NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skim Ceria : 183 Projek Dengan Lebih RM55 Juta Diperuntukan

Sebanyak 183 projek baikpulih pangsapuri kos rendah dan kos sederhana rendah telah dilaksanakan di bawah Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) sejak skim itu dilancarkan dalam tahun 2010. Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM55,857,961.30 - (YB Dato' Iskandar A. Samad,  Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor)

Oleh Afwan Khalili
Di Dewan Negeri Selangor.

SHAH ALAM, 25 Julai - Sebanyak 183 projek baikpulih pangsapuri kos rendah dan kos sederhana rendah telah dilaksanakan di bawah Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) sejak skim itu dilancarkan dalam tahun 2010. Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM55,857,961.30.

Perkara ini dimaklumkan oleh Dato' Iskandar A. Samad, Exco Perumahan,  Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor dalam satu jawapan bertulis kepada satu soalan daripada Puan Haniza Talha, Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan.

Katanya Kerajaan Negeri Selangor secara konsisten membantu rakyat dan tidak hanya menunggu apabila pilihan raya telah hampir tiba.

"Sejak akhir-akhir ini Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan kerap turun ke pangsapuri-pangsapuri menabur pelbagai janji. Saya hendak bertanya kepada beliau kenapa hanya membuat janji apabila PRU14 hanya kurang 12 bulan dari sekarang?", Iskandar persoalkan.

Beliau juga menambah beliau berpuas hati dengan pelaksanaan program SMART LIFE.

SMART LIFE adalah program khusus untuk membaikpulih lif dan mengambil alih penyelenggaraan lif di pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pada sidang belanjawan tahun lepas.

Menurut Iskandar, 88 lif di 17 kawasan pangsapuri telah dikenalpasti untuk dibaikpulih tahun ini dengan kos RM22,833,458.20 sen.

Sementara Kerajaan Negeri telah juga mengenalpasti 90 lif di 22 kawasan pangsapuri untuk diselenggara dengan peruntukan sebanyak RM784,587.84 setahun. (1Media.my)                      
© all rights reserved
made with by templateszoo