NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Antara Dua Mudarat: PAS Sedang Pertimbangkan?



Dalam perjuangan memartabatkan Islam di ruang politik, PAS berhadapan dengan dua kumpulan. Satu kumpulan menentang matlamat politik Islam. Satu kumpulan lagi mempergunakan Islam untuk tujuan politik.

Keduanya adalah mudarat kepada Islam. Tetapi jika tiada ruang untuk menolak kedua mudarat ini sekaligus, melainkan terpaksa melakukan satu sahaja dalam satu masa, maka Islam mengajar supaya dihapuskan dahulu mudarat yang lebih besar. Atas tujuan itu, dibenarkan untuk mengambil mudarat yang lebih ringan bagi tujuan menolak mudarat yang lebih besar. Ia merujuk kepada kaedah fiqh berkenaan Akhaffu Dararain.

Contoh paling masyhur yang disebut oleh Ulama dalam menerangkan kaedah ini adalah kisah daripada Surah al-Kahfi, dimana Nabi Khidir telah membunuh seorang budak. Budak tersebut adalah anak kepada dua ibubapa yang beriman dan sangat mengasihinya. Tetapi Nabi Khidir diberi maklumat oleh Allah bahawa budak ini akan menjadi kufur jika dia dewasa nanti, dan mampu merosakkan iman kedua ibubapa yang sangat mengasihinya. Maka Nabi Khidr melakukan pembunuhan yang dikira sebagai mudarat, bagi menyelamatkan ibubapanya dari terpesong akidah, yang dikira sebagai mudarat lebih besar.

Maka sekiranya tidak mampu untuk menolak kedua pihak ini sekaligus, PAS perlu memilih, manakah mudarat yang lebih ringan buat masa ini. Tidak bermakna redha dengan pihak tersebut, tetapi semata-mata atas tujuan menolak mudarat yang lebih besar. Dalam waktu yang sama PAS perlu merancang bagaimana untuk berhadapan dengan mudarat yang lebih kecil itu pula setelah mudarat besar berjaya dihapuskan.

Ini adalah siasah Rasulullah ketika berhadapan dengan dua musuh besar, iaitu Rom dan Parsi. Baginda mengambil pendekatan untuk memihak kepada Rom dahulu ketika keduanya berperang. Tidak bermakna redha dengan Rom, tetapi melihat bahawa Rom lebih baik daripada Parsi dari sudut mudarat kepada Islam. Di akhirnya setelah kekuatan Parsi berjaya dilemahkan dengan serangan Rom, umat Islam tetap menghapuskan kedua-duanya.

Siasah syariyyah sememangnya sarat dengan isu-isu Fiqh Aulawiyat, Fiqh Muwazanat, Fiqhul Waqi` dan Maqasid Syariah. Semua ini perlu diambil kira dalam mengatur strategi. Tetapi janganlah pula sampai mendahulukan atau bertentangan dengan Fiqh Nusus iaitu pemahaman tentang nas-nas agama.

(Alang Ibn Shukrimun)

Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
Facebook:
fb.com/AlangShukrimun

Benarkah DAP Amalkan Strategi Pecah Dan Perintah Untuk Mendominasikan Malaysia?



Pusat Penyelidikan PAS (PPP) kesal dengan kenyataan terbaru Pengarah Nasional Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, yang secara berterus terang mengunjurkan strategi memanipulasikan undi berdasarkan kaum untuk memenangkan DAP dan PH dalam PRU 14 akan datang. Beliau membuat kenyataan sedemikian di dalam The Edge yang diterbitkan pada 19 Jun 2017 yang lalu. Tindakan memanipulasikan undi berdasarkan kaum ini memaparkan sikap perkauman yang masih menebal pada DAP.

Di dalam laporan The Edge tersebut, Liew Chin Tong menyebut untuk mengalahkan parti Melayu seperti UMNO dan PAS di kawasan majoriti Melayu antara 60% hingga 70%, strategi menyatukan pengundi bukan Melayu dan memecahkan pengundi Melayu perlu dilakukan. Sekiranya PH berjaya melakukan strategi tersebut, mereka boleh merampas sehingga 43 kawasan parlimen yang bermajoriti Melayu-Muslim daripada UMNO atau PAS. Dengan 43 kerusi tersebut, PH diyakini boleh menguasai Malaysia selepas PRU 14.

PPP bertegas kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari seorang pimpinan DAP yang dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Nasional Pendidikan Politik. Seharusnya, beliau sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas pendidikan politik, mendidik rakyat untuk tidak mengundi berasaskan kecenderungan kaum. Tindakan untuk mewujudkan polarisasi undi berdasarkan kaum bukan sahaja menggugat integrasi nasional, tetapi juga boleh mengancam kestabilan politik negara.

