NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN Diingat Jangan Eksploit Sukan SEA Untuk Kepentingan Politik.


Oleh Eddy Zakry, 1Media.my.

Ahli-ahli PAS digesa memberi sokongan kepada atlet negara pada Sukan SEA yang sedang berlangsung tetapi mengingatkan Kerajaan BN agar tidak menggunakan temasya sukan itu untuk berkempen menjelang PRU14.

Kata Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abd Samad, rakyat Malaysia perlu memberi sokongan kepada atlet negara dan melupakan sebarang sentimen politik. 

Beliau menambah, rakyat Malaysia perlu bangga dengan setiap pingat yang dipungut dan kesungguhan para atlet.

Oleh itu, beliau berharap tidak ada pihak yang cuba mengaitkan sebarang kejayaan kepada mana-mana parti politik.

"Atlet kita bermati-matian berjuang untuk mengharumkan nama negara dan mereka perlu dihormati," Iskandar berkata.

Iskandar juga berkata beliau telah membeli tiket untuk menyaksikan sukan tersebut bersama keluarga.

Sukan SEA tahun ini yang diadakan di Malaysia adalah edisi ke 29 sukan tersebut. Ia berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos tahun ini. Terdapat 404 acara dalam 38 jenis sukan dengan lebih 4,800 atlet. (1Media.my)
© all rights reserved
made with by templateszoo