NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa kebakaran di Tawau perlu sumbangan anda.



TAWAU, 6 Julai : Orang ramai dirayu agar menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa kebakaran Kg Hidayat, Tawau, Sabah.



Ketua Pengarah Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (KHIDMAT MALAYSIA), Dato' Iskandar A. Samad berkata sedemikian setelah melawat kampung tersebut hari ini.



Dalam satu kebakaran 1 Julai lepas 253 buah rumah telah musnah dijilat api yang menyebabkan 1,960 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Iskandar menggesa orang ramai menghulurkan sumbangan agar kerja-kerja untuk membantu penduduk dapat dilakukan.



Katanya KHIDMAT MALAYSIA Sabah dan PAS Kawasan Tawau telah turun ke kampung itu dan memerlukan sumbangan untuk memastikan gerakerja mereka dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam di atas nama PAS KAWASAN TAWAU dan nombor akaunnya adalah 10025010006556. Penyumbang hendaklah memaklumkan melalui nombor telefon 0198333639 setelah memasukkan duit.



Di dalam lawatan hari ini, Iskandar telah diiringi oleh Hj Mohammad Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau yang juga AJK Kerja PAS Pusat serta AJK PAS Kawasan Tawau Zaiton Ahmad, Mulyani Jamjam dan Arfah Asrizal.

Anggota-anggota Jabatan Amal Tawau Rusli Basri, Yulhidayat Salim, Muhammad Asyraf, Muhammad Khairul Ridzwan Jupri dan Haris Abdul Rahim telah juga turut bersama.

Sementara Muhammad Akbar Kinas telah turut hadir mewakili Jabatan Amal Kalabakan dan Persatuan Kebajikan Dan Prihatin Dakwah Sabah.

Mereka semua telah ditugaskan untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran tersebut.

Walaupun terdapat gerakerja bersepadu dari agensi-agensi kerajaan namun sumbangan dan bantuan orang ramai juga diperlukan.

Buat masa ini pusat pengumpulan bantuan di kampung itu menerima sumbangan pakaian, beras, lampin pakai buang kanak-kanak, air mineral dan keperluam-keperluan lain, tambah Iskandar yang juga Naib Presiden PAS dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. (1Media.my)
© all rights reserved
made with by templateszoo