NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Krisis Melanda Chinese Super League Apabila 13 Kelab Didakwa Gagal Membayar Hutang




Oleh Eddy Zakry

Nampaknya bukan sahaja persatuan bolasepak negeri-negeri di Malaysia yang gagal melunaskan komitment kewangan mereka tetapi 13 kelab Chinese Super League (CSL) juga gagal membayar hutang.

Persatuan Bolasepak China (CFA) telah mengarahkan 13 kelab itu menyelesaikan hutang-hutang mereka atau akan dilarang dari menyertai pertandingan liga tahun hadapan.

Tindakan CFA adalah berikutan amaran Asian Football Confederation (AFC) pada 11 Julai lepas agar kelab-kelab Asia menyelesaikan hutang mereka sebelum 31 Ogos ini atau dilarang menyertai Asian Champions League.

Hutang yang ditanggung oleh kelab-kelab China itu adalah merupakan yuran perpindahan, gaji dan bonus.

Walau bagaimanapun di dalam perkembangan terkini, 10 kelab menafikan mereka masih berhutang tetapi telah melunaskan hutang-hutang mereka.

Di antaranya adalah kelab Shanghai Shenhua FC yang telah membeli Carloz Tevez dari Boca Juniors Januari lepas dengan yuran perpindahan dianggarkan 71.6 juta pound.

Sementara kelab Shanghai SIPG yang membeli pemain tengah Brazil, Oscar dengan yuran perpindahan 60 juta pound berkata mereka telah membayar yuran tersebut pada Oktober lepas.

Penghijrahan begitu ramai pemain asing ke China dan dengan gaji yang tinggi membimbangkan pentadbir bolasepak negara tersebut. Mulai musim ini, kelab-kelab CSL hanya boleh menurunkan 3 orang pemain asing pada mana-mana perlawanan. Sebelum ini kelab boleh menurun 4 pemain asing dan seorang pemain Asia. (1Media.my)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo