih RM200 juta sebagai Kompleks Bebas Cukai.

Kemudahan kompleks itu masih gagal disiapkan. Terkini kerajaan bagi tambahan masa untuk penyiapan /Extension Of Time sehingga 18 Ogos 2018. Itu utk siapkan bangunan. Bagaimana pula kemasukan penyewa/peniaga? Bila nak beroperasi?

Pilihanraya pula jika ikut perlembagaan paling lewat genap 5 tahun, sekitar bulan Jun tahun 2018.

Jika kerajaan boleh buat jualan bebas cukai di Pengkalan Gawi seperti hari ini, mengapa perlu berbelanja RM200juta lebih di Pulau Bayas yg perlu naik bot laju selama setengah jam pergi dan setengah jam balik semata mata utk shopping?

Naik bot dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi, Pulau Bebas Cukai selama 45minit -1 jam ada banyak boleh dibuat di pulau berkenaan. Ada tarikan pelancongan, tempat bersejarah, hotel hotel dan macam macam . Boleh bermalam   dan banyak yg boleh dilakukan. Boleh memandu keliling pulau.

Di Pulau Bayas, Kenyir, cuma untuk beli belah sahaja bayar tambang bot yg mahal dan panjang masanya.

Kos ekonomi kah (economies of scale) untuk shopping begitu jika untuk pembelian window shopping sekadar sebagai pelancong?

Perlu urusniaga pukal yg bersaiz lebih besar jika nak berbaloi dgn daya usaha perjalanan, (parking, tambang bot, masa) bagi pembeli dan pelaburan yg dibuat oleh peniaga yg sanggup buka kedai di sana. Ada kawan tunjuk resit parking kereta di Pengkalan Gawi RM15.

Jika di Pengkalan Gawipun boleh membeli harga bebas cukai selain di kompleks bebas cukai di Pulau Bayas, saya sebagai peniaga akan memilih berniaga di Pengkalan Gawi.

Mengapa nak susahkan diri buka kedai di pulau yg jauh?

Begitu juga bagi pelancong dan pembeli.

Betul, untuk pertama kali akan ada keinginan untuk melawat, melancong mengalami pengalaman ke Pulau berkenaan.

Tetapi jika sudah pergi 2 atau 3 kali, kemungkinan yg lebih besar adalah orang ramai lebih memilih membeli di darat saja di Pengkalan Gawi sahaja.

Apapun kita akan memerhatikan kesudahan belanja ratusan juta berkenaan dalam tempoh yg tidak lama.

Perhatikan Taman Tamadun Islam. Lebih kurang begitulah.

Amzad Hashim
3 Julai 2017