NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sukan SEA 2017 : Malaysia jangan terlalu yakin, Singapura dan Myanmar boleh buat kejutan.



Oleh Eddy Zakry

KUALA LUMPUR, 9 Julai Pasukan bolasepak Bawah 22 Tahun Malaysia disarankan agar tidak terlalu yakin walaupun tidak diundi bersama juara bertahan Thailand dan kuasa bolasepak Asia Tenggara, Vietnam pada temasya Sukan SEA tahun ini.

Malaysia telah diletakkan bersama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei di dalam kumpulan A.

Sementara Thailand, Vietnam, Filipina, Timor Leste dan Kemboja berada di dalam kumpulan B yang dilabel sebagai kumpulan maut. 

Prestasi pasukan Filipina dan Timor Leste semakin meningkat dan boleh mencabar Thailand dan Vietnam. Adalah tidak mengejutkan jika Filipina atau Timor Leste boleh mara ke peringkat suku akhir.

Walaupun terlepas dari kumpulan maut namun hasrat Malaysia untuk menduduki dua tempat teratas dan layak ke suku akhir boleh dikecewakan oleh Myanmar atau Singapura. Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee telah mengakui mereka tidak boleh menarik nafas lega.

Sebagai tuan rumah Malaysia akan mempunyai kelebihan kerana disokong oleh penonton tempatan. Tetapi sokongan penonton juga boleh bertukar menjadi tekanan kepada para pemain. Tekanan akan menyebabkan pemain membuat kesilapan. Malah pasukan lawan apabila menentang pasukan tuan rumah akan bermain dengan suntikan semangat luarbiasa. Oleh yang demikian, pasukan negara tidak boleh memandang rendah  pasukan Laos dan Brunei. Keputusan seri dengan salah satu pasukan itu boleh menjejaskan peluang pasukan negara ke suku akhir.

Kali terakhir pasukan negara memenangi pingat emas bolasepak Sukan Sea adalah dalam tahun 2011 semasa temasya itu berlangsung di Jakarta. Ketika itu Malaysia telah menundukkan pasukan tuan rumah Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti. (1Media.my)                        

© all rights reserved
made with by templateszoo