Lebih dikesalkan lagi, strategi politik yang diunjurkan oleh beliau untuk PH, mempunyai niat memecahkan pengundi-pengundi Melayu supaya undi mereka tidak menjadi penentu di kawasan-kawasan yang bermajoriti Melayu. Secara tradisinya, kawasan-kawasan yang bermajoriti Melayu termasuk antara 60% hingga 70% ini, diwakili oleh parti-parti Melayu-Muslim seperti UMNO atau PAS. Sudah pasti strategi yang diunjurkan oleh DAP dan PH ini akan menimbulkan persoalan, adakah DAP dan PH mahu melaksanakan 'pecah dan perintah'?

Sebelum ini PPP sememangnya menjangkakan strategi seperti ini akan diambil oleh DAP dan PH untuk mereka menguasai Malaysia walaupun tanpa mendapat mandat majoriti pengundi Melayu-Muslim. Dengan kenyataan Liew Chin Tong tersebut, mengesahkan apa yang PPP jangkakan. PPP ingin mengingatkan PH, tanpa mandat majoriti Melayu-Muslim, mana-mana gabungan yang memerintah akan menjadi kerajaan yang tidak stabil. Dengan erti kata lain, strategi itu adalah jalan pintu belakang menguasai Malaysia.


Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

24 Jun 2017
29 Ramadan 1438

Ibrahimovic Ke Amerika?



LOS ANGELES, 31 Julai - Presiden Los Angeles Galaxy, Chris Klein menyatakan pintu kelab itu terbuka buat Zlatan Ibrahimovic namun bintang Sweden itu mahu kekal di Eropah.

“Kami mempunyai hubungan menakjubkan bersama Zlatan dan ejennya,” kata Klein ketika kelab Major League Soccer itu memperkenalkan pemain baru Jonathan Dos Santos.

“Dia sukakan kelab kami dan dia sukakan LA,” kata Klein.

“Kami berminat terhadapnya. Saya fikir buat ketika ini dia mahu kekal di Eropah. Pintu kami terbuka luas buat pemain sepertinya.”

Ibrahimovic dikaitkan dengan perpindahan ke Galaxy pada 13 Julai lalu apabila akhbar Los Angeles Times melaporkan kelab itu hampir mengikat pemain itu yang kini menjadi ejen bebas dan kembali daripada kecederaan lutut serius.

Pada 14 Julai lalu, pengurus Manchester United, Jose Mourinho memberitahu wartawan di Los Angeles bahawa Ibrahimovic mungkin diberi peluang untuk meneruskan kariernya di United selepas kecederaan ligamen lutut menghadkan musim pertamanya yang berjaya. (AFP)

Pic Source: https://www.lequipe.fr/

Pemilih: Lebih 3 juta rakyat Malaysia belum daftar


KUALA LUMPUR: Lebih tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejumlah 3,772,149 orang masih belum daftar sebagai pemilih setakat Mac 2017.

"Selain itu, Suruhanajaya Pilihan Raya menerima 1,454 bantahan (terhadap pendaftaran pemilih) dari Januari sehingga Mac 2017," katanya dalam jawapan di Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata, mana-mana individu yang memiliki kad pengenalan Malaysia sementara tidak layak mengundi pada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil kerana mereka tidak diklasifikan sebagai warganegara.

Ahli Parlimen Pekan itu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengenai jumlah mereka yang layak mengundi tetapi tidak berdaftar mengikut kaum dan agama.

Wakil rakyat DAP itu turut bertanyakan sama ada mereka yang mempunyai kad pengenalan sementara layak untuk mengundi.

Akur Dengan Keputusan Mahkamah, Nawaz Sharif Letak Jawatan.



ISLAMABAD, PAKISTAN, 30 Julai - Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif meletak jawatan selepas Mahkamah Agung Pakistan semalam membatalkan kelayakan pemimpin yang diselubungi tuduhan rasuah terhadapnya.

Dalam keputusannya, Hakim Ejaz Afzal Khan berkata: “Kelayakannya sebagai ahli Parlimen dibatalkan, jadi dia tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri.”

Keputusan itu kali ketiga dia disingkirkan daripada jawatan itu sepanjang kerjaya politiknya, selain turut mengakhiri penggal ketiga pemerintahan Nawaz, kira-kira setahun sebelum pilihan raya umum dijadualkan.

Sementara itu, mahkamah turut meminta biro antirasuah negara menjalankan siasatan lanjut terhadap Nawaz berhubung kebocoran Kertas Panama yang mengaitkan keluarganya dengan perniagaan luar pesisir, tahun lalu.

