Seruan Presiden PAS supaya hadir Ke Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah - 1Media.My

Header Ads

Seruan Presiden PAS supaya hadir Ke Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah

Saya menyeru kepada semua ahli-ahli PAS di seluruh negara supaya datang beramai-ramai untuk memeriahkan Ijtimak ini,memberi sokongan kepada satu agenda yang penting untuk menyatukan umat Islam secara khusus PAS menjadi pemimpin, menjadi satu contoh yang baik dengan usaha dapat mengumpulkan beberapa ramai yang boleh datang, bukan sahaja daripada ahli-ahli dan peyokong PAS, termasuk pendokong Islam daripada pelbagai pihak, bukan sahaja di Malaysia, termasuk di Rantau Asia Tenggara.


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Oleh kerana Parti Islam Se-Malaysia(PAS) dan Negeri Kelantan menjadi tuan rumah kepada Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang akan diadakan, maka saya menyeru kepada semua ahli-ahli PAS di seluruh negara supaya datang beramai-ramai untuk memeriahkan Ijtimak ini,memberi sokongan kepada satu agenda yang penting untuk menyatukan umat Islam secara khusus PAS menjadi pemimpin, menjadi satu contoh yang baik dengan usaha dapat mengumpulkan beberapa ramai yang boleh datang, bukan sahaja daripada ahli-ahli dan peyokong PAS, termasuk pendokong Islam daripada pelbagai pihak, bukan sahaja di Malaysia, termasuk di Rantau Asia Tenggara.

Oleh kerana kita menjadi tuan rumah kepada Ijtimak ini, menjadi tanggungjawab untuk kita mengarahkan seluruh tenaga PAS bukan sahaja memeriahkan, maka untuk membantu bagi melancarkan agenda ini dengan sebaik-baiknya.

Ijtimak ini adalah salah satu daripada perjuangan kita bagi meninggikan kalimah Allah dan merupakan satu amal yang wajib kita sertai khususnya di zaman umat Islam menghadapi cabaran yang besar di seluruh dunia. Rantau Asia Tenggara menjadi salah satu sasaran.

Kita di Malaysia mempunya satu keadaan yang agak baik daripada negeri yang lain. Oleh kerana itu, bukan sahaja kita bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada Ijtimak ini, mengajak rakan-rakan Asia Tenggara secara khusus, akan ada juga dari negeri-negeri lain(hantar wakil), kita perlu menunjukkan kejayaan Ijtimak ini. Bagi mencapai tujuan ini, maka peranan PAS, pemimpin dan ahli-ahli sangat penting untuk menjadi tenaga pembantu yang mendokong tujuan Ijtimak ini diadakan.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudara sekalian dan mengharapkan keberkatan dan pahala daripada Allah dalam penglibatan kita dalam agenda yang besar ini.

Mudah-mudahan diterima. Diberi taufiq dan hidayah dari Allah

Wassalam.

Gambar asal oleh: Hisham Bulan