August 2017
#1MDB #BAJET2018 #H355 #PRU14 #ROHINGYA #RUU164 #RUU355 1 lawan 1 1MEDIA 1MediaTV 3penjuru A Kumaresan Abdul Rahman Malik ABIM Advertorial Advertorial Fastaqim 2.0 AES Afghanistan AG AGAMA AKTA 164 Alang Ibn Shukrimun Algeria Aljazeera amalmedia Amerika ANALISA Anwar Ibrahim ARTIKEL Azwan-Azmin BAITUL MAQDIS Bandar Tun Razak Banjir bencana BERITA BERITA UMUM BIASISWA BN BR1M Brazil Calon Johor Calon Kelantan Calon Perlis Calon Selangor Calon SeMalaysia Calon Wilayah Persekutuan Cars Cikgu Azizan City Cuaca Cuba Cuepacs DAP Dato' Iskandar A. Samad Datuk Ahmad Faris Abdul Halim Dhia Hani Dr Awang Azman Awang Pawi Dr Faris Marwan Dr Khairuddin Aman Razali Dr Mohd Zuhdi Marzuki Dr Muhammad Fathi Yusof Dr Riduan Mohamad Nor Dr Tanaka Mustafa Dr. Amini Amir Abdullah Dr. Fathi Yusof Dr. Kamarul Yusoff dunia DUNIA ISLAM Editorial 1Media EKNOMI EKONOMI ENGLISH Entertainment Fashion Felda FGV Fikri Allaudin Food Flotila for Arakan Mynammar(FFAM) Foods Gagasan OKU Muqarabun Gagasan Sejahtera GALERI Gallery gaza GERAKAN Global GPMS Graphic Design GST hadi awang Hari Raya Herman Samsudeen ICR IG Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah 2017 Ijtimak Kelantan 2017 Ijtimak Perpaduan Ummah 2017 IKSIM IMAMS INDONESIA INFO insiden Islam Israel ISU JAKIM jenayah Johor Kalam Perantau kanada karya Kedah Kelantan kembara Kerajaan Teknokrat kesihatan KESIHATAN DAN GAYA HIDUP KIRIMAN kiriman pembaca komentar konflik Kongres Rakyat konspirasi Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) LEBAI Lee Chai Kee LEMBARAN SEJARAH Liberalisme LIPATAN SEJARAH LUAR NEGARA M. Kamal Affandi MACMA Maghi Sining Nok Royak Mahamad Naser Disa Malaysia Sejahtera Manifesto MASJID MCA Melaka MEMALI MERDEKA Mesir meteor Geminids MH370 Mohd Khairul Anwar al-Idrus Mohd Nor Hamzah Motion Design Motivasi Movies MP/ADUN PAS Musa Awang Music MyAqsa MyDeposit MyPPP N9 nasional Nature Nazman Che Iberahim NGO NGO Pendidik Nigeria Nik Abduh NUTP P.PINANG Pahang PAKATAN HARAPAN Pakistan PALESTIN PAS PBB PCM Pelancongan PENGGUNA People Perak PERKASA PERLIS PERSONALITI PGSM PH PHM Phone pilihan PKR POLITIK PPBM PPIM PPMM PPSMI Print Design PRM Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain PRU14 PSM Pulau Pinang Rajaluddin Ahmad Ramadhan resepi Roslan SMS ROYALTI Sabah SABAH & SARAWAK Sarawak SELANGOR semasa Seni dan Kebudayaan Seniman Server Short Shuhaimi Al-Maniri SOSMA Sports SPR sprm sukan Surat Pembaca Swaziland Syed Ahmad Fadhli Syria Tahukah anda Tan Sri Jins Shamsudin Technology TEKNOLOGI TEKNORAT TERENGGANU Test TGNA tips Title tmp Travel Trump tun m UbahTV UCP UMMAH UMNO UNDANG-UNDANG Update USNO Video Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain WANITA waran tangkap Web Design ziarah kubur Zimbabwe Zin Mahmud



Sekumpulan Muslim Rohingya kini sedang lari menyelamatkan diri ke sempadan Bangladesh sangat memerlukan dengan segera beras, makanan, selimut, ubat dan khemah . 


Ribuan dikalangan mereka sedang kelaparan dan ketakutan, sakit dan cedera. Anak-anak mereka sedang menangis. Mereka lari sehelai sepinggang!



Mohon dengan segera kita gandakan usaha untuk bantu mereka dalam tempoh 24 jam hari Arafah dan berikutnya hari-hari tasyrik utk kumpulkan minima RM 20k untuk dihantar segera ke sana.


Tabung Kemanusiaan Antarabangsa (Maybank)
5640 7061 1352

Hasbunallah wani'malwakil

------------------------------------
Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah PASRelief



Pada jam 4.00 petang, masa United Kingdom (UK), Ketua Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, gagal mengemukan bukti kepada Mahkamah di London bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menyogok Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebanyak RM90 juta. Kegagalan beliau untuk berbuat demikian melanggar perintah Mahkamah bertarikh 2 Ogos 2017 (lihat di bawah) yang memerlukan beliau untuk memfailkan serta mengemukan pembelaan beliau mengikut tarikh yang ditetapkan.

Imbasan secara ringkasnya, Clare telah disaman di atas artikel terbitan Editorial Sarawak Report yang mendakwa bahawa Najib menyogok Hadi sebanyak RM90 juta untuk mendapatkan faedah politik. Presiden PAS meminta peguam beliau di United Kingdom (UK) untuk menghantar surat kepada Claire sebanyak 3 kali menuntut permohonan maaf ke atas tuduhan palsu tersebut namun tiada satu pun jawapan di terima.

Ia tidak di jawab kerana Clare sememangnya tidak mahu berkerjasama dan tiada bukti yang kukuh di atas tuduhan beliau, mengabaikan surat – surat tersebut dan memberitahu Hakim bahawa dia menerima berpuluh-puluh surat seperti itu, namun tiada yang berakhir dalam gelanggang Mahkamah. Awal hari ini, dia memohon kepada Hakim untuk memberikan lanjutan untuk mengemukakan kes beliau terhadap Hadi tetapi ia ditolak.

Walaupun mempunyai masa yang mencukupi sejak setahun lalu untuk mengumpul bukti-bukti terhadap tuduhan beliau, Clare gagal untuk mengemukannya walau sedikit, bermakna segala dokumen yang di dakwa di miliki olehnya yang mengandungi pelbagai salah laku Najib adalah palsu semata-mata. Hakim mungkin tahu bahawa, maksud saya, jika memang dokumen tersebut tulen, mengapa beliau begitu keberatan untuk mengemukannya? Tidakkah dengan mengemukakan ‘bukti-bukti’ akan meyakinkan Hakim bahawa Najib adalah seorang yang tidak mulia yang mampu merasuah seseorang seperti Hadi ?

Kegagalan beliau untuk berbuat demikian sebenarnya menunjukkan bahawa dia mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi bagi sebuah negara yang berdaulat. Dan sekarang, apabila arus berlawanan dengan kehendaknya, dia cuba untuk mengheret perbicaraan melepasi pilihanraya umum ke-14 dengan memohon lanjutan daripada Hakim. Tetapi Hakim dengan lebih atau kurang memberitahu beliau segalanya sudah berlalu.

Hasilnya, Ketua Pengarang Sarawak Report kini perlu kembali ke Mahkamah pada bulan Oktober, di mana berkemungkinan peguam beliau akan membuat satu lagi percubaan untuk memohon lanjutan. Walau bagaimanapun, pemkembangan ini dijangka akan mencetuskan kegusaran di dalam pakatan pembangkang Malaysia yang diketuai Mahathir yang bersungguh-sungguh menghancurkan Najib berdasarkan artikel-artikel beliau.

Tanggungjawab sekarang terletak kepada Mahathir untuk menjelaskan mengapa Clare gagal mengemukan bukti kukuh sebagai asas untuk serangannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Ketakutan terbesar Mahathir adalah bahawa rakyat Malaysia akan mula melihat kejahatan sebenar beliau dan mempersoalkan jika benar dia memang membayar Clare untuk memburuk-burukkan nama Najib.

