NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Islam penyelesai masalah.



Pertama-tamanya kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin daripadaNya dan kekuatan daripadaNya, maka in sha Allah kita akan mengadakan Ijtimak Perpaduan Ummah di Peringkat Antarabangsa yang akan berlangsung di Kota Bharu Kelantan pada 20-22 Julai 2017

Saya menyeru kepada semua umat Islam dan masyarakat bukan Islam supaya sama-sama hadir bagi menjayakan satu himpunan yang akan memberi erti yang besar kepada Gerakan Islam seluruh dunia. 

Apabila kita lihat Islam ini dengan dilabelkan dengan pelbagai label maka dengan berlakunya Himpunan Umat Islam di Peringkat Antarabangsa ini , In sha Allah ianya akan memberi kesedaran kepada umum bahawa Islam ini boleh hidup dengan semua masyarakat dan boleh bekerjasama dengan semua agama-agama yang ada. 

Dan in sha Allah, Ijtimak Peringkat Antarabangsa ini, kita akan membincangkan isu berkenaan dengan isu dakwah Islamiyah dan hubungan agama Islam kepada masyarakat bukan Islam, juga kita akan membincangkan konflik yang melanda dunia Islam pada hari ini yang ternyata ianya sangat menganiaya Islam itu sendiri kerana Islam adalah agama fitrah agama yang baik yang akan kita tonjolkan di dalam persidangan ini supaya masyarakat Antarabangsa mereka akan memahami Islam agama terbaik dan agama yang di dalam sejarahnya telah terbukti berjaya memerintah dunia dalam keadaan aman damai dan boleh diterima oleh semua masyarakat.

Mudah-mudahan In sha Allah, Ijtimak di Peringkat Antarabangsa ini akan memberi kesedaran baru 
kepada semua yang tidak memahami Islam bahawa Islam adalah agama yang terbaik buat mereka, agama yang terbaik untuk dilaksanakan di dalam dunia ini yang akan menyelesaikan segala permasalahan manusia.

Sekali lagi saya menyeru kepada semua masyarakat islam dan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama hadir pada 20-22 Julai 2017. Mudah-mudahaan, In sha Allah program ini akan mendapat keredhaan oleh Allah.






© all rights reserved
made with by templateszoo