EXCO didakwa di Mahkamah, harga rumah tinggi tetapi Menteri tidak kelihatan. - 1Media.My

Header Ads

EXCO didakwa di Mahkamah, harga rumah tinggi tetapi Menteri tidak kelihatan.



Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor, Abdul Aziz bin Abdullah mengingatkan Tan Sri Noh Omar agar menyelesaikan masalah perumahan di Johor dan tidak hanya membangkitkan isu-isu di Selangor sahaja.




Beliau berkata sedemikian setelah meninjau keadaan yang amat menyedihkan di Taman Megah Ria, Pasir Gudang dan memerlukan perhatian.

Abdul Aziz berkata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan itu sepatutnya menjenguk negeri Johor yang sarat dengan masalah perumahan. Selain dari Exco yang terlibat dengan perumahan telah meletakkan jawatan dan sedang didakwa di mahkamah, harga-harga rumah di Johor adalah tinggi dan di luar kemampuan rakyat biasa.



Selain dari itu, beliau turut menyatakan rasa bimbang dengan kebanjiran rakyat asing seperti dari Singapura membeli hartanah di negeri itu walhal kebanyakan rakyat tempatan hanya sekadar menjadi penonton sahaja.

Beliau juga yakin terdapat masalah-masalah perumahan di negeri-negeri lain dan Noh sepatutnya tidak mengabaikan negeri-negeri itu. 




"Kalau ada cita-cita hendak menjadi Menteri Besar Selangor, jangan jadi Menteri tetapi beri tumpuan kepada kerja-kerja politik sahaja", kata beliau. (1Media.my)