Akta 164: NGO Islam Bantah Pindaan - Sekretariat Ummat - 1Media.My

Header Ads

Akta 164: NGO Islam Bantah Pindaan - Sekretariat Ummat



SEKRETARIAT UMMAT
KENYATAAN MEDIA
BANTAHAN TERHADAP PINDAAN AKTA 164

SEKRETARUAT UMMAT YANG MEWAKILI NGO2 ISLAM dengan ini menyatakan bantahan terhadap usul kerajaan untuk meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau dikenali juga sebagai Akta 164.
Pindaan ini melibatkan 3 perkara utama yang melihatkan penghakisan terhadap hak umat islam :-



i.       mengusulkan agar mualaf turut dibenarkan untuk membubarkan perkahwinannya mengikut undang-undang sivil
ii.       agama anak mualaf  kekal pada agama asalnya dan hanya boleh ditukar jika kanak-kanak ini mendapat persetujuan kedua2 ibu dan bapa.
iii.      ia mempunyai kesan terkebelakang (restrospektif).


Pindaan ini bukan sahaja menafikan hak kebebasan ummat islam seperti yang terkandung dalam Fasa 3(1) perlembagaan malah ianya bercanggah dengan Fasa 12 (4) dalam menentukan agama anak yang berusia dibawah 18 tahun. Sedangkan Ordinan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 1952 menyatakan apabila seseorang itu memeluk Islam, maka anak mualaf tersebut secara automatik akan beragama Islam.


Pindaan ini juga tidak mengambil kira apa yang telah dipersetujui dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil ke-19 pada 27 hingga 29 April 2009 yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menjelaskana bahawa mana-mana pasangan bukan Islam yang memeluk Islam dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun hendaklah menjadi orang Islam kerana ia selaras dengan hukum syarak.

Kami melihat tindakan meminda Akta 164 akan menimbulkan lebih banyak pertikaian undang-undang berbanding menyelesaikan masalah.



Aminuddin Yahaya
Pengerusi

SEKRETARIAT UMMAT