Tetapi itulah yang saya telah telah katakan selama ini.

Sebenarnya, sumber-sumber pemberi maklumat dari Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan kepada saya bahawa Mahathir sememangnya menyalurkan jutaan ringgit untuk Clare dalam usaha untuk menjatuhkan Najib melalui “Democratic Thievery” . Bukan sahaja Ketua Pengarang Sarawak Report perlu menafikannya, beliau juga perlu menafikan artikel di mana saya mengatakan beliau berkonspirasi mensabotaj 1MDB dan menghasut Kerajaan China agar berpaling arah terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Adakah saya tidak pernah memberitahu anda bahawa wanita ini sebenarnya terlalu jijik dan kotor?

Sumber: https://www.thethirdforce.net/sarawak-report-gagal-mengemukakan-pembelaan/



Bersempena dengan kita memperingati Hari Kemerdekaan tanah air, marilah kita mengenang jasa para pahlawan kemerdekaan kita khususnya daripada kumpulan Islam daripada PAS bersama dengan pendukung Islam yang lain termasuk yang ada dalam kerajaan pada masa itu.

Pertama, mereka telah berjaya meletakkan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga Suruhanjaya Reid terpaksa meletakkan Islam adalah Agama Persekutuan. Ini satu kejayaan yang sangat penting yang perlu kita dipertahankan.

Kita perlu juga memelihara konsep Raja Berperlembagaan yang menjadi ketua kepada agama Islam, kedudukan Melayu Islam yang diberi hak istimewa dan menerima masyarakat majmuk pelbagai kaum. Hal-hal ini mesti dipelihara dan menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara kemerdekaan ini, apabila penjajah meninggalkan belenggu-belenggu di dalam Perlembagaaan.

Antaranya adalah Jadual ke-9 yang disebut Akta 355 untuk membelenggukan kuasa Islam, merendahkan Mahkamah Syariah supaya Mahkamah Syariah dijajah dan tidak ada kuasa. Percubaan kita melalui Parlimen mendapat respon yang sangat positif daripada ahli-ahli Parlimen Islam, hanya segelintir sahaja yang menganggap enteng dalam perkara ini dan mendapat tentangan daripada orang bukan Islam. Ini adalah usaha untuk memerdekakan Perlembagaan Malaysia sebagai langkah awal yang perlu kita laksanakan dan menguji sejauh mana kesetiaan rakyat negara ini terhadap Perlembagaan yang mesti kita pertahankan.

Yang kedua, Raja yang berkonsepkan kepada Perlembagaan. Apa yang berlaku adalah pemimpin UMNO pada hari ini merampas dan membatalkan kuasa raja-raja. Tanggungjawab kita bukan membatalkan kuasa, tetapi memperhebatkan dan memperbetulkan kuasa itu mengikut landasan Islam dan dilakukan islah. Kalau sekadar mengambil kuasa raja-raja untuk mengambil alih kuasa, itu bukan cara untuk memerdekakan negara.

Kemerdekaan negara adalah dengan memperkasakan Institusi Raja-raja dengan Islam. Ini merupakan satu aspek yang sangat penting. Raja-raja dengan kedudukan dan kehebatannya mesti bersama dengan Islam. Ini yang perlu kita wujudkan, bukan meminda Perlembagaan untuk mengambil alih kuasa.

Yang ketiga, orang Melayu sebagai teras kepada politik negara kerana disebut oleh ulama dalam feqah politik Islam dan saya tulis dalam Harakah bahawa Islam mesti memimpin. Kaum yang dominan beragama Islam adalah diutamakan untuk memimpin negara. Ini mesti dipertahankan supaya kemerdekaan itu dapat dilaksanakan dengan cara yang betul.

Yang keempat, kaum yang lain yang bukan Islam jangan merasa bimbang dengan meletakkan Melayu Islam sebagai teras politik negara kerana Islam dapat mengawal perasaan kebangsaan. Islam dapat membetulkan keadaan ini dan Islam yang berkonsepkan adil untuk semua boleh memelihara keharmonian kaum dan masyarakat majmuk dengan cara yang sebaik-baiknya. Kita bimbang sekiranya asas-asas Perlembagaan ini dibubarkan, akan berlaku perkara-perkara yang negatif yang mengundang kembali zaman penjajahan.

Kita telah menghadapi penjajahan bentuk baru pada zaman ini melalui campur tangan asing di banyak negara. Penjajah asing datang kembali, bukan sahaja untuk menguasai ekonomi termasuk menguasai politik.

Dengan sebab itu, kita mesti teguhkan kemerdekaan ini dengan asas yang sudah ada dalam Perlembagaan itu berasaskan kepada Islam sebagai penyelamat kepada semua.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-60 kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa. Mudah-mudahan Allah S.W.T. memberkati kita semua.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS


EMPAT pemimpin dan ahli-ahli DAP Melaka yang mengumumkan keluar parti pada Februari tahun ini tetap tidak akan kembali ke pangkuan parti itu.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him berkata, mereka telah membuat keputusan dengan sebaik mungkin dan tiada sebab untuk mengubah pendirian.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Parlimen DAP, LimKit Siang kerana meminta kami sertai semula parti.

"Kami tetap tidak berganjak daripada keputusan sebelum ini dan enggan meminta maaf kerana kami percaya kami tidak melakukan sebarang kesilapan," kata Tong Him seperti disiarkan dalam China Press.

Selain Tong Him, tiga lagi pemimpin DAP dari Melaka yang memutuskan keluar parti kerana sudah hilang keyakinan dengan pucuk pimpinan ialah Adun Duyong, Goh Leong San; Adun Bachang, Lim Jack Wong Bachang dan Adun Kesidang, Chin Choong Seong serta ramai lagi ahli-ahli di
peringkat akar umbi.

Beliau menegaskan sekali lagi matlamat dan objektif DAP pada masa kini juga sudah berubah dari asal.

"Saya sedari DAP sudah menyimpang jauh daripada perjuangan sebenar malah lebih mementingkan agenda individu," katanya.




*قال الإمام النووي رحمه الله عن يوم عرفة:*
فهذا اليوم أفضل أيام السنة للدعاء، فينبغي أن يستفرغ الإنسان وسعه في الذكر والدعاء وقراءة القرآن، وأن يدعو بأنواع الأدعية ويأتي بأنواع الأذكار، ويدعو لنفسه ووالديه وأقاربه ومشايخه وأصحابه وأصدقائه وأحبابه وسائر من أحسن إليه وجميع المسلمين.
وليحذر كل الحذر من التقصير في ذلك كله، فإن هذا اليوم لا يمكن تداركه

المصدر: كتاب الأذكار للنووي طبعة دار المنهاج ص ٣٣٣


❁ ❁ ❁
Terjemahan:
Hari Arafah, Hari ini hari yang paling afdhal dalam tempoh setahun untuk berdoa, maka selayaknya seorang manusia itu memberikan waktunya untuk berzikir, berdoa dan membaca Al-Quran dan berdoa dengan pelbagai doa, dan dia mendatangkan dengan pelbagai zikir-zikir. Dan dia berdoa untuk dirinya, keluarganya, ibu bapanya dan kaum kerabatnya, guru-gurunya, sahabatnya, kawan-kawannya, orang yang dikasihinya dan kesemua orang yang telah berbuat baik kepadanya dan kesemua orang Islam, dan dia hendaklah berjaga dengan sesungguh-sungguhnya daripada kecuaian dan semuanya, kerana sungguhnya hari ini tidak akan berulang lagi


Sumber: kitab al azkar dari imam nawawi



oleh: Hj. Zainal Zainuddin,
Felo Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)

Bahawa Tanah Melayu berjaya dibebaskan daripada Britain menerusi rundingan siasah, bukannya peperangan dan pertumpahan darah, adalah suatu kejayaan cemerlang pemimpin dan rakyat peribumi ketika itu. Pengalaman lampau mendidik para pemimpin pra-Merdeka supaya lebih berhati-hati, ditambah keberkesanan dan impak bersatu-padu di bawah naungan Raja-Raja Melayu, mengambil iktibar episod Malayan Union 1946 yang berjaya digagalkan. 