Sebelum ini, pada April lalu, Mahkamah Agung mendapati tiada bukti kukuh untuk memecat Nawaz berhubung tuduhan rasuah dan mengarahkan pasukan penyiasat ditubuhkan untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Susulan itu, pasukan terdiri daripada penyiasat awam dan tentera berkenaan mendapati ‘perbezaan ketara’ antara pendapatan keluarga terbabit berbanding gaya hidup diamalkan mereka.

Nawaz dan sekutunya berulang kali menafikan dakwaan terhadap mereka dengan Parti Liga Muslim Pakistan (N) bulan ini menolak laporan pasukan penyiasat sebagai ‘sampah.’

Tekanan terhadap Nawaz diterajui bekas pemain kriket yang kini ahli politik, Imran Khan dan partinya, Tehreek-i-Insaf (PTI). (AFP)

Pandangan Ulama PAS berhubung penasaban anak tak sah taraf



KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENASABAN ANAK TAK SAH TARAF KEPADA BAPA BIOLOGI

Firman Allah SWT:

ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁ‚ۡŲ±َŲØُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„Ų²ِّŁ†َŁ‰ٰٓۖ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُŪ„ ŁƒَŲ§Ł†َ ŁَٰŲ­ِŲ“َŲ©ٗ ŁˆَŲ³َŲ§ٓŲ”َ Ų³َŲØِŁŠŁ„ٗŲ§ 

Maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Al-Isra’: 32)

1. Perbincangan berkaitan anak tak sah taraf semakin menjadi polemik mutakhir ini apabila perbincangan berlandaskan disiplin ilmu dan ketetapan hukum yang disepakati tidak dihormati. Betapa ramai orang yang membimbangkan masa depan anak tak sah taraf apabila mereka mencapai umur remaja khasnya dalam berhadapan dengan masyarakat.

2. Isu kesan psikologi dan persoalan menjaga perasaan anak tak sah taraf hebat diperbincangkan daripada satu sudut. Sementara daripada sudut lain, agak kurang dihangatkan perbincangan tentang pengajaran daripada ayat Allah yang menyatakan bahawa anak tak sah taraf akan melorongi jalan sukar hasil perbuatan jelek si bapanya.

3. Hal inilah yang sewajarnya diberi peringatan tegas agar manusia menjauhi segala agenda dan aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya zina. Samentelah Islam sangat menitikberatkan soal penjagaan nasab atau keturunan selain agama, nyawa, akal dan harta. Maka pandangan Jumhur Ulamak dalam penetapan kesahtarafan anak luar nikah perlu diambil perhatian serius oleh pihak berwajib.

4. Ini bermakna, anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh) adalah tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Umum perlu sedar bahawa persoalan anak tak sah taraf adalah satu persoalan berat mengikut hukum syarak kerana ia melibatkan nasab, pusaka, wasiat, perwalian, nafkah, pergaulan dan sebagainya.

5. Dalam hal ini, pihak Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) melihat keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan membenarkan anak tak sah taraf dibinkan kepada bapa biologinya boleh menyebabkan berlaku banyak kecelaruan hukum pada suatu ketika nanti. Bahkan dalam hal ini, perlu dihayati sebuah hadis Rasulullah SAW:

Ų§Ł„ŁˆَŁ„ŲÆُ Ł„ِŁ„ْŁِŲ±َŲ§Ų“ ŁˆَŁ„ِŁ„Ų¹َŲ§Ł‡ِŲ± Ų§Ł„Ų­َŲ¬َŲ±

Maksudnya : “ Anak (luar nikah) itu adalah hak pemilik hamparan (ibunya) dan bagi penzina haknya adalah batu (hukuman pembalasan)”. (Riwayat Muslim)

6. Daripada hadis ini, kita boleh mengambil pedoman bahawa anak yang dilahirkan secara luar nikah atau disebabkan oleh perzinaan, maka ianya dinasabkan kepada ibunya. Sementara bapa iaitu penzina tidak mendapat apa-apa hak.

7. Panel hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan sepatutnya melihat kepada kesan dari sudut agama Islam apabila menyandarkan keputusan mereka kepada peruntukan Seksyen 13A(2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957. Mereka tidak boleh samakan hak anak orang bukan Islam dengan anak orang Islam kerana Islam mempunyai perundangan khas bersabit dengan urusan perkahwinan, pewarisan pusaka dan lain-lain.

8. Jika ditinjau kesan dari sudut hukum, umpamanya dalam kes harta pusaka, seseorang anak tak sah taraf tidak boleh sama sekali mewarisi harta pusaka orang yang menyebabkan kelahirannya iaitu bapanya yang tidak sahtaraf kerana beliau bukan ahli waris. Begitu juga sebaliknya bapa biologi tersebut tidak berhak untuk mewarisi harta pusakanya. Begitulah juga dalam soal perwalian, lelaki yang menyetubuhi ibu kepada anak tak sah taraf sebelum akad nikah yang sah, sama ada dia berkahwin atau tidak dengan perempuan tersebut, tetap tidak sah menjadi wali kepada anak tak sah taraf. 

