#IMDB: PAS Selangor gesa tubuh Suruhanjaya Diraja - 1Media.My

Header Ads

#IMDB: PAS Selangor gesa tubuh Suruhanjaya Diraja




Transkrip Penuh Temubual Bersama Pesuruhjaya PAS Selangor, Y.B. Tuan Sallehen bin Mukhyi

Bagi PAS Selangor khususnya, kita tidak berdiri di atas body PAS Selangor semata-mata. Tetapi saya percaya inilah juga pendirian PAS di semua peringkat kerana soalan berkaitan 1MDB bukan sahaja timbul di negeri tetapi juga telah timbul di parlimen yang mana ahli-ahli parlimen kita sendiri mengemukakan soalan berkaitan 1MDB.

Tetapi apabila usul ini dikeluarkan di peringkat negeri Selangor, PAS mengambil pendirian yang aktif untuk menyokong tindakan yang perlu bagi membuktikan disana ada salah laku terhadap 1MDB itu sendiri.

Namun waktu yang sama, dalam penyertaan saya dalam perbahasan kali ini ialah 1MDB bukanlah merupakan isu yang pertama terhadap kesalahan penggunaan dana awam, harta negara, harta rakyat tetapi sebelum 1MDB, ini telah diikuti isu-isu yang pelbagai. Isu tabung haji, PERWAJA, isu PKFZ, isu MFC, dan sekian banyak isu itu pun kita tidak boleh lupakan sebenarnya.

Tidak selesai isu itu dengan hanya Dr. Mahathir bertukar arah parti. Tidak selesai disitu. Sebab itu isu-isu yang pelbagai ini pun sebenarnya kita mengambil pendirian yang sama bahawa PAS dari satu sudut menentang semua penyalahgunaan semua penyelewengan.

Namun waktu yang sama kita mintak supaya pesalah ataupun mereka yang menyelewengkan harta rakyat itu diadili mengikut satu sistem yang benar-benar adil.

Jadi, pendirian kita dalam hal 1MDB ini saya rasa cukup jelas. Sebab itu dalam statement dan dalam perabahasan saya, kenyataan saya supaya pesalah mesti dibuktikan dan satu cadangan Suruhanjaya Diraja mesti dibentuk untuk mencari siapakah yang bersalah.

Kita tidak boleh melemparkan tuduhan-tuduhan membabi buta dengan segala bentuk cacian dan makian. Itu yang saya sebut. Walaupun kita menentang, kita tidak boleh sama dengan orang lain menentang.

Kita perlu membuat satu cara yang berhemah, yang santun yang bukan hanya menjadikan isu ini isu politik, tetapi menjadikan isu ini isu rakyat yang mesti diselesaikan secara santun, berdasarkan kepada akar budaya yang menjadi akar budaya masyarakat kita dalam negara kita umumnya.

Jadi oleh sebab itu, kita memerlukan platform yang sangat berautoriti dalam menyelesaikan isu ini, maka platform itu tidak lain saya rasa ialah penubuhan Suruhanjaya Di Raja untuk benar-benar membuktikan.

Sebab kalau benar sebagaimana dikata bahawa Perdana Menteri terlibat dalam isu ini, kita tidak rasa kasih sayang terhadap Perdana Menteri yang melakukan kesalahan kalau Perdana Menteri.

Walaupun dia satu bangsa dengan kita tetapi persoalan menolong satu bangsa dalam melakukan kejahatan itu suatu yang perlu kita elakkan. Itu yang diajar oleh Nabi, diajar oleh Islam bahawa assobiyah itu kerana menolong kaum dalam melakukan kejahatan.

Maka oleh sebab itu, kita sangat prihatin dalam masalah 1MDB dan kita menentang segala bentuk penyalahgunaan dana awam wang harta rakyat negara kita ini termasuk 1MDB.

Kita tak kira siapapun yang bersalah, kita kena hadapkan ke muka pengadilan. Suruhanjaya Di Raja itu sangat penting untuk memastikan segala bentuk penyelewengan sehingga terungkai siapakah sebenarnya yang menjadi dalang angkara dalam penyelewengan harta awam negara ini.