Dengan mengadunkan tiga entiti: (i) Raja-Raja Melayu (ii) Agama Islam dan (iii) Rakyat jelata, pimpinan Tanah Melayu ketika itu meniti arus ke arah pembentukan sebuah Persekutuan Tanah Melayu. Kerjasama penuh complimentary merentas bidang itu sebenarnya mendahului konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang digunapakai hari ini untuk urus-tadbir pelbagai agensi kerajaan Malaysia. Jelaslah, kebijaksanaan Raja-Raja Melayu yang diwarisi sejak beratus tahun dahulu memerintah Kerajaan Melayu-Islam Lama dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Tanggal 5 Ogos 1957, sekali lagi Raja-Raja Melayu, meskipun memahami penuh akan maksud dan kesan penyerahan kuasa tadbir Negeri-Negeri kepada sebuah Persekutuan, dalam satu nada dan tekad, besar jiwa dan penuh semangat ingin melihatkan kemerdekaan Tanah Melayu yang bersatu dalam konsep “Raja Berperlembagaan” (Constitutional Monarchy), telah menurunkan tandatangan perkenan selaku “Wasiat Raja-Raja Melayu” untuk seluruh rakyat jelata. 

Demikianlah wasiat bersejarah berkenaan telah diabadikan dalam Perlembagaan Persekutuan 31 Ogos 1957 dengan pengekalan kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu, penyimpanan hak milik Tanah Simpanan Melayu, penubuhan Rejimen Askar Melayu, pengisytiharan Islam sebagai Agama Persekutuan, menginstitusikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta melindungi kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan memelihara kepentingan sah kaum-kaum lain (Fauzi Shaffie [2017], “Menyusur Akar Wasiat 7”).

Menyelusuri tempoh masa pos-Merdeka tidak lama kemudiannya, sejarah juga merakamkan betapa bijaksananya formula hegemoni dan kesejahteraan rakyat Tanah Melayu terhasil sekali lagi dalam kerangka pemikiran strategik lautan biru siasah negara dengan memanfaatkan tenaga tiga etnik terbesar – daripada competing (bersaing) bertukar menjadi complementing sesama kaum – berupa sebuah ‘Kontrak Sosial’ yang berjaya dimuktamadkan secara berhemah penuh tanggungjawab. 

Sekali lagi tinta emas melakar sejarah ulung apabila Wira-Wira Negara berjaya mencaturkan pembinaan transformasi pertama Tanah Melayu menjadi sebuah Malaysia pada 16 September 1963, hasil gandingan ampuh tiga artikek bangsa dan negarawan ulung: YTM Tengku Abdul Rahman Putra, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan. 

Apakah begitu sukar untuk kita membungkah sejarah menoleh sejenak jejak-jejak lampau yang telah kita sendiri rentasi dan success stories yang kita sendiri perolehi itu? Sesungguhnya itulah teladan terbaik untuk sama-sama kita jadikan bekalan menggerakkan negara ke era transformasi sosio-ekonomi-politik selanjutnya yang jauh lebih bermakna selaras dengan kehendak semasa.

Di sinilah institusi Raja-Raja dapat memainkan peranan selaku payung teduhan rakyat. Mengapa tidaknya? Bukankah Raja-Raja Melayu masih mewarisi Wa’adat Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba tujuh abad yang lalu? Sejarah membuktikan bahawa KeBawah Duli-Duli Yang Mulia Raja-Raja Melayu yang masih bersemayam di atas Takhta Kerajaan Negeri kekal berdaulat di Negeri-Negeri berkenaan sejak diwarisi daripada Kerajaan Melayu Lama walaupun dengan termeterainya perjanjian-perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan pihak British, bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874 dan berakhir dengan Perjanjian Johor pada tahun 1914. 

Kedudukan Negeri-Negeri Melayu kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura adalah “Protected Malay States,” yakni berupa Negeri-Negeri di bawah ‘lindungan’ British dan bukannya ‘jajahan’ British (Emily Sadka [1968], The Protected Malays States 1874-1895). Jika tidak, masakan Sir Harold Mac Michael dititahkan Baginda Queen of England pada Oktober 1945 untuk mendapatkan tandatangan perkenan Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-Raja Melayu yang bertakhta di Negeri-Negeri Melayu ketika itu sebelum proses membentuk sebuah Malayan Union yang kemudiannya gagal diagendakan.

Perlu juga dijelaskan bahawa “khususnya dalam agama Islam, kedudukan dan peranan Raja-Raja yang ada hari ini adalah penerusan dari sistem dan kerangka di dalam Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15” (Abdul Aziz Bari [2009], “Konsep Raja Berperlembagaan Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948”).

Barangkali atas konsep kedaulatan Islam yang sama itulah Islam diabadikan sebagai Agama Persekutuan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dan betapa terang lagi bersuluh Perkara 37 (1) mewajibkan setiap Raja Melayu yang secara bergilir memegang tampuk takhta Ketua Negara sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, mengangkat Sumpah Jawatan dengan lafaz ikrar: Wallahi, Wabillahi, Watallahi “mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri” (Jadual Keempat, Perkara 37, Perlembagaan Negara).

Pernyataan jelas ciri-ciri mempertahankan kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutan ini diperkukuhkan lagi dengan fakta bahawa elemen-elemen Islam dikekalkan dalam Enakmen Negeri-Negeri dan Perlembagaan Persekutuan. Demikian halnya juga dengan penghakiman dalam mahkamah oleh barisan Hakim-Hakim Yang Arif lagi Bijaksana pernah memutuskan betapa elemen Islam memainkan peranan yang sangat crucial dan encompassing dalam urus-tadbir sebuah negara berdaulat bernama Malaysia – satu-satunya negara-bangsa demokrasi berparlimen moden yang mengekalkan sebuah insititusi unik di bawah naungan Raja-Raja Melayu penuh berdaulat.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-60. Selamilah setiap detik erti sebuah kemerdekaan dengan perkenan Raja-Raja Melayu dan keringat rakyat. Semoga Titah Ikrar Paduka Seri Sultan Perak pada 5 Ogos 2017 yang lalu bahawa “Raja-Raja Melayu peka dan memahami denyut nadi dan denyut jantung rakyat” benar-benar dapat dijelmakan dengan penuh hikmah lagi bijaksana.




Lurah Bilut pembuka tanah keramat
Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat
Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua 
Simbolik penghijrahan ayah dan ibu kita seawal 60an

Felda mengiringi kemerdekaan negara
Bagai adik beradik seiringan usia
Usaha Tun Razak pembuka minda
Agar nasib melayu terbela

Tinggal keluarga, tinggal halaman
Menyahut seruan basmi kemiskinan
60 tahun pengkisahan suka duka tersimpan
Felda cemerlang, gemilang dan terbilang

Kini generasi anak Tun Razak bertahta pula
Diambil perasuah negara menjaga harta
Punah hancur harapan Ayahandanya
Isa Samad dijulang, dibela wira negara

Habis rosak semua benda
Hancur lebur hati peneroka
Luluh semua jiwa petugas bersama 
Tinggal kesan mendalam dijiwa anak bangsa

Durian runtuh pembuka bicara
Digadai tanah kerana kuasa
Tranformasi dijaja kayakan kita
Sebaliknya hutang mengunung meredah masa

Dikatakan Isa Samad pembela warga 
Dijulang tinggi pelaksana tranformasi negara
Dikaut habis harta anak bangsa
Dibelanja sakan bagai harta ahmad albab yang punya

Dilaungkan Perdana Menteri nak jadikan peneroka kaya
Lalu disenaraikan FGV langkah bergaya
Kini nak cerita pun tidak bermaya 
Ribuan juta duit hilang entah ke mana

Merdekakah kita duhai peneroka semua
Kini hutang ratusan ribu melingkari kita
Berbagai kaedah dan cara tindasan dikena
Yang tanggungnya nanti generasi kita

Berpuluh tahun mengerah keringat 
Sepuluh ekar tanah besar hasilnya
Tapi tidak bagi kita
Kenapa kini  besarnya hutang kita

Jangan ditanya kenapa
Jangan dihirau sarahan kita
Tak kan Najib nak tipu kita
Tak kan Isa  Samad sejahat rupa

Orang cina jika memiliki tanah seluas kita
Menjadi kaya raya jangan dikira
Peliknya kita kaya dengan hutang ternyata
Apa lagi boleh dikata

Dizaliminya peneroka berdikari 
Dinafikan hak duit raya dan perbagai lagi
Sedangan mereka mulia dihati
Ingin bebas dari hutang dikemudian hari

Mereka ini tiada diberi insentif RM5000 nanti
Alasan pengderhaka gelaran diberi
Walhal golongan ini peneroka berdikari
Berhempas pulas menjaga kebun sendiri

Adilkah ini buat mereka semua
Kenapa perlu dianaktiri
Bukankah mereka semua diikat akta gsa
Kenapa pula ada dua golongan yang tidak selari

Jika benar mereka bukan peneroka Felda lagi
Kenapa tidak dikeluarkan mereka dari akta ini
Biarkan mereka hidup berdikari
Agar menjadi manusia senang dikemudian hari

Merdekakah kita bila menutup mata mengadap ilahi
Penyata hutang tidak boleh lari 
Mati ayah dan ibu anak pula dicari
Apakah ini pengakhiran hidup peneroka kini

Duit diberi, janji ditabur, lumrah sang penguasa menghampiri diri
Janji manis 5 tahun sekali, apa peneroka hendak semua diberi
Mari kita berhitung untung rugi dikemudian hari 
Agar tenang mengadap ilahi

Isa Samad disingkir kini
Yang jahatnya sudah tiada lagi 
Ini lah kalimah keramat kini
Dijaja seluruh pelusuk  tanah rancangan setiap hari

Najib sudah selamatkan kita
Najib sayangkan peneroka Felda semua
Najib beri duit lagi pada kita
Hilang lenyap 6 tahun Isa membaham harta kita

#Catatanoja ganti diri Naraza Muda
Selamat membebaskan diri 
31 Ogos 2017


KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengisytiharkan Isnin 4 Sept ini sebagai cuti khas kerana pencapaian Malaysia yang luar biasa pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017).

"Bukan senang nak bagi cuti sebab Malaysia sudah terlalu banyak cuti. Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian para atlet yang cemerlang.

"Maka dengan ini bagi pihak kerajaan saya umumkan cuti umum pada 4 Sept," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini yang berlangsung sejurus selepas majlis penutupan rasmi KL2017.

Pengisytiharan itu disambut sorakan kegembiraan oleh ribuan penonton di stadium tersebut.

Sementara itu, Najib, dalam kenyataan mengenai perkara itu, berkata kerajaan memutuskan cuti umum itu sebagai menghargai pengorbanan atlet negara dan semua yang terlibat dalam menyemarakkan kecemerlangan negara sempena KL2017.


Ia juga, kata perdana menteri, sebagai menghargai sokongan tidak terhingga yang ditunjukkan seluruh rakyat Malaysia sepanjang penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.

Menurutnya, pengisytiharan cuti itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak ia diselaras mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Malaysia muncul juara keseluruhan edisi temaya ke-29 sukan serantau itu dengan kutipan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.

-- BERNAMA

"Rakyat dibahagi dua, satu pakatan pembangkang dan satu lagi BN dan ini hasilnya Pakatan campur PAS, tak kiralah apapun namanya, mendapat 59 peratus undi termasuk lapan negeri jatuh ke tangan pembangkang,”  - Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Kaji selidik dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati BN akan tewas di peringkat Persekutuan dan kehilangan lapan negeri jika Pakatan Harapan (PH) dan Pas bekerjasama mewujudkan pertembungan satu lawan satu menentang BN di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

“Apa yang nak saya tonjolkan berdasarkan survei kita adalah apa akan berlaku sekiranya gabungan pakatan pembangkang kekal.

"Rakyat dibahagi dua, satu pakatan pembangkang dan satu lagi BN dan ini hasilnya Pakatan campur PAS, tak kiralah apapun namanya, mendapat 59 peratus undi termasuk lapan negeri jatuh ke tangan pembangkang,” kata Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Beliau berkata demikian pada sidang media Survei Malaysia 2017, #MoodRakyat – Kajian Trend Masyarakat Malaysia Dalam Isu Semasa di Auditorium IDE, Bangunan IDE di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, BN akan tewas di peringkat Persekutuan dan kehilangan lapan negeri sekiranya PRU14 diadakan dalam tempoh enam bulan daripada sekarang.

Menurut IDE, Negeri yang BN akan tewas kepada pembangkang adalah Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Melaka, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.

Katanya, sokongan 59 peratus itu merupakan satu kedudukan yang kukuh bagi menjamin kemenangan pembangkang di peringkat Persekutuan pada PRU14 nanti.

Katanya lagi, kajian terbaru ini juga mendedahkan sokongan diperoleh BN sebanyak 46 peratus pada PRU13 merosot tujuh peratus kepada 39 peratus ketika kajian ini dijalankan.

Kata beliau, sokongan terhadap pembangkang pula melonjak lima peratus daripada 54 peratus pada PRU-13 kepada 59 peratus dalam tempoh sama.



The mission of the Rohingya ethnic cleansing is still going on without solutions, even the gluttony military regime of Myanmar and the Rakhine Buddhist extremists terrorize without humanity.

The latest attack in the village of Buthidaung and Maungdaw Rathidung in Myanmar has killed more than 500 people; men, women, old people and children, the houses burned and the number is growing. They now suffer from homelessness and they have no place to go. They were forced to become refugees in their own country. Their lives are threatened every time with the goal to wipe off them from map of Myanmar.

The world must realize that the issue of Rohingya’s oppression is a humanitarian issue, where it exposed several issues that underlie the story; the issue of human rights, discrimination against minority groups of the majority, the ethnic cleansing of the Muslim community, the failure of international organizations and regional solve it, the military violence and barbaric nature of modern society in oppressing people. The attentions from the world are needed.

Countries that signed the Charter of Human Rights, the Charter of Geneva, the countries of ASEAN, the United Nations, the Islamic countries of the OIC, the Islamic State Councils and all human rights defenders must work together to warn the government of Myanmar whose violate the human rights and deny the citizenship of the Rohingya community.

The Malaysian government is have to cooperate and proactively act with other countries, the political parties, NGOs and the international agencies, which not only to send a humanitarian mission, but also to give political pressure on the government of Myanmar in respect of humanitarian rights. Political power plays an important role to stop this persecution.

Islam is more precedent in safeguarding the rights of Muslims and non-Muslims as well as the foreign refugees which living in the Islamic country with multiracial populations. Cultivating a civil society requires mutual understanding and respect between nations and races are the basis of harmony under the rule of Islam, by giving precedence to peace and take diplomatic and diplomacy, so that the arrival of Islam to other countries is considered savior instead of colonialist.

PAS will send a humanitarian mission through PASRelief and NGOs and negotiate with governments and international agencies to put an end to this barbaric cruelty to return to the negotiating table.

I urge all Malaysians and the international community, let us unite and work together on humanitarian grounds. Let us constrain the government of Myanmar to accept the rights of Rohingya community and resolve this conflict peacefully.

Prophet Muhammad SAW said:

مَن لَمْ يهتَمَّ بأمرِ المُسلِمينَ فليس منهم   

"Whoever does not care about the affairs of the Muslims then he is not part of them"

"Harmony with Islam"

ABDUL HADI AWANG
PAS President 

Date: 8th Zulhijjah 1438H / 30th August 2017




Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz hari ini menasihatkan Lim Kit Siang supaya tidak menyalahkan parti Islam itu hanya kerana beliau kecewa dengan prestasi Amanah.

“Master Lim janganlah menggelabah kecewa dengan prestasi Amanah. Sendiri tanggunglah,” tulisnya dalam Facebooknya hari ini.

Beliau merujuk dakwaan penasihat DAP itu semalam yang calon PAS akan dikorbankan seperti “pengebom berani mati” demi membantu calon Umno menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Lim dalam kenyataan yang dilaporkan Malay Mail Online turut mendakwa hasrat PAS untuk memenangi 40 kerusi Parlimen dan 5 negeri pada PRU14 bertujuan menyembunyikan niat sebenar parti Islam itu untuk membantu Umno dan BN.

“Wah, orang tua DAP tu siap kata presiden PAS guna pengebom berani mati untuk pastikan Umno BN menang.

“Huh, ayatnya…sampai ke tulang sumsum DAP sungguh. Virus demam meningitis ke apa sampai bersembur air tulang belakang dikeluarkan percuma?

“Janganlah ajar generasi baru DAP guna ayat ‘style’ dinasti kuno…Takkan itu yang Pulau Pinang nak wariskan kepada generasi esok?” soal ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/08/30/nik-abduh-jangan-salahkan-pas-kerana-kecewa-prestasi-amanah/


Misi penghapusan etnik Rohingya masih berterusan tanpa penyelesaian, bahkan kerakusan tentera regim Myanmar dan pelampau Buddha Rakhine semakin mengganas tanpa perikemanusiaan. 

Terbarunya serangan di perkampungan Maungdaw Buthidaung dan Rathidung di Myanmar telah membunuh lebih kurang 500 orang tanpa mengira lelaki, perempuan, orang tua mahupun kanak-kanak, rumah-rumah dibakar dan jumlah ini semakin meningkat. Kini mereka menderita tanpa tempat tinggal dan mereka tidak mempunyai tempat untuk pergi. Mereka terpaksa menjadi pelarian dalam negara sendiri. Nyawa mereka diancam setiap masa dengan tujuan mereka dihapuskan dari peta Myanmar.



Masyarakat dunia perlu sedar dan bangkit bahawa isu penindasan rakyat Rohingya adalah isu kemanusiaan, dibelakangnya tersingkap beberapa isu yang melatari jalan cerita; isu hak asasi manusia, diskriminasi kelompok majoriti terhadap kelompok minoriti, penghapusan etnik masyarakat Islam, kisah kegagalan organisasi-organisasi antarabangsa dan serantau dalam menyelesaikannya, kisah keganasan pihak tentera dan sifat tidak bertamadun masyarakat moden dalam melakukan penindasan sesama manusia. Perhatian bangsa dunia amat diperlukan.

Negara-negara yang menandatangi Piagam Hak Asasi Manusia, Piagam Geneva, negara-negara ASEAN, PBB, negara-negara Islam OIC, negara Islam Serantau dan semua pejuang hak asasi manusia perlu berganding bahu memberi amaran kepada kerajaan Myanmar yang melanggar hak asasi manusia dan menafikan hak kerakyatan masyarakat Rohingya. 

Kerajaan Malaysia wajib bekerjasama dan bertindak lebih proaktif dengan negara-negara lain, parti-parti politik, NGO-NGO dan agensi antarabangsa bukan sahaja menghantar misi kemanusiaan, bahkan semestinya memberi tekanan politik kepada kerajaan Myanmar agar menghormati hak kemanusiaan. Kuasa politik amat penting untuk menghentikan penindasan ini. 

Islam lebih mendahului dalam menjaga hak orang Islam dan bukan Islam serta pelarian negara asing yang hidup bermasyarakat majmuk dalam negara Islam. Pembinaan Masyarakat Madani yang saling memerlukan di antara satu bangsa dengan bangsa lain, satu kaum dengan kaum lain menjadi asas keharmoniaan di bawah pemerintahan Islam dengan mendahulukan perdamaian dan mengambil langkah diplomatik dan diplomasi, sehingga kedatangan Islam ke negara lain dikira penyelamat bukannya penjajah.

PAS akan menghantar misi kemanusiaan melalui PASRelief dan NGO-NGO dan berunding dengan pihak kerajaan dan agensi antarabangsa untuk menghentikan kezaliman yang tidak bertamadun ini dengan kembali ke meja rundingan. 

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa, marilah kita bersatu dan berganding bahu atas dasar kemanusiaan. Marilah kita mendesak kerajaan Myanmar agar menerima kerakyatan masyarakat Rohingya dan menyelesaikan konflik ini secara aman dan damai. 

Sabda Rasulullah SAW: 

مَن لَمْ يهتَمَّ بأمرِ المُسلِمينَ فليس منهم   

“Barangsiapa yang tidak peduli dengan urusan kaum muslimin maka dia bukan sebahagian dari mereka”

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 8 Zulhijjah 1438H / 30 Ogos 2017 



Kenyataan Media oleh YB Hajah Zuraida Kamaruddin 24 Ogos 2017

Anwar Ibrahim Maklum Rundingan 1-lawan-1 Adalah Langkah Terbaik

Rundingan satu lawan satu telah menjadi formula yang diolah oleh Saudara Anwar Ibrahim dalam gabungan Pembangkang sewaktu siri-siri Pilihanraya Umum yang lepas dan ianya terbukti ampuh menentang jentera Barisan Nasional.

Keadilan telah berusaha keras meneruskan rundingan dengan PAS walaupun parti tersebut tidak menyertai gabungan Pakatan Harapan. Mengelak pertembungan tiga penjuru adalah tidak mustahil dilakukan walaupun mungkin bukan untuk semua kerusi, tetqpi sekurang-kurangya cukup bagi menumpaskan BN dan mengambil-alih Putrajaya.

Wanita Keadilan melihat adalah lebih strategik untuk menyertakan PAS dalam blok Pembangkang daripada turut menentangnya dalam Pilihanraya.

Walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, Keadilan mempunyai peranan untuk memastikan pertembungan tiga penjuru dielakkan atas usaha menawan 130 kerusi Parlimen. 

Di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Muslim, pecahan undi hanya bermakna BN akan menang mudah.

Walaupun ada segelintir rakan-rakan yang mungkin tidak menghargai usaha rundingan ini, manfaat besarnya adalah untuk semua parti dalam gabungan Pakatan sekiranya PAS bersetuju untuk tidak bertembung tiga penjuru.
Perkara ini bukanlah berkaitan dengan usaha menarik PAS agar bersetuju dengan 
ideologi dan polisi bersama Pakatan. 

Keutamaan terbesar rundingan ini sekarang ialah berkaitan dengan angka-angka dan misi memenangi Pilihanraya Umum kali ini.

Dengan PRU yang semakin hampir, ahli akar umbi PAS masih jelas bersama dengan pembangkang. Kami optimistik bahawa penyelesaian praktikal adalah segalanya yang kita perlukan kini untuk meningkatkan peluang Pakatan untuk memenangi PRU akan datang.

Ini adalah teras kepada strategi terbaik menumbangkan BN. Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah mengusahakannya bersama dan menjadikannya satu gerakan bersama.

Dan yang paling penting, Keadilan perlu mempunyai kepekaan dan kepedulian terhadap situasi di akar umbi  dengan memperkukuhkan jentera pilihanraya dan bersedia mendepani cabaran sebagai barisan hadapan dalam PRU yang akan datang ini.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan
Ahli Parlimen Ampang                        
             



Awal pagi tadi(29 Ogos 2017)Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengeluarkan kenyataan setelah berbincang sepanjang malam mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan berkerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU ke 14 nanti.

PH mengumumkan nereka bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih dalam PRU akan datang dan bersedia menghadapi PAS.

Berita ini tiadalah sensasinya kerana umum tahu PAS tidak pernah pun iktiraf atau tergiur pada pakatan ini yang di dalamnya dianggotai DAP, Pan dan Tun Dr Mahathir sebagai teraju.

PAS tidak pernah memohon untuk berkerjasama malah PAS sudah sejak pasca Muktamar ke 63 baru-baru ini menyediakan jenteranya menghadapi pertandingan tiga penjuru dan di suku keempat 2017 ini rasanya seluruh ahli dan jentera PAS sudah pun bersiap sedia.

PH mungkin punya mimpi lain dan baru tersentak dari tidur yang lama.

PAS tidak pernah bermimpi.