9. Kesan-kesan sebegini perlu dicermati demi menjaga nama baik dan hak keadilan kepada anak tak sah taraf. Pada dasarnya, daripada sudut agama dan undang-undang anak tak sah taraf sememangnya mendapat perlindungan sepenuhnya. Masyarakat pula hendaklah memberi pertimbangan yang adil terhadap kedudukan mereka supaya segala tekanan yang sering menghantui hidup mereka terhapus. Dengan itu, mereka mampu menjadi insan yang berguna dan dapat berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

10. Membendung keadaan yang dibimbangi tersebut, DUPP bersetuju dengan kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara melalui Ketua Pengarahnya bertarikh 28 Julai 2017. Kenyataan tersebut menyatakan bahawa pelaksanaan semasa berkaitan penasaban anak tak sah taraf orang Islam diteruskan seperti biasa selari dengan keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

MOHD ASRI BIN MAT DAUD
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Pusat

JAWATAN KOSONG Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)



1. Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 - 200 Kekosongan
2. Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41 - 10 Kekosongan
3. Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41 - 10 Kekosongan
4. Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 41 - 06 Kekosongan
5. Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred 41 - 01 Kekosongan
6. Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41 - 05 Kekosongan

Tarikh tutup: 2 Ogos 2017

Maklumat lanjut >
http://www.iklanjawatankosong.org/career-in-lembaga-hasil-dalam-negeri-malaysia/

Tiga rahsia kematian



Berikut ini adalah TIGA rahsia kematian yang mungkin jarang kita sedari :

① Rahsia WAKTU : Kita tak akan pernah tau BILA kematian akan menjemput kita..

② Rahsia TEMPAT : Kita tak akan pernah tau Di mana kematian akan menjemput kita..

③ Rahsia CARA : Kita tak akan pernah tau dengan Cara apa kematian menjemput kita..

ALLAH Subhanahu Wata'ala merahsiakannya agar kita selalu bersiap sedia SETIAP saat, detik dan ketika...

"MAN ANA" Perjuangan menentang rasuah.



"MAN ANA" adalah kisah perjuangan Pegawai SPRM dalam PERJUANGAN MENENTANG RASUAH.

Pengalaman yang begitu banyak tidak harus dipersia-siakan dengan alasan bersara nya seorang pegawai SPRM.

Terlalu banyak Pengalaman, Pengajaran, Keinsafan yang dapat dan boleh dijadikan panduan, hikmah, pengajaran pada sesiapa sahaja.

MAN ANA PEGAWAI SPRM  DENGAN : -
Pengalaman Operasi 24 tahun
Pengalaman Pencegahan 5 tahun
Pengalaman Pengurusan 5 tahun

Semua pengalaman ini tertulis dalam buku "MAN ANA".

MAN ANA ADLAH IKON PERJUANGAN MENENTANG RASUAH

Kalau kita biarkan segala pengalaman puluhan tahun it,  maka ia menjadi satu kehilangan ibaray menuang air atas daun keladi.

Tetapi kalau pengalaman itu dibukuk kan maka lebih ramai yang dapat menafaatkan pengalaman-pengalaman ini sebagai ILMU yang tiada nilainya.

Pengalaman yang dibuku kan ini boleh dijadikan bahan rujukan, pengajaran peribadi dan panduan hidup menuju kearah jalan ALLAH SWT.

Oleh kerana buku "MAN ANA" ini adalah terhad maka YARM bersama RADIO INTERNET HIJAU FM berkerjasama untuk meyebarkan dan berkongsi ILMU yang berrnanafaat dan baik darii Pengalaman dan Pengajaran yang YANG SEBENAR-BENAR  ini tentang BAHAYA RASUAH  kepada lebih ramai masyarkat.

"MAN ANA" PERJUANGAN MENENTANG RASUAH

1. Pengajaran Pertama adalah ayahnda saya yang menyuruh saya pergi belajar mengenali nombor bas agar saya tahu jalan pulang. Pengajaran disini ialah untuk kta mengetahui tujuan dan matalamat ALLAH SWT sjadikan kita dibumi ini agar kita tidak sesat.

2. Pengajaran Kedua adalah carilah pekerjaan yang mulia yang boleh mendekatkan kita kepada ALLAH SWT. Pekerjaan yang boeh mencegah kita masuk neraka dan masuk syurga. Carilah pekerjaan yang membawa keinsafan yang membawa kita kejalan Syurga dan bukan jalan ke Neraka.

