FMT: Apa sudahnya Drama Zahid-Mahathir? - 1Media.My

Header Ads

FMT: Apa sudahnya Drama Zahid-Mahathir?



Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zahid Mat Arip mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapat restu melantiknya sebagai perdana menteri sekiranya berjaya menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak. 

Zahid menerusi rakaaman video mendedahkan pertemuan itu berlaku setelah Ahmad Zahid dilantik menjadi timbalan perdana menteri, beliau ujarnya, pernah berjanji kepada Dr Mahathir akan menjatuhkan Najib dalam tempoh tiga bulan selepas pelantikannya. 

"Tidak sampai sebulan jadi TPM dia mengadakan pertemuan sulit berjumpa Dr Mahathir di rumah Dr Mahathir. Dia minta restu nak tumbangkan Najib sebagai PM dalam masa 3 bulan dan minta restui untuk jadi PM mengantikan Najib. 

"Dr Mahathir walaupun marah kepada Najib tetapi beliau tidak setuju dengan cara Zahid. Dr Mahathir minta supaya parti tentukan kedudukan siapa perdana menteri selepas Najib berjaya ditumbangkan," ujar Zahid dalam video yang berdurasi 4 minit itu yang dirakam.

Oleh kerana kekecewaan dakwanya lagi, Ahmad Zahid memilih untuk mengampu Najib yang juga Presiden Umno. 

"Dia balik dengan perasaan kecewa tidak dapat restui daripada Dr Mahathir. 

"Dia memilih untuk mengampu Najib habis-habisaan tetapi tak reti cara nak mengampu..inilah 'standard' timbalan perdana menteri yang kita ada...," ujarnya dalam nada yang kesat. 

Beliau turut berkata pernah diberitahu oleh Tan Sri Aziz Shamsuddin supaya berhati-hati dengan Ahmad Zahid dengan berkata:"Dia letak keris dibelakng bila tunduk keris keluar, " bagaimanapun Zahid menjelaskan beliau tidak terkejut dengan pesanan oleh Aziz itu. 

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri itu ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya semalam yang mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit. 

Menurut Zahid lagi, beliau tidak terkejut dengan ucapan yang dibuat oleh Ahmad Zahid. 

"Dia cuba wujudkan rasa benci ahli Umno kepada Dr Mahathir yang telah berkhidmat sebagai Presiden dan Perdana Menteri selama 22 tahun dengan mengaitkan Dr Mahathir bukan Melayu tulen tetapi berdarah mamak. 

"Apa salah punyai darah mamak dalam tubuh badan kita, darah india dalam tubuh badan dia..macam dia berdarah jawa, salah? tak salah. 

"Saya ingat arwah bapanya pada masa kelahirannya, nak namakannya 'Ahmad Darogi bin Ahmad Tarmizi' tetapi ada ustaz bagi tahu nama itu tak sedap bunyi berdengung jadi tukarkanlah namanya kepada Ahmad Zahid Hamidi. 

"Saya nak bagi tahu... orang tidak benci Dr Mahathir orang sayang Dr Mahathir yang benci Dr Mahathir adalah dikalangan penyangak dan penyamun," tegasnya. 

Zahid juga berkata, dalam barisan kepimpinan Umno sesiapa pemimpin yang mempunyai darah 'mamak' tidak akan mendapat tempat di dalam Umno. 

"Dalam masa sama pimpinan Umno yang berdarah mamak seperti Tan Sri Irwan Serigar, Aziz Rahim, Aziz Sheikh Fadzir, Reezal Merican tidaklah berkecil hati dengan Zahid Hamidi. Kalau orang yang berdarah mamak ini tidak ada tempat dalam Umno," dakwanya. -MD