NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemenangan Jerman memberi amaran awal sebelum piala dunia tahun depan.


Pasukan bolasepak Jerman telah memenangi Piala Konfederasi (Confederation Cup) yang berlangsung di Russia buat kali pertama. Kemenangan ini adalah penting sebelum mereka mempertahankan kejuaraan mereka pada Piala Dunia bolasepak tahun hadapan.

Walau bagaimanapun kemenangan kali ini tidaklah bergaya seperti kemenangan mereka pada Piala Dunia di Brazil. Di sana mereka membelasah tuan rumah Brazil 7-1 di peringkat separuh akhir.

Di Russia prestasi awal mereka tidak menampakkan mereka akan menjuarai piala tersebut setelah sekadar mengalahkan Australia 3-2. Hanya setelah membelasah Mexico 4-1 pada peringkat separuh akhir kehebatan mereka terserlah.

Yang menarik pada perlawanan akhir melawan Chile, Chile yang menguasai perlawanan. Chile menguasai 66% perlawanan (possesion) berbanding Jerman hanya 34%.

Jerman pula hanya dapat melakukan 8 cubaan terhadap gol walhal Chile 22. Sementara cubaan tepat Jerman hanya 3 sementara Chile berjaya melakukan 8.

Ini bukan kelemahan pasukan Jerman tetapi ini adalah strategi. Jerman membiarkan Chile mengawal perlawanan hingga kepenatan. 

Kekuatan mental (mental strength) Jerman sejak dulu lagi tiada tandingannya. Walaupun ditekan dan diasak tetapi mereka kekal dengan rentak mereka. Chile yang mengawal permainan pula yang tertekan.

Jerman menunggu untuk membuat serangan balas (counter attack). Mereka menunggu Chile membuat kesilapan dan apabila ini berlaku Jerman menjaringkan gol.

Satu lagi yang menarik dengan pasukan Jerman kali ini adalah tidak terdapat bintang atau "star". Walaupun pemain kelab Paris Saint-Germain, Julian Draxler 23 tahun memberi impak yang besar kepada pasukan tetapi Jerman bermain sebagai satu pasukan. Tidak ada Maradona, tidak ada Ronaldo, tidak ada Sanchez. Draxler mencipta peluang untuk rakan-rakan sepasukannya. Pemain betaraf bintang itu penting tetapi perlu 11 orang untuk bermain bolasepak.

Hanya tinggal 12 bulan sebelum Jerman mempertahan kejuaraan dunia mereka. Mereka menang di Russia dengan pasukan yang dikatakan pasukan "B". Beberapa pemain utama direhatkan. Penjaga gol Manuel Neuer, pemain tengah Mesut Ozil dan Toni Kroos, dan penyerang Thomas Muller tidak diturunkan. Maka sudah tentu ia satu amaran awal kepada pasukan-pasukan lain sebelum Piala Dunia tahun hadapan. Malah masa depan mereka begitu cerah setelah pasukan bawah 21 tahun mereka menjuarai kejohanan bawah 21 tahun Eropah minggu lepas di Poland. (1Media.my)      
© all rights reserved
made with by templateszoo