Di Selangor umpamanya Pesuruhjaya Selangor YB Sallehen Mukhyi telah pun isytiharkan PAS bersedia bertanding sekurang-kurangnya 42 dari 56 kerusi negeri. Dan 16 September ini seluruh jentera Selangor sudah diarahkan menghadapi PRU ke 14.

Selamat tetjaga dari tidur yang lama PH. Jumpa anda dalam PRU 14 nanti.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=530437273962280&id=100009880363600                      


KUALA TERENGGANU 29 Ogos-Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) menawarkan rebat tol sehingga 50 peratus esok bagi membantu mengagihkan trafik yang memuncak pada sambutan Hari Kebangsaan dan perayaan Aidiladha.

Rebat ditawarkan sepanjang hari, mulai tengah malam ini (30 Ogos) sebagai tanda penghargaan atas sokongan pengguna lebuh raya tersebut terhadap inisiatif transaksi tol 100 peratus elektronik yang dilancarkan baru-baru ini.

Pengurus Besar LPT2 Sdn. Bhd, Husni Md. Yusuf dalam satu kenyataan memberitahu, langkah itu turut mengalakkan orang ramai menggunakan LPT2 sebagai laluan alternatif pilihan yang lebih menjimatkan masa untuk ke pantai timur.

Rebat kali ini diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 (kenderaan ringan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi) melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di lebuh raya LPT2.

Pada tarikh tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 50 peratus akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go apabila mereka menambah nilai kad masing-masing di plaza tol LPT2 yang terpilih serta pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 September hingga 14 Disember depan.                        



Saya rasa terpanggil nak kongsi cerita macamana duit kita kena curi. Saya katakan duit kita kerana 1MDB adalah sebuah syarikat milik kerajaan duduk bawah Kementerian Kewangan. Duit 1MDB kerajaan yang bagi dan duit kerajaan tu semua orang maklum adalah dari rakyat yang membayar cukai. kita adalah rakyat, maka duit 1MDB adalah duit kita semua. 

Sumber utama maklumat dalam cerita ini adalah dari Laporan PAC. PAC  adalah singkatan kepada Public Account Committee atau dalam bahasa Melayu dipanggil Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Kedudukan jawatankuasa ini hanya satu level di bawah parlimen bukan macam jkuasa PIBG atau JKKK atau lain lain jawatankuasa. PAC ada autoriti untuk memanggil Jabatan Audit Negara (JAN) dan minta JAN buat audit. Tambahan pula PAC ini dianggotai oleh ahli ahli parlimen pelbagai parti yang dipengerusikan oleh YB Dato Hassan Ariffin, Jumlah ahli dari BN adalah 9 orang, DAP 2 orang, PKR 2 orang dan seorang dari PAS.

Kejadian berlaku pada bulan September 2009 iaitu diantara 18.9.2009 sehingga 30.9.2009, itulah sebabnya kita kata 12 hari.

Ianya bermula bila diumumkan Kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi. Syarikat yang akan mewakili kerajaan Malaysia adalah 1MDB sementara PetroSaudi International mewakili kerajaan Arab Saudi. Pada hari yang sama iaitu pada tanggal 18.9.2009, tiga buah syarikat yang menggunapakai nama asas yang serupa telah ditubuhkan dan didaftarkan di tempat yang berbeza. Syarikat itu adalah (1) PetroSaudi Holding (Cayman) Limited didaftarkan di Pulau Cayman, (2) PetroSaudi International juga didaftarkan di Pulau Cayman. Syarikat ini adalah anak syarikat PetroSaudi Holding (Cayman). (3) PetroSaudi International didaftarkan di Pulau Seycheles.  Perlu dingatkan ini adalah syarikat syarikat yang nama asasnya adalah PetroSaudi. Ini adalah teknik untuk mengelirukan (confuse). Pada tarikh yang sama juga sebuah syarikat bernama 1MDB PetroSaudi ditubuh dan didaftarkan di British Virgin Island (BVI) oleh PetroSaudi Holding(Cayman) Limited.

1MDB PetroSaudi  adalah syarikat usahasama atau JV antara 1MDB dengan PetroSaudi International dengan pegangan saham 40% : 60%. Apa yang sepatutnya berlaku adalah JV antara 1MDB dengan  PetroSaudi International dari Arab Saudi tetapi yang berlaku adalah termeteri JV antara 1MDB dengan PetroSaudi (Holding) Limited dari Pulau Cayman. Sebagai perbandingan Minah dari Malaysia sepatutnya berkahwin dengan Putera Saad dari Arab Saudi tapi dikahwinkan dengan Putera Saad dari Pulau Cayman. 

10 hari selepas syarikat 1MDB PetroSaudi iaitu didaftarkan iaitu pada 28.8.2009 telah diadakan suatu majlis menandatangani perjanjian usahasama diantara 1MDB, 1MBD PetroSaudi dan PetroSaudi (Holding) Limited di Kuala Lumpur. Turut hadir menyaksikan tandatangan ini adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Sri Najib. 

Antara isi perjanjian tersebut adalah pengakuan dan persetujuan yang menyatakan PetroSaudi (Holding) Limited telah memberi pinjaman pendahuluan sebanyak USD700 juta kepada 1MDB PetroSaudi dan ia mestilah dibayar balik sepenuhnya pada 30.8.2009.  Dengan kata lain antara isi perjanjian tersebut adalah PetroSaudi (Holding) telah memberi hutang USD700 juta kepada 1MDBPetroSaudi 3 hari lepas dan hutang ini mesti dibayar balik sepenuhnya lusa atau 2 hari lagi. Satu transaksi kewangan besar yang sangat pelik. Tidak pernah dibuat orang tapi ia berlaku didepan Perdana Menteri Malaysia.

Pada tanggal 30.9.2009, sejumlah wang USD700juta telah dipindahkan dari Deutsch Bank di Kuala Lumpur ke akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Limited, milik sebuah syarikat lain yang tidak terlibat dalam projek usahasama ini. Pada hari yang sama juga  sejumlah USD300 juta dipindahkan keakaun 7619400 di J.P Morgan (Suisse) SA.  Kedua dua bank ini terletak di Switzerland.

Pindahan wang ini adalah dengan kebenaran dari Bank Negara Malaysia (BNM).  Disinilah liciknya permainan mereka kerana berjaya meyakini pegawai bank walaupun pihak bank menyedari pindahan yang dibuat adalah begitu besar dan tergesa gesa. 

Jika dirujuk kepada dokumen saman Department of Justice (DOJ) Amerika terhadap “The Wolf of Wall Street motion picture including any rights to profits, royalties and distribution proceeds owed to Red Granite Pictured inc. or it Affiliates and/or Assigns.” pada mukasurat 25 perenggan 70 dan 71 ada menyatakan:

70.  At approximately 3:14 p.m., Deutsche Bank transmitted to RBS Coutts a SWIFT payment order requesting that $700 million be credited to an account at RBS Coutts. The SWIFT message did not identify the owner of the RBS Coutts account, but the account number listed on the SWIFT as a recipient of the $700 million wire transfer was the number of the Good Star account.

71. Approximately 6 minutes later, at about 3.20pm, Deutsche Bank transmitted a second SWIFT payment order to J.P Morgan requesting that $300 million to be credited to an account at J.P Morgan (Suisse). As with the other SWIFT message, the SWIFT message for the $300 million wire transfer did not identify the owner of the beneficiary account.  The account number listed in the SWIFT for the $300 million wire transfer matched for the J.P Morgan JV account.

Jika diperhatikan maklumat dari kedua dua sumber iaitu Laporan PAC dan DOJ tidak ada sebarang percanggahan, malah saling lengkap melengkapi.  Dengan mudah saja hilanglah duit sebanyak USD 1 billion yang bersamaan dengan RM4.3 billion atau RM4,300 juta. Pendekatan 3C – “Convince”, “Confuse” dan “Con” telah digunakan dengan berkesan dalam skandal ini.

Selepas daripada itu, ada analisa yang menunjukkan sejumlah USD 20juta (RM86 juta) dari akaun Good Star telah dimasukkan kedalam akaun peribadi AmBank seseorang yang ada kaitan terus 1MDB.

