NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan Ingat Cahaya Islam Macam Api Pelita

                      

Oleh Dr Azman Ibrahim
AJK Kerja PAS Pusat

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ummah Islam Sedunia tampil di IAPU setelah bercuti agak lama dan 'berucap dengan gear 2'. Walau masih belum sihat sepenuhnya, penampilan Tuan Guru kelihatan meyakinkan dan mampu berucap dengan penuh semangat.

Kata Tuan Guru, Islam sedang dikepung oleh Tentera Ahzab di zaman kini yang lebih canggih dari Ahzab zaman dulu. Walaupun ramainya musuh, cahaya Islam tak akan padam. Jangan anggap cahaya Islam seperti cahaya pelita minyak tanah, boleh dihembus dan padam.

Kita perlu muhasabah, mengapa generasi awal para sahabat bersama Rasulullah s.a.w mencapai kejayaan yang hebat sedangkan mereka hidup dalam masyarakat jahiliyah yang berhati keras dan hidup dengan undang-undang rimba. Kita sekarang pula tak mencapai kejayaan sehebat mereka.

Islam telah tersebar sehingga sampai ke rantau Asia Tenggara dan mengIslamkan penduduk di rantau ini yang asalnya menganut ajaran Hindu dan  Budha sehingga jadilah Asia Tenggara kawasan majoriti Islam terbesar di dunia dengan kira-kira 300 juta ummat Islam. Cahaya Islam bukan setakat tak mampu dipadam malah ia telah meranapkan agama-agama lain.

Tanggungjawab bagi pendakwah yang memahami Islam bukan setakat mengajar tetapi memberikan 'inzar' atau peringatan kepada kaum mereka. Dalam inzar ada unsur dakwah. Inilah peranan yang telah dimainkan oleh ulama dan pendakwah terdahulu. Tanggungjawab memberikan inzar ini telah semakin terhakis dari pendakwah dan ulama kini.

Kita berhadapan dengan masalah dalaman bila ummat sibuk dengan masalah khilafiah dan furu' lalu mempertahankan mazhab masing-masing padahal Imam Syafie belajar dengan Imam Malik dan Imam Hanbali mengaji dengan Imam Syafie lalu para ulama ini telah memainkan peranan menyatukan ummah. Ummah yang terkemudian pula kini sibuk berbahas dalam perkara khilafiah antara mazhab sehingga menimbulkan perpecahan dan perbalahan. Mereka yang berbalah ini tak belajar ilmu sejarah dan tak belajar ilmu kemasyarakatan.

Ada yang terlalu 'tasyaddud' dan keras sehingga hanya fikir nak berperang saja. Akhirnya kita beli senjata dari barat untuk berperang sesama sendiri. 

Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia Kali Ke 4 yang berlangsung selama 3 hari mulai 20 Julai 2017, dirasmikan dalam satu program berprestij pada pagi ini di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia dengan dihadiri seramai kira-kira 10 ribu tetamu dari dalam dan luar negara. (1Media.my)
© all rights reserved
made with by templateszoo