NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah anda tahu anda bakal didenda sehingga RM 15000 jika tidak ada permit buat ibadat korban?


PAGOH - Orang ramai yang mahu melaksanakan ibadah korban bersempena perayaan Aidiladha nanti diingatkan supaya memohon permit berkaitan terlebih dahulu dalam mengelakkan sebarang permasalahan berhubung tahap kesihatan haiwan sembelihan terbabit.

Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ismail Mohamed berkata, permohonan Permit Kebenaran Sembelihan Untuk Tujuan Adat itu adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan haiwan sembelihan mereka berada dalam keadaan baik.

"Mereka harus memohon permit tersebut terlebih dahulu sebelum acara sembelihan dilakukan kerana ia adalah penting untuk pihak berkaitan memantau tahap kesihatan haiwan korban berkenaan.

"Malah, melalui permohonan permit bernilai RM35 bagi setiap seekor sembelihan itu, pihak berkuasa akan mengenal pasti sebarang penyakit sama ada berjangkit ataupun tidak yang dihidapi haiwan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Muafakat Tani, Dun Jorak, di sini hari ini.

Ismail yang juga Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh itu berkata, kegagalan orang ramai mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Jabatan Veterinar negeri boleh menyebabkan mereka didenda.

"Semua penyembelihan harus mendapatkan sijil kesihatan dan kebenaran sembelih daripada Jabatan Veterinar negeri terlebih dahulu dan sekiranya mereka gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil iaitu denda sehingga RM15,000," katanya.

© all rights reserved
made with by templateszoo