NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Buffon, Messi Dan Ronaldo Disenaraikan Calon Pemain Bolasepak Lelaki Terbaik UEFA



Alih bahasa oleh Eddy Zakry, 1Media.my.

Gianluigi Buffon, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah disenaraikan sebagai di antara calon-calon pemain bolasepak lelaki terbaik Eropah tahun ini oleh persekutuan bolasepak Eropah, UEFA.

Buffon penjaga gol Itali dan Juventus, Messi penyerang Argentina dan Barcelona dan Ronaldo penyerang Portugal dan Real Madrid telah dipilih oleh panel juri yang terdiri dari 80 jurulatih dan 55 wartawan.

Messi dan Ronaldo telah memenangi anugerah tersebut sebanyak 2 kali dengan Ronaldo memenanginya musim lepas.

Anugerah tersebut akan disampaikan pada majlis undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (Champions League) 2017/18 24 Ogos ini di Monaco.

Pemain-pemain lain yang tersenarai di dalam kelompok 10 pemain teratas adalah,

4.) Luka Modric ( Croatia, Real Madrid )

5.) Toni Kroos ( Jerman, Real Madrid )

6.) Paulo Dybala ( Argentina, Juventus )

7.) Sergio Ramos ( Sepanyol, Real Madrid )

8.) Kylian Mbappe ( Perancis, Monaco )

9.) Robert Lewandowski ( Poland, Bayern Munich )

10.) Zlatan Ibrahimovic ( Sweden, Manchester United )
© all rights reserved
made with by templateszoo