Muhamad Sobri Osman, 28.8.2017                        



KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

Pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan berkenaan kerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah seperti berikut:

1) Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14); dan

2) Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

YAB Lim Guan Eng
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

YBhg Hj Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

29 Ogos 2017

-

PAKATAN HARAPAN PRESIDENTIAL COUNCIL MEDIA STATEMENT

The position of the Pakatan Harapan Presidential Council regarding cooperation with PAS is as follows:

1) Pakatan Harapan will not cooperate with PAS in the 14th General Election (GE14); and

2) Pakatan Harapan is preparing its strategy for the possibility of three-cornered contests in GE14.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pakatan Harapan Chairman

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Pakatan Harapan President

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pakatan Harapan Deputy President

YAB Lim Guan Eng
Pakatan Harapan Deputy President

YBhg Hj Mohamad Sabu
Pakatan Harapan Deputy President

29 August 2017


Oleh M. Kamal Affandi



Meneliti semula komen Redzuan Kushairi (gambar) selaku wakil penganjur bersama simposium ‘Kesederhanaan al-Quran: Antara dua titik ekstrim’ anjuran G25 dan Islamic Renaissance Front (IRF), maka saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan lanjut mengenainya.


Redzuan, bercakap bagi pihak G25, dilaporkan dalam MMO (26 Ogos) berkata kumpulan liberal tersebut sebenarnya tidak bersetuju dengan pembentangan speaker tamu Dr Mun‘im Sirry yang membuat tafsiran Al-Quran mengikut acuan ‘akal pemikiran’ manusia.

Menurut portal berita bahasa Inggeris itu, Redzuan berkata:

“This is the classic case of trying to use human reason, so much so that you go beyond certain parametres, a certain red line. I think he [Dr Mun’im] crossed the red line.”

Dr Mun‘im, penceramah yang dijemput khas ke simposium IRF-G25 – juga seorang pensyarah University of Notre Dame – nyata dianggap sudah melampaui batasan.

Kita menyambut baik penarikan sokongan penganjur walaupun kita pasti tetamu diaku-terima sebagai ‘pakar’ teologi yang diiktiraf G25 dan IRF.

Tentunya idea-idea Dr Mun’im sudah dikenali mereka, dan IRF beserta G25 boleh dianggap mungkin bersetuju dengan pandangan beliau.

Apapun, Dr Mun’im ditegur agar jangan mempersoalkan kalam Allah yang diturunkan kepada umat manusia. “He’s trying too much to use human reason. You cannot question the Creator. You cannot question the words of the Creator,” Redzuan dipetik MMO sebagai berkata.

Redzuan memberi kenyataan di atas setelah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat komen tentang simposium berkenaan dalam satu sidang media sebagaimana dilaporkan oleh portal berita Menara.


Kata ketua pengarah Jakim Othman Mustapha (gambar atas): “Ini suatu kenyataan yang salah dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama. Beliau [Dr Mun’im] juga seolah-olah cuba untuk mempromosi tafsiran baru kepada kebenaran kitab suci Al-Quran”.

Semua pihak juga perlu ingat bahawa negara ini majoritinya adalah umat Islam yang berpegang teguh kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kedudukan Islam dilindungi di bawah perlembagaan persekutuan, tambah beliau.

“Malahan kita juga perlu sama-sama menjaga keharmonian beragama di samping memelihara kedaulatan agama Islam di Malaysia”, katanya lagi.

Add caption
Cukup tegas dan jelas penerangan Jakim setelah perkara tersebut dibangkitkan oleh netizen dalam media, antara lain seperti disebut dalam laporan susulan ini oleh Menara.


Saya juga telah menulis dalam Tanjak baru-baru ini dengan memasukkan episod betapa marahnya Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza).

Dato’ Mufti Perlis yang baru sahaja habis memberikan ucaptama dalam symposium itu kembali bercakap semasa pembentangan panelis jemputan kerana “…..amat tidak bersetuju dengan tafsiran yang salah tentang akidah Islam yang beliau [Dr Mun’im] nyatakan, namun pembentang yang ketiga benar-benar merampas kemampuan saya untuk hanya mendengar”.

Telah saya sebutkan betapa Allah SWT telah membuka hati Dr Maza untuk membantah dalam program atas dasar ilmu berdasarkan “teks dan konteks” Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW menerusi penurunan al-Quran.

Persoalan yang bermain di minda kita ialah: Kenapa Redzuan dan kalangan lain dalam G25 dan IRF tidak terus menghujah menolak Mun’im Sirry di dalam simposium berkenaan atas faktor “he crossed the red line”?

Kita juga ingin bertanya: Kenapa Redzuan hanya tunggu selepas ketua pengarah Jakim buat sidang media baru hendak buat komen?

Kita nak tanya lagi: Kenapa tiada mana-mana tokoh dalam G25 atau IRF yang membantah dan meminta Mun’im Sirry berhenti bercakap pada ketika dan waktu dia membentangkan pendapatnya dalam simposium berkenaan?

Dan kita terus bertanya lagi: Bukankah Dr Maza sudah cukup jelas membantah hujah-hujah Mun’im dan “… amat tidak bersetuju dengan tafsiran yang salah tentang akidah Islam yang beliau nyatakan” memaksa Mufti Perlis mencelah walaupun sudah memberikan ucaptama sebelumnya?Payah nak jawab soalan-soalan tu!

Dr Mun’im mengesyorkan pendekatan ‘baru’ terhadap’ tafsiran kitab suci


Farouk Musa nampak sealiran pendapat dengan Mun’im Sirry


G25 dan IRF selaku “pengimport” Dr Mun’im sepatutnya melarang beliau daripada terus berceramah di Malaysia walapun Dr Farouk Musa kelihatan tidak setegas Redzuan.

Farouk tetap mempersoalkan Jakim daripada mempertikaikan Mun’im (rujuk bawah). Sekurang-kurangnya Redzuan sudah perlihatkan kebimbangannya dan mula terasa bahang yang bakal menerpa.

Kita juga berpandangan Redzuan wajar sekolahkan rakan sepenganjurnya IRF bahawa Mun’im sudah melanggar sempadan



Namun pengarah IRF itu sudah tebal kefahaman liberalis-sekularis dan pluralisnya.

Apa yang Farouk Musa pernah kata bahawa “IRF believes in intellectual discourse and critical thinking. That is why our tagline is ‘Li qaumin yatafakkarun‘ — for people who think” di atas sebenarnya sudah dijawab dengan jelas oleh Dr Maza dan Redzuan Kushairi.

Sesungguhnya amat jelas Farouk ini amat keras hatinya dan hendak cakap juga apa yang dia faham. Yang dia faham itu pula lebih kurang sama dengan Mun’im Sirry.

Farouk yang sama pernah menyatakan IRF bertekad mahu menghidupkan kembali aliran muktazilah bagi memperjuangkan keunggulan akal atau “the rise of reason” di kalangan umat Islam seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Menurutnya, “matlamat dan tekad perjuangan IRF adalah untuk meremaja atau memperbaharui pemikiran kaum Muslimin, atau dalam makna lain, memperjuangkan keunggulan akal”.

Alhasil, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa ia merupakan penjelmaan semula pemikiran dan aliran rasionalisme kaum muktazilah di dunia Islam masa ini.

Beliau juga kuat memperjuangkan sekularisme dan pluralisme apabila pernah berkatabahawa dalam sebuah negara pelbagai agama seperti Malaysia, “sekularisme, difahami dengan tepat, dapat menawarkan satu-satunya jalan kepada kebebasan agama dan falsafah”.

Demikianlah tokoh-tokoh G25 dan IRF: Saling keliru dan mengelirukan; kini tersesat dan mula menyesatkan.

Masanya sudah tiba untuk Jakim memanggil wakil-wakil G25 dan IRF secara berasingan menemui ulama dan sarjana Islam dalam ‘Panel Penasihat Mengenai Ajaran Sesat Jakim’ supaya menilai secara ilmiah pemikiran Islam G25 dan IRF.


