NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wajib tahu perkara ini supaya kita tidak di tipu dalam #PRU14



Mahkamah  pada 5 Julai 2017 telah menurunkan perintah mahkamah supaya pameran kedua persempadanan semula di seluruh Malaysia yang sedang dilakukan oleh SPR untuk BERHENTI SERTA MERTA.

Latar belakang kes:

1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mewajibkan pameran kedua persempadanan semula dilakukan serentak di seluruh Tanah Melayu, tanpa mengecualikan mana-mana negeri. Maksudnya kesemua kerja persempadanan semula di seluruh Tanah Melayu harus dilakukan dalam satu unit.

2. Dalam kes mahkamah Selangor vs SPR sebelum ini, saman telah difailkan dan proses undang-undang sedang berlangsung bagi menentukan samada persempadanan semula yang dicadang oleh SPR untuk Selangor adalah haram berikutan pendedahan kehilangan data ratusan ribu pengundi Selangor.

3. Dan Mahkamah telah melalui satu “stay order”, putuskan bahawa kerja-kerja persempadanan semula di Selangor harus dihentikan sehingga perbicaraan selesai.

4. Memandangkan SPR gagal memanipulasi persempadanan semula di negeri Selangor akibat saman mahkamah yang dijelaskan dalam (2), SPR teruskan kerja kotor mereka di negeri-negeri lain. Mungkin sebab Najib gagal tipu di Selangor, maka dia cuba nasib di negeri-negeri lain.

5. Berikutan pemfailan injunksi hari ini, mahkamah telah perintahkan SPR supaya MENGHENTIKAN pameran kedua persempadanan semula SPR yang sedang dilakukan di seluruh negeri-negeri lain kecuali Selangor, sehingga selesainya kes mahkamah Selangor yang pertama (kes kehilangan data ratusan ribu pengundi Selangor). Dalam erti kata lain, mahkamah berpendapat bahawa kerja-kerja persempadanan semula yang mengecualikan Selangor ini adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Nota kaki: Pameran pertama berlangsung pada September 2016. Selesainya pameran pertama, pameran kedua diwajibkan sebelum kerja-kerja persempadanan semula ini dibawa ke Parlimen untuk di-gazetkan. Kalau dah sampai Parlimen, percayalah, Najib akan guna majoriti di tangannya untuk memaksa persempadanan semula ini lulus. 

Tahniah barisan peguam dan kerajaan negeri Selangor kerana berjaya menghentikan penipuan SPR setakat ini.
© all rights reserved
made with by templateszoo