NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khalid sah bersara jawatan ketua polis negara


Oleh: 
Minderjeet Kaur | August 23, 2017



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan persaraannya bulan depan, selepas mengetuai pasukan keselamatan itu selama 4 tahun.

“Tempoh jawatan saya tamat pada usia 60 tahun,” kata Khalid yang akan meraikan ulang tahun kelahiran ke-60 beliau pada 5 September ini, kepada FMT hari ini.

Kekosongan yang ditinggalkan Khalid akan diisi timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

“Buat masa ini, timbalan ketua polis negara akan ambil alih,” katanya.

Noor Rashid, 59, dilantik sebagai timbalan ketua polis negara pada Disember 2014.

Khalid sebelum ini mendiamkan diri apabila ditanya sama ada kontraknya akan dilanjutkan.

Anak kelahiran Seremban itu menyertai pasukan polis pada 1976 sebagai inspektor dan sepanjang menjadi ketua polis negara ke-10, beberapa perhimpunan pembangkang dan pro-kerajaan berskala besar diadakan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Khalid turut dikritik menggunakan Twitter untuk mengumumkan siasatan ke atas catatan berunsur “hasutan” di media sosial.
© all rights reserved
made with by templateszoo