Lama memerintah tidak semestinya bijak memerintah. - 1Media.My

Header Ads

Lama memerintah tidak semestinya bijak memerintah.


Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat sama-sama mengumumkan skim perumahan yang sama iaitu skim baikpulih pembangunan berstrata untuk rumah kos rendah dan rumah kos sederhana. Skim Kerajaan Negeri Selangor dinamakan Skim CERIA. Manakala skim Kerajaan Pusat dinamakan Tabung Penyelegaaraan 1 Msia. (TP1M). Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan pula sewaktu merasmikan program ini pada bulan Februari 2010 telah mensyaratkan pembisyaan 50 : 50. Iaitu 50% oleh Kerajaan Persekutuan dan 50% oleh penduduk. format ini gagal kerana penduduk tidak mampu menampung kos 50% itu dan akhirnya Kerajaan Persekutuan telah menurunkan pembiayaan penduduk kepada 10% dan menaikkan pembiayaan Kerajaan Persekutuan kepada 90%. - Ustaz Hasbullah Rizwan

UMNO perlu banyak belajar termasuk dari parti lawan. 

Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Selangor, YB Ustaz Hasbullah Rizwan memberitahu, UMNO mungkin banyak pengalaman memerintah tapi tidak semestinya bijak dalam membuat polisi-polisi dan dasar.

Katanya, sebagai contoh kes perumahan yang mudah kita perhatikan. 

Beliau menjelaskan pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat sama-sama mengumumkan skim perumahan yang sama iaitu skim baikpulih pembangunan berstrata untuk rumah kos rendah dan rumah kos sederhana.

Skim Kerajaan Negeri Selangor dinamakan Skim CERIA. Manakala skim Kerajaan Pusat dinamakan Tabung Penyelegaaraan 1 Msia. (TP1M).

Format perbiayaan Skim CERIA adalah 80 : 20 Iaitu 80% oleh Kerajaan Negeri dan 20% oleh penduduk.

Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan pula sewaktu merasmikan program ini pada bulan Februari 2010 telah mensyaratkan pembisyaan 50 : 50. Iaitu 50% oleh Kerajaan Persekutuan dan 50% oleh penduduk.

Tetapi menurut Ustaz Hasbullah, format ini gagal kerana penduduk tidak mampu menampung kos 50% itu dan akhirnya Kerajaan Persekutuan telah menurunkan pembiayaan penduduk kepada 10% dan menaikkan pembiayaan Kerajaan Persekutuan kepada 90%.

Tawaran Kementerian ini kelihatan lebih baik namun apa yg berlaku adalah indah khabar dari rupa.

Pada penghujung 2010, satu pembangunan di kawasan Dewan Negeri beliau, Pangsapuri Samudera telah menolak tawaran Kementerian  kerana kos pembaikan yang ditawarkan (mengecat bangunan) adalah RM1.2 juta berbanding dengan Kerajaan Negeri yang menawarkan pakej pembaikan Skim CERIA untuk kerja yang sama dengan kos RM360 ribu sahaja.

Penduduk berterima kasih dengan bantuan Kerajaan negeri kerana mereka hanya perlu membayar RM72 ribu sahaja, berbanding RM120 ribu yang mereka perlu bayar jika Kementerian melaksanakan projek berkenaan.

"Tidak salah Kerajaan Persekutuan belajar dari Kerajaan Negeri yang walaupun memerintah kurang dari 10 tahun tetapi lebih cakna rakyat", beliau merumuskan.

Ustaz Hasbullah adalah juga Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. (1Media.my)