NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1MDB: Kenyataan Timbalan Presiden PAS Yang Telah Diputarbelit



Berikut adalah kenyataan sebenar sewaktu Sidang Media Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di DePalma Hotel Ampang, 7 Ogos 2017 jam 1.15 petang.

PAS telah mengadakan sidang meja bulat bersama dengan pihak pengurusan 1MDB, yang diketuai oleh Presiden 1MDB, Sdr Arul Kanda. Secara keseluruhannya pembentangan mengambil masa 3 jam setengah dan dihadiri hampir 30 org jawatankuasa daripada PAS Pusat dan tokoh-tokoh yang kita undang pada hari ini.


Secara keseluruhannya bagi pihak kami, kita berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberi oleh Sdr Arul khususnya pelan rasionalisasi yg telah dicadangkan oleh beliau bagi mengatasi kemelut yg dihadapi dalam 1MDB.

Isu yang berlaku hari ini, Kementerian Kewangan telah pun mengambil alih aset yang ada pada 1MDB.Jadi hasil dari perbincangan tersebut didapati, bila aset diserah kepada MOF Incorporated, maka kita perlu untuk monitoring terhadap isu-isu yang melibatkan aset tersebut.Sebab bila aset diambil oleh pihak Kementerian, kita bimbang ia akan mencetuskan masalah baru jika tidak dikawal, dan kita harapkan bahawa isu-isu ini mesti dipantau direct di bawah parlimen.

Maknanya pihak Kementerian Kewangan/Menteri perlu melaporkan kepada parlimen supaya ahli2 parlimen kita dapat mengikuti setiap perkembangan supaya tidak timbul masalah baru.

Hasil perbincangan ini juga kita mencadangkan PAS mencadangkan supaya RCI/ Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menyiasat perkara-perkara yang berlaku yang membawa kemelut dalam isu 1MDB, khususnya sebelum Sdr Arul diterima masuk dan dibuat pelan rasionalisasi tersebut.Jadi cadangan ini sebenarnya telah pun dibawa oleh DS Tuan Guru Presiden pada 13 Oktober 2015, antara yg paling awal mencetuskan idea supaya RCI diwujudkan dalam isu 1MDB.

Di waktu yang sama kita harapkan supaya 1MDB perlu diberi peluang untuk menyelesaikan segala hutang yang ditanggung oleh 1MDB, kerana kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kos faedah/interest yang dikenakan adalah sangat besar, setahun sebanyak 1.9 billion USD, interest sahaja. Jadi kalau kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kadar interest bertambah. Dan bagi kita, tindakan pelan rasionalisasi yang dibuat oleh 1MDB ini berada di atas landasan yang betul setakat ini. Dan kita harap tidak banyak campurtangan politik yang mengganggu pelan yang telah pun dikemukakan oleh beliau. Jadi secara keseluruhannya perbincangan sangat menarik dan terbuka. Beliau juga mengemukakan beberapa dokumen khususnya hasil perbincangan dengan PAC dan dokumen2 tersebut ialah dokumen yang boleh kita akses dan download dari media sosial.

Walau bagaimanapun kepada kami, PAC tidak boleh menyelesaikan masalah, sebab ia hanya satu badan yang dianggotai oleh lapan ahli parlimen BN dan lima daripada pembangkang,dan hanya bidang kuasa menyiasat tetapi tindakannya nampak masih belum ada. Dengan penuh hormat kepada agensi penguatkuasa yang ada di Malaysia, SPRM, Polis, Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Audit Negara, dengan penuh penghormatan pada agensi2 ini, kita lihat bahawa perlunya RCI ditubuhkan. Dan bagi kami, RCI ialah jalan keluar dan kalau ada yang terlibat, kita harap ambil tindakan.Pihak kerajaan perlu ambil tindakan. Dan insya Allah mudah2han dengan penubuhan ini, isu ini ada jalan keluar dalam konteks penglibatan individu2 tertentu, tokoh2 tertentu. Di waktu yg sama negara tidak terbeban dengan bebanan hutang yang dibuat oleh 1MDB. So itu penjelasan yang saya nak buat pada hari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo