NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JAKIM Kesal Kenyataan Kontroversi Mengenai Islam Dalam Program Anjuran IRF dan G25


Jakim melahirkan kekesalan di atas kenyataan kontroversi seorang individu yang dikenali sebagai Dr Mun'im Sirry dari University of Notre Dame yang menjadi panel dalam program anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) dan G25. Jakim difahamkan beliau telah berkata bahawa Al-Quran tidak relevan dan Al-Quran sebenarnya turun di Mesopotamia. Ini suatu kenyataan yang salah dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama. Beliau juga seolah-olah cuba untuk mempromosi tafsiran baru kepada kebenaran kitab suci Al-Quran.Jakim melihat isu ini merupakan satu percubaan oleh IRF dan G25 untuk membawa masuk ke negara ini idea-idea liberal yang sesat. Perbuatan ini sangat bahaya dan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Kenyataan Media
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Berkenaan Kenyataan Seorang Individu
Dalam Program Anjuran IRF dan G25

Jakim melahirkan kekesalan di atas kenyataan kontroversi seorang individu yang dikenali sebagai 
Dr Mun'im Sirry dari University of Notre Dame yang menjadi panel dalam program anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) dan G25. 

Jakim difahamkan beliau telah berkata bahawa Al-Quran tidak relevan dan Al-Quran sebenarnya turun di Mesopotamia. Ini suatu kenyataan yang salah dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama. Beliau juga seolah-olah cuba untuk mempromosi tafsiran baru kepada kebenaran kitab suci Al-Quran.

Jakim melihat isu ini merupakan satu percubaan oleh IRF dan G25 untuk membawa masuk ke negara ini idea-idea liberal yang sesat. Perbuatan ini sangat bahaya dan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Jakim memandang serius perkara ini dan perlu ada penyelarasan dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi-agensi lain yang berkaitan, agar mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang menyalahi undang-undang dan amalan Islam yang diamalkan di Negara ini. Tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang dan pihak penganjur akan dipanggil untuk memberi penjelasan.

Semua pihak juga perlu ingat bahawa negara ini majoritinya adalah umat Islam yang berpegang teguh  kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kedudukan Islam dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan. Malahan kita juga perlu sama-sama menjaga keharmonian beragama di samping memelihara Kedaulatan Agama Islam di Malaysia.

Sekian

TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah Jakim 
Kompleks Islam Putrajaya
25 Ogos 2017
© all rights reserved
made with by templateszoo