3. Pengajaran Ketiga adalah sebaik-baik Umat MUHAMMAD SAW adalah yang mengajak kepada kebaikan. Mengajak manusia mencegah dari melakukan PERKARA MUNGKAR.

Banyak lagi Pengajaran dan Pengalaman untuk  Berkongsi Bersama

MARILAH BERSAMA SAYA SETIAP KHAMIS JAM 12:30TENGAHARI DALAM PROGRAM "MAN ANA PERJUANGAN MENENTANG RASUAH". - Dato' Seri Zakaria Jaafar, Presiden YARM.

YARM AKAN BEKERJASAMA DENGAN SESIAPA SAHAJA YANG BERJUANG MENENTANG RASUAH

Rafee Aris - NP II

Apa itu 'CARBON TRADE MARKET'?



Bahagian 2 siri CARBON CREDIT
Oleh: H. Bakri Jamaluddin

Sewaktu saya menulis artikel “Apa itu Carbon Credit?”, saya belum lagi meneliti dan memahami permasalahan sebenar yang berlaku di dalam DUN Kelantan. Artikel itu ditulis bertujuan sekadar membuka minda pembaca dan rakyat Malaysia mengenai perkara ini.

Alhamdulillah, sambutannya di luar dugaan tatkala saya menerima whatsapp dari anak saya yang mengatakan posting saya telah mencapai 2.3K pembaca, 325 komen dan 506 shares. Ada di kalangan teman rapat dan kenalan mengucapkan tahniah kerana menurut mereka artikel itu 'simple' dan mudah difahami.

Saya sengaja tidak membuat ulasan soal pemberian kontrak kepada syarikat Climate Protector kerana bukan bidang saya dan tidak wajar saya menulis sesuatu yang bukan keahlian (expertise) saya.

Sesuai dengan latar belakang dan profesion saya apalagi pernah terlibat dalam projek menghitung karbon di Kalimantan, Indonesia beberapa tahun yang lalu, saya mengambil kesempatan kali ini untuk berkongsi pengalaman dengan teman dan membuka minda rakyat Malaysia amnya. Semoga artikel kedua ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang “Carbon Credit” walaupun artikel kali ini agak sedikit teknikal dibandingkan dengan artikel pertama.

Harapan saya agar pembaca semua benar-benar mengerti dan mempunyai pengetahuan yang betul tentang “Carbon Credit”, mekanismanya dan perdagangannya sebelum kita membuat kesimpulan atau persepsi terhadap isu ini yang hangat diperbincangkan terutama keterlibatan kerajaan Kelantan dalam perdagangan karbon.

1. Pemanasan Global dan Green House Gas (GHG)

Green House Gas (GHG) atau Gas Rumah Kaca adalah gas-gas yang terlepas ke udara disebabkan aktiviti manusia melalui industri pengilangan, pertanian, penternakan, pengangkutan dan sebagainya. Kumpulan Gas GHG ini adalah:-
i. Carbon Dioksida (CO2)
ii. Methan (CH4)
iii. Nitrate Oksida (N2O)
iv. Hydrofluorocarbon (HCFs)
v. Sulfur Hexafluorocarbon (SF6) dan
vi. Perfluorocarbon (PFCs)

Gas GHG di atas yang terbebas ke udara melalui aktiviti yang saya nyatakan sebelum ini akan menyebabkan berlakunya pemanasan global serta perubahan cuaca yang ekstrim yang memungkinkan berlakunya bencana alam.

2. Kyoto Protocol

Oleh itu dalam “Kyoto Protocol” (1997), persetujuan telah dicapai oleh 184 negara yang memberikan komitmen untuk mengurangkan pelepasan GHG terutamanya gas CO2 yang menyumbang lebih daripada lima puluh peratus pemanasan global.

Beberapa mekanisma telah dibentuk untuk menangani permasalah ini. Ada mekanisma yang bersifat kerjasama sesama negara maju, mekanisma yang melibatkan negara maju dan negara membangun dan mekanisma di antara pengusaha (operator) sesama pengusaha yang semuanya bersifat 'voluntary' atau sukarela.

Diantara mekanisma yang dipersetujui di dalam Kyoto Protocol adalah:-

i. Joint Implementation (JI)
Mekanisma ini melibatkan kerjasama sesama negara maju di dalam usaha mengurangkan emisi GHG ke udara.

ii. Clean Development Mechanism (CDM)
Negara maju boleh bekerjasama dengan negara membangun dan membiayai projek mengurangkan emisi GHG ke udara.

iii. International Emission Trading (IET),
Mekanisma ini membenarkan mana-mana negara, individu atau operator untuk melakukan perdagangan 'Carbon Credit'. Negara yang mempunyai kelebihan credit boleh menjualnya kepada mana-mana negara yang mempunyai komitmen untuk mengurangkan emisi GHG.

