NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakatan Harapan: Logo sahkan siapa parti dominan?


Oleh Bahari Salleh

KUALA LUMPUR, 14 Julai : Logo Pakatan Harapan yang diumumkan semalam mengesahkan siapa parti dominan dalam pakatan tersebut.

Logo itu berbentuk tulisan "HARAPAN" tetapi dengan salah satu huruf "A" mirip bentuk roket. Umum mengetahui logo DAP adalah roket maka dengan memasukkan roket ke dalam logo gabungan itu seolah-olah satu isyarat bahawa DAP akan menjadi parti dominan.

Walaupun Tun Dr Mahathir adalah Pengerusi gabungan tersebut namun dengan hanya seorang Ahli Parlimen suara parti beliau adalah terbatas. Ini ditambah dengan perselisihan dalaman parti bekas Perdana Menteri itu.

Sementara PKR melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Ketua Umum dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai sebagai Presiden namun logo yang baru ini tidak menampakkan sebarang pengaruh PKR.



Logo "roket" Pakatan Harapan ini dijangka akan disalahtafsir oleh pengundi Melayu sebagai logo DAP kedua. Sudah tentu gabungan ini akan menghadapi masalah untuk menembusi kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Senarai pimpinan gabungan tersebut yang turut diumumkan juga mungkin akan berhadapan dengan masalah. Rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli PKR boleh tercetus.

Timbalan-Timbalan Presiden yang diumumkan adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dari BERSATU, Lim Guan Eng dari DAP dan Mohammad Sabu dari PAN. Yang menjadi tanda tanya adalah ketiadaan nama Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali pada barisan Timbalan Presiden gabungan itu.

Sebaliknya beliau berada pada senarai Naib Presiden bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari BERSATU, Chong Chien Jen dari DAP dan Salahuddin Ayub dari PAN.

Kemungkinan besar ahli-ahli PKR malah orang ramai susah hendak memahami bagaimana seorang Menteri Besar diletakkan lebih rendah dari Mohammad Sabu yang hanya bersandar kepada jawatan parti. Presiden PAN itu telah gagal memenangi mana-mana kerusi pada pilihan raya umum yang lepas. (1Media.my)                                                
© all rights reserved
made with by templateszoo