Dr Maza menyertai acara anjuran Penang InstituteG25 dan IRF seolah-olah kebal daripada tindakan undang-undang


Ada juga yang bertanya: “Atau yang sebenarnya G25 dan IRF itu semua memang sebakul?” Bermain drama di atas penganjuran pelbagai seminar dan simposium.

Yang Redzuan panas panik sebagai penganjur; Dr Maza pula terpaksa bangkit takut kredibilitinya dipersoalkan dan dikaitkan dengan ceramah Dr Mun’im Sirriy walhal dia sendiri banyak memberikan idea dan sumbangan kepada G25, IRF, Penang Institute dan Sisters in Islam.

Dalam pada itu, Farouk masih kekal membantah dan mempromosikan IRF yang semakin keliru dan melencong.

Jika buku terbitan G25 berjudul Breaking the Silence: Voices of Moderation – Islam in a Constitutional Democracy sudah diharamkan kerajaan atas sebab menyesatkan dan menyeleweng, maka amat tepat kumpulan itu tidak dibenarkan menjemput para penceramah liberalis-sekularis seperti yang terjadi pada 19 Ogos yang lalu.

Apa ertinya mengharamkan buku Breaking the Silence sedangkan aktiviti dan suara G25 dibenarkan terus menyanggah kedaulatan Islam?

Sehubungan ini, teringat kita akan titah Paduka Seri Sultan Perak dalam konvensyen ‘Memperkukuh pasak negara: Ke arah wasiat lebih tersurat’ di Putrajaya pada 5 Ogos 2017, apabila baginda tuanku bertitah:

“Perkara-perkara yang telah dipersetujui ketika penggubalan Perlembagaan Merdeka, menyentuh prinsip-prinsip asas, tidak harus diperdagangkan untuk tujuan meraih keuntungan politik jangka pendek; tidak wajar dikorbankan kerana kepentingan untuk mengutamakan atau melindungi mana-mana pihak, baik organisasi mahupun individu. Prinsip-prinsip asas, terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan. Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka. Ummah wajib berdiri teguh – berpendirian tegas, tidak berundur, walau setapak sekalipun.”

Satu ketetapan yang muktamad dan berani demi Islam dan masa depan ummah di negara ini mesti dilakukan seberapa segera oleh pihak berwajib sebelum aqidah ummah dipunahkan mereka.

Pada hakikatnya, G25 dan IRF sudah “crossed the red line” dan amat berbahaya kepada kedaulatan agama Islam sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Semoga Allah SWT kembalikan mereka ke jalan yang benar.


PASRelief menyeru umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia turun berhimpun di kedutaan Myanmar pada 30 Ogos 2017, jam 11 pagi,  mengiringi pimpinan PAS dan NGO menyerahkan memorandum mengecam kekejaman Myanmar ke atas etnik Muslim Rohingya yang sedang terjadi pada waktu ini. 

Himpunan dan penyerahan memorandum ini adalah anjuran bersama MAPIM,  PASRelief,  Permas dan beberapa NGO lain, termasuk peserta Food Flotilla For Myanmar (FFFM). 

Dalam tragedi keganasan terbaru tentera regim Myanmar bersama pelampau buddha Rakhine (Arakan Army) bermula 25 Ogos lalu,  kira-kira 500 muslim Rohingya dibunuh kejam, rumah, madrasah dan perkampungan dibakar dan penduduk diusir. Sebahagian besar penduduk di wilayah Buthidaung dan Rathidaung dipaksa lari ke hutan dan bukit bukau untuk menyelamatkan nyawa. Situasi mereka tidak dapat diketahui.  Ramai wanita dan kanak turut dibunuh dan dibakar. 

Sebahagian mereka terpaksa membawa keluarga menyeberangi Sungai Naf bagi mencari perlindungan di kem pelarian di wilayah Ramu, Cox's Bazaar, Bangladesh. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak. 

Kekejaman penghapusan etnik Rohingya (Genocide) sejak 1948 ini berlanjutan hingga kini walaupun PBB telah membuat ketetapan agar ia dihentikan. Operasi tentera dengan sokongan Arakan Army ini menyaksikan lebih ramai menjadi mangsa berbanding operasi sama pada Oktober 2016. 

Berikutan tragedi kemanusiaan terbaru ini,  PASRelief mengajak seluruh masyarakat dunia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera campurtangan bagi menghentikan genocide yang berlanjutan ini. 

Kami juga menggesa Asean dan OIC mengambil tindakan drastik bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda Muslim Rohingya di Wilayah Arakan (Rakhine). 

Kerajaan Malaysia perlu segera mengaktifkan plan kecemasan peringkat Asean dan negara Muslim serantau bagi menekan regim Myanmar. Bencana kemanusiaan yang sedang terjadi di Arakan pada masa ini akan memakan lebih ramai korban jika kita terus berpeluk tubuh dan berdiam diri. 

Ayuh rakyat Malaysia, sertai himpunan aman dan menyerahan memorandum mengecam kekejaman Myanmar yang sedang melakukan jenayah kemanusiaan terburuk dalam sejarah dunia. 

Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah PASRelief
AJK PAS Pusat



KUALA LUMPUR – Pergaduhan dalaman PKR antara peguam, Latheefa Koya dengan Rafizi Ramli semakin teruk.

Terkini Naib Presiden PKR yang lantang itu didakwa menjadi ejen kepada seorang pemimpin kanan UMNO yang susur galurnya berasal dari Indonesia.


Latheefa yang juga peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak berpuas hati dengan Rafizi susulan gesaan supaya satu kongres khas diadakan bagi menentukan hala tuju hubungan dengan Pas semalam dan membidas Ahli Parlimen Pandan itu sambil mendakwanya ‘barah’ kepada pembangkang.



“Yang marah-marah saya sebab posting ini- sila lihat apa yang dibuat oleh barah ini sekarang. Dia sedang memaksa parti pecah dua. Dia tak hadir mesyuarat. Tetapi dia berani hanya bagi kata dua melalui media.

“Ini namanya tindakan bacul. Dia bertanding dulu dalam parti – bawa cerita palsu, minta backing dari orang-orang berpengaruh – tetap kena reject oleh anggota.

“Sekarang ini guna dia punya NGO- kutip duit pastu – dia guna duit ni untuk memecahbelahkan cabang. Bukan utk memantapkan parti tapi sebaliknya bagi huru-hara sebagai strategi ponorogo,” dakwa Latheefa dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya.


Latheefa tidak menulis individu dimaksudkan, bagaimana umum mengetahui Rafizi baru-baru ini ada membuat rayuan kutipan derma bagi membiayai kos guaman dalam satu kes saman dihadapinya.

Ponorogo dimaksudkan oleh Latheefa adalah melibatkan seorang pemimpin kanan UMNO yang berasal dari sebuah kawasan di Indonesia, dimana beliau semasa dalam satu wawancara di televisyen Indonesia mengakui berasal dari Ponorogo.

Latheefa juga mendakwa Rafizi setiap hari berhubung dengan ‘Geng Ponorogo’ dan sentiasa membuat ugutan untuk melompat parti.

“Dia ni perangai buruk- kalau org tak terima idea dia – dia akan lompat-lompat, ugut-ugut. Hari-hari geng dia berhubung dengan geng ponorogo,” katanya lagi.

Paling jelas kenyataan Latheefa menunjukkan Rafizi adalah individu yang dimaksudkan dalam kritikannya adalah kenyataan ini : “Dia masuk tunjuk muka lepas PRU12. Dia kuar (keluar) lepas gaduh dari keje (kerja) koperat (korporat) sebelum dia masuk tapi konon berkorban gaji tinggi.”

Rafizi bertanding di kerusi Parlimen Pandan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13, sebelum itu beliau memegang jawatan dalam Petronas.

Semalam, Rafizi mendakwa ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana Pas perlu ditangani.

Katanya, kewujudan dua kumpulan berbeza pendapat itu mengelirukan akar umbi kerana ada antara mereka turut memegang jawatan kanan Pakatan Harapan.

Keadaan itu, kata Rafizi, sudah berlaku sejak pertengahan tahun 2015 dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada persedian gabungan berkenaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14. – MalaysiaGazette

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget