NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parti Amanah Negara (PAN) Hanya Ada 1% Sokongan?


Semalam, 17 Ogos, Naib Presiden merangkap Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran, Perancangan & Jaringan Global) UNISEL, Prof Dr Mohd Nor Nawawi, mendedahkan bahawa AMANAH hanya mempunyai kira-kira 1% sokongan.

Kata Prof Dr Mohd Nor, orang-orang Melayu masih belum tertarik kepada AMANAH dan dapatan-dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan pemikir di bawah Kerajaan Negeri Selangor, mengenainya adalah konsisten.

Tidak dinafikan bahawa hampir semua Ahli Lembaga Pengarah IDE adalah terdiri daripada bekas pemimpin atau aktivis ABIM, iaitu Dato’ Dr Siddiq Fadzil (bekas Presiden ABIM) sebagai Pengerusi, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman (bekas Naib Presiden ABIM) sebagai Timbalan Pengerusi serta Nik Nazmi Nik Ahmad, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin (bekas Setiausaha Agung ABIM), Dato’ Kamarudin Jaffar (bekas Setiausaha Agung ABIM) dan Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain sebagai Ahli.

Saya bagaimanapun memilih untuk bersangka baik dengan IDE.

Simpati saya kepada AMANAH di atas tamparan UNISEL/IDE ini.

Dr Kamarul Zaman Yusoff                        

© all rights reserved
made with by templateszoo