NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sallehen : Tanpa Ketirisan Mungkin Tiada Yang Miskin.





Oleh Afwan Khalili
Di Sidang Dewan Negeri Selangor.

SHAH ALAM, 25 Julai - Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi memberitahu mungkin tidak ada orang yang miskin sekiranya tidak berlaku ketirisan.

Beliau berkata sedemikian ketika membahaskan usul di dalam Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini yang menggesa Kerajaan Negeri Selangor mengkaji kesan kes 1MDB terhadap rakyat negeri Selangor.

Usul telah dibawa oleh ADN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menggesa Kerajaan Negeri meneliti kesan kes 1MDB terhadap pelaburan, ekonomi, percukaian dan impak keseluruhannya terhadap rakyat negeri Selangor rentetan kes kecurian wang dan korupsi seperti yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Ustaz Sallehen juga berkata sekiranya tidak berlaku ketirisan, rakyat akan menikmati lebih banyak kemudahan awam.

"Orang Sabak Bernam juga mahu berenang di dalam air yang jernih di kolam-kolam renang atau bermain boling tetapi hajat mereka tidak kesampaian kerana tidak ada kemudahan tersebut", kata Sallehen.

Di dalam ucapannya, beliau juga berkata ramai bekas Perdana Menteri akhirnya meninggalkan UMNO dan berkata UMNO perlu sedar bahawa terdapat sesuatu yang tidak betul dengan mereka.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, Dato' Iskandar Abdul Samad selaku Exco telah membuat penggulungan dan menegaskan bahawa kesan 1MDB ini adalah terhadap setiap lapisan rakyat. Sama ada di bandar atau di luar bandar. Oleh itu, rakyat perlu memberi perhatian kepada isu ini.

Dewan Negeri Selangor yang membenarkan perbahasan bagi isu 1MDB berbeza dari Parlimen yang telah menolak lebih 30 soalan tentang 1MDB termasuk satu soalan dari Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang yang bertanya  sama ada Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). (1Media.my)                   
© all rights reserved
made with by templateszoo