NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hari Keputeraan Rasmi Agong dipinda kepada 9 September



PUTRAJAYA 13 Julai - Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V bagi tahun 2017 dipinda daripada 29 Julai ini kepada 9 September depan.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Perdana Menteri, kerajaan bersetuju untuk tarikh Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi tahun ini dipinda.

"Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V bagi tahun 2017 dipinda dari Sabtu, 29 Julai 2017 kepada Sabtu, 9 September 2017," kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE
© all rights reserved
made with by templateszoo