NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penduduk pangsapuri Bandar Tasik Selatan menderita akibat lif rosak.

Oleh Afwan Khalili

Lebih 1,000 penduduk Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur menderita kerana salah satu lif mereka rosak.

Sebuah akhbar melaporkan penduduk Blok D Pangsapuri Kos Rendah 18 tingkat di Bandar Tasik Selatan terpaksa menunggu setengah jam untuk naik ke rumah mereka akibat kerosakan lif itu sejak 2 bulan lepas.






Seorang penduduk juga dilaporkan berkata beliau terpaksa turun 2 jam lebih awal untuk menunaikan solat Maghrib di surau berdekatan.

Ramai yang bimbang kerosakan lif ini menimbulkan masalah kepada pesakit kronik dan warga emas yang terpaksa menunggu lama apabila hendak ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan.

Penduduk mengadu lif tersebut telah rosak beberapa kali sebelum ini dan selalunya akan dibaiki tetapi kali ini pihak pengurusan telah memberikan alasan yang tidak munasabah.

Seorang Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah pangsapuri di Petaling Jaya, En. Arif Muhiddin 45 tahun mengulas tentang kerosakan ini berkata baikpulih secara menyeluruh (modernisation) perlu dilakukan jika lif kerap rosak.

Beliau menambah, pengurusan pangsapuri mungkin tidak ada kemampuan untuk melakukannya maka Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kesejahteraan Bandar perlu campurtangan tetapi malang sekali Kementerian sekarang kelihatan memberi tumpuan kepada pangsapuri-pangsapuri di Selangor sahaja. (1Media.my)                      
© all rights reserved
made with by templateszoo