Maghi Sining Nok Royak: Hanya PAS Yang Tak Dapat Ditipu Mahathir. - 1Media.My

Header Ads

Maghi Sining Nok Royak: Hanya PAS Yang Tak Dapat Ditipu Mahathir.



Bagi saya Mahathir adalah manusia dengan darah Umno sejati. Dia rela dimaki, disumpah-seranah, dihina dan diperlakukan apa saja demi untuk menyelamatkan Umno. 

Setakat ini Mahathir berjaya melaksanakan tugasnya dengan sangat berkesan. Menyusup ke dalam PH dan memporak-porandakan pakatan dalam PH yang dah sedia rapuh sehingga jadilah PH satu pakatan dengan 3 driver. Lalu bila PH porak poranda maka yang untung adalah Umno. 

Akhirnya hanya tinggal PAS saja yang tak mampu ditipu oleh Mahathir dan menjadi lawan yang dapat  memberi ancaman kepada Umno. 

Saya tak percaya Mahathir masih ada cita-cita nak jadi PM. Mahathir bukannya budak-budak. Dia dah puas berada di puncak kuasa. Dia pun tahu bahawa mustahil PH boleh perintah Malaysia. Yang bodohnya ialah mereka yang kini sanjung Mahathir sedangkan dulu tengok muka Mahathir pun rasa nak muntah. Sekarang Mahathir kentut atas muka mereka tapi mereka kata, oh! wanginya!

Dalam umur seperti Mahathir sekarang, kalau sambut hari jadi, tiup lilin pun dah tak berapa nak mati, Mahathir membuktikan sayang beliau kepada Umno dengan cara yang sangat luar biasa dan tak terjangkau dek akal mereka yang telah ditipu.

Ingat! Mahathir tak pernah minta maaf walau sepatah atas apa yang dia tuduh kepada Anwar. Mahathir juga tak pernah minta maaf walau sepatah atas segala salah laku sepanjang dia jadi PM selama 22 tahun. 

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
6 Julai 2017