Perdagangan Carbon Credit ini boleh dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri atau pemerintah negara, atau mana-mana operator/pengusaha yang berada di dalam sesebuah negara. Realitinya, hampir semua 'carbon trading' dilakukan oleh pengusaha-pengusaha persendirian tanpa melalui kerajaan atau pemerintah negara masing-masing.

3. Emission Market
Secara amnya, 1 unit Certificate Emission Reduction (CER) = 1 ton CO2 emission. Buat masa ini terdapat beberapa bursa perdagangan Carbon Credit antaranya:-
i. Chicago Climate Exchange
ii. Europe Climate Exchange
iii. Nordpool
iv. Powernext.
Harga untuk 1 unit CER sangat bergantung kepada tawaran dan permintaan.

Untuk pengetahuan semua, saya paparkan 'estimate' atau anggaran dibawah:-
1 unit CER = 1 Ton C/Ha.
1 unit CER berharga USD6.50 atau (x RM4.20) = RM27.50.

Apabila saya meneliti ucapan YB Dato Haji Anuar Tan bin Abdullah di DUN Kelantan, saya dapati tidak ada kecacatan pada data dan penerangan yang beliau sampaikan berhubung perdagangan karbon.

4. Menghitung Carbon (Carbon Stock)
Kita harus faham bahawa semua tumbuhan akan melakukan proses fotosintesis untuk membuat makan bagi proses tumbesaran. Semasa proses fotosintesis, karbon (CO2) diserap dari udara dan kemudiannya disimpan di dalam tumbuhan yang di panggil “Carbon Stock” di ranting, batang, akar dan daun.

Sekiranya sesebuah pohon itu ditebang, dibakar dan sebagainya, maka simpanan karbon yang ada dalam tumbuhan itu akan terlepas ke udara melalui proses pereputan atau pembakaran.

Sebaliknya, 'Carbon Stock' ini akan kekal sekiranya pohon itu disimpan, dikonservasikan bahkan akan bertambah seiring dengan bertambah besarnya saiz sesuatu pohon itu.

Oleh sebab itu, hutan yang direhabilitasi (reforestry) mempunyai kemampuan menyerap karbon yang lebih tinggi berbanding dengan hutan tua, disebabkan pengaruh tumbesaran pohon yang ditanam dalam proses 'reforestry'.

Pengalaman saya menghitung stock karbon di tanah seluas 1,000 hektar di Kalimantan, Indonesia beberapa tahun yang lalu mengambil masa selama 3 bulan dengan melibatkan GIS Surveyor, Tenaga Pakar Perhutanan, Biologis, Saintis dan beberapa tenaga lagi yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu. Oleh itu jangka waktu 12 – 24 bulan yang diperlukan untuk melakukan inventory dan survey yang tepat untuk project Carbon Credit Kelantan adalah wajar.

Secara amnya, hutan dapat menyerap sekitar 400 - 500 ton CO2 per ha setahun dan dari jumlah ini, 50 peratus akan disimpan dalam bentuk 'Carbon Stock' seperti yang dihuraikan diatas. Ini bermakna hutan di bawah projek Carbon Credit ini boleh menyimpan sejumlah sekitar 250 ton/ha.

Kiraannya:
i. 200 ton/ ha = 200 unit CER
ii. 1 CER = 1 ton C-Stock/ha @ USD6.50 atau x RM4.20 = RM27.30
iii. 396,000 hektar: 396,000 x 200 ton/Ha x RM27.30 = RM2.16 billion/tahun tanpa mengambil kira pembiayaan konsultan pelaksana projek.

iv. Ini bermakna Kelantan mempunyai khazanah yang tersimpan sebanyak RM2.16 billion tanpa perlu melakukan penebangan hutan, merubah status hutan kepada pertanian atau memberikan tanah hutan atau menjual tanah hutan kepada mana-mana individu atau syarikat untuk tujuan pembangunan dan sebagainya.

v. Walaubagaimanapun, hasil akhir perhitungan C-Stock yang tepat adalah bergantung kepada survey sebenar dan inventory yang akan dilakukan keatas kawasan hutan seluas 396,000 hektar yang digazetkan kepada projek Carbon Credit ini.

5. Kesimpulan

i. Kesanggupan dan kesediaan kerajaan Kelantan untuk turut terlibat dalam perniagaan Carbon Credit ini haruslah diberi pujian. Ini kerana sampai saat ini belum ada mana-mana negeri lain di Malaysia yang sanggup menerokai pasaran ini.

Oleh kerana komitmen ini sesuai serta bertepatan dengan moto Parti "Islam for All”, secara langsung langkah ini menyumbang kepada pemeliharaan bumi untuk kesejahteraan sejagat.

ii. Dalam perdagangan karbon ini, hutan akan di lestarikan dan dilindungi tanpa harus menyerahkan hak milik tanah hutan kepada pihak ketiga. Yang diperdagangkan adalah karbon yang tersimpan dalam pepohonan dan tanah dan bukanya balak dan tanah. Oleh itu setiap rakyat Kelantan harus menyedari dan menyokong penuh projek ini. Paling penting, hak milik tanah tetap terpelihara serta menjadi milik sepenuhnya kerajaan Kelantan.

iii. Khazanah senilai RM2.16 billion (perhitungan kasar saya) yang tersimpan ini dapat digunakan bagi manfaat rakyat Kelantan tanpa perlu mengorbankan hutan yang berkesudahan dengan berlakunya bencana alam seperti banjir dan sebagainya.

iv. Amat wajar kerajaan Kelantan melakukan urusan langsung (direct trading) melalui consultant (3rd Party) tanpa perlu menyerahkan hutan kepada kerajaan pusat dan ini dibenarkan dalam Carbon Trade Market.

Oleh : H. Bakri Jamaluddin
Sr. General Manager, Plantation
Jakarta, Indonesia.

#MembinaMalaysiaSejahtera
#SejahteraBersamaIslam
#MaraMenujuCita

Serpihan UMNO, Parti Melayu Semangat 46 Ditelan Zaman



Agaknya berapakah wang yang telah dibelanjakan oleh Suruhanjaya Pilhanraya (SPR) untuk mengadakan 15 pilihanraya kecil (PRK) selepas Pilihanraya Umum tahun 2008?

Sekarang, rakyat sekitar daerah Labis, Johor sedang dijamukan dengan pelbagai kerenah selepas hari penamaan calon semalam untuk pertandingan satu lawan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Dan tidak lama lagi, pilihanraya kecil DUN Merlimau pula akan menjelma.

Dengan mengambil "mood" pilihanraya kecil yang sedang melanda daerah Labis sekarang (walaupun saya berada di Selangor), saya ingin menarik perhatian anda tentang kewujudan satu parti politik yang pernah menggegar tanahair suatu ketika dulu. Saya akan cuba bersifat neutral sepanjang masa ketika menulis post blog kali ini. Bahaya bang! Saya pun takut juga. Periuk nasi perlu dijaga...

Parti Melayu Semangat 46 atau singkatannya S46 (seperti ditunjukkan logo parti di atas) ditubuhkan pada tahun 1988. S46 merupakan sebuah parti serpihan UMNO (macam pinggan pecah pula) yang diterajui oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden parti. Manakala Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Parti S46 ini ditubuhkan sebaik sahaja selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Tun Dr Mahathir Mohamad dalam merebut jawatan Presiden UMNO ketika pemilihan parti tahun 1988. Dr Mahathir menang dengan majoriti kecil 43 undi. Ekoran dari kejadian ini, Tengku Razaleigh telah membawa kes ini ke mahkamah sehingga menyebabkan parti UMNO diharamkan sebagai parti politik yang sah. Krisis ini juga telah mengakibatkan berlakunya juga persilihan antara Badan Kehakiman dengan Badan Eksekutif Kerajaan Malaysia.

Kenapa dinamakan Parti Semangat 46? Apa yang dimaksudkan dengan angka 46 tersebut? Selepas UMNO diharamkan, Dr Mahathir menubuhkan parti UMNO baru. Tengku Razaleigh mendakwa Parti S46 adalah berasal dari parti UMNO sebenar yang ditubuhkan Dato' Jaafar Onn pada tahun 1946 untuk melawan Gagasan Malayan Union. Angka 46 diambil dari tahun penubuhan parti UMNO ketika tahun 1946 dulu.

Pada Pilhanraya Umun 1990 dan 1995, Parti S46 telah bekerjasama dengan beberapa parti politik lain, antaranya Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Rakyat (DAP), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dalam membentuk pakatan Gagasan Rakyat. Hasilnya, di bawah pimpinan PAS, negeri Kelantan telah dapat dikuasai bermula pada pilihanraya tahun 1990 sehinggalah sekarang ini.

Sepanjang penglibatan Parti S46 dalam gelannggang politik tanahair, beberapa kejayaan memenangi hati dan memelihara kebajikan rakyat telah dapat dilaksanakan. Beberapa kawasan Parlimen dan DUN di sekitar negeri Kelantan, N. Sembilan dan juga Johor telah berjaya dikuasai oleh Parti S46. Antara kubu kuat Parti S46 adalah di parlimen Gua Musang, Kelantan yang kerusinya berjaya dikekalkan oleh Tengku Razaleigh sendiri bermula pada tahun 1974 hinggalah ke hari ini.

Entah mengapa atas sebab yang saya kurang pasti (sebab saya bukan orang politik), Parti S46 dibubarkan pada Mei 1996. Beberapa orang tokoh Parti S46 seperti Dr Rais Yatim, Dato' Ahmad Shabery Cheek (bekas Ketua Penerangan dan Ketua Pemuda parti S46) dan Tengku Razaleigh sendiri telah kembali mengganggotai UMNO. Ada juga sebilangan kecil yang kembali menyertai PAS dan Parti Keadilan selepas krisis politik berlaku di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tun Dr Mahathir.

Dato' Ahmad Shabery Cheek kini memegang portfolio kabinet sebagai Menteri Belia & Sukan. Pernah juga memegang jawatan Menteri Penerangan. Perjalanan karier beliau dan Dr Rais Yatim sebagai ahli politik kini cukup berbeza dengan perjalanan karier Tengku Razaleigh Hamzah. Sumber gambar: theindiestory.blogspot.com

Adegan keluar-masuk parti politik mungkin sudah biasa dilihat dan diperkatakan dalam arena kancah politik tanahair. Tetapi pabila seseorang calon pilihanraya itu mengubah fahaman politiknya dengan cara keluar parti atau lompat parti, tidak kira samada sebelum pihanraya, atau ketika pilihanraya mahupun selepas sudah menang dalam pilihanraya, rakyat yang akan menghadapi dilema. Rakyat akan terkeliru samada mahu memilih calon berdasarkan kredibiliti calon itu sendiri, ataupun kredibiliti parti politik yang diwakilinya. Kerapkali serba-salah dibuatnya...

Buat calon-calon pilihanraya akan datang, kalau sudah merajuk atau "tak ngam" dengan parti politik yang ada sekarang, anda masuk saja bertanding sebagai calon bebas. Kan senang dan bebas. Pilih saja simbol/logo yang anda berkenan di hati. Anda pilih simbol yang mana?

Kepada sesiapa yang berminat untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang, persiapkan jentera anda. Pertandingan merebut kerusi menuntut anda melakukan pelbagai pengorbanan merangkumi tenaga, emosi, usaha dan semestinya wang ringgit. Bukan kena fikir 2-3 kali, tetapi kena fikir 20-30 kali sebelum nak masuk bertanding ni...

Calon bebas, Puan Maimon Yusof a.k.a. Tok Mun menggunakan simbol anak kunci dalam pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihanraya Umum 2008. Selepas kematian bekas Ahli Parlimen kawasan tersebut pada 28 November 2008, beliau sekali lagi bertanding untuk merebut kerusi. "Jika pilihan raya lepas, saya menggunakan logo kunci namun kali ini saya akan gunakan lambang istana sebagai tanda penguasaan," tegas Tok Mun.Tok Mun merupakan individu tertua di Malaysia (89 tahun) yang pernah bertanding merebut kerusi parlimen.

PAS Terengganu umum 5 lagi manifesto PRU14



PAS Terengganu mengumumkan lima lagi manifesto awal pilihan raya menjadikan 15 semua janji yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat oleh rakyat yang memerintah. 

Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, 52 peratus pengundi Terengganu adalah mereka yang akan mengundi buat kali pertama pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. 

Oleh itu, beliau yakin PAS akan mencapai kemenangan pada PRU14 dengan perubahan yang akan dibuat oleh kelompok pengundi muda tersebut. 

Katanya, PAS Terengganu telah mengisytiharkan 10 manifesto awal sebelum ini pada Harap-PGU 3.5 di Besut dan Harap-PGU 3.6 di Hulu Terengganu. 

“Pada kali ini kita tambah lagi lima manifesto awal menjadikan 15 perkara semuanya," ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Penutup Harap-PGU 3.7 di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu, malam tadi. 

Katanya, manifesto awal pertama memperuntukkan tabung RM50 juta setahun untuk tabung pinjaman perumahan rakyat, kedua menyediakan kad sejahtera bernilai RM500 setahun untuk golongan berpendapatan rendah. 

"Yang ketiga memberi cuti 30 hari bergaji kepada kakitangan kerajaan yang kematian suami, membuka pusat asuhan di setiap jabatan kerajaan negeri, dan yang kelima ialah mewujudkan bandar baharu lestari di setiap daerah,” jelasnya dipetik Buletin Online. 

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua hadirin agar menyebarluaskan lima lagi manifesto tersebut melalui pelbagai saluran. 

“Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada kita dan membantu PAS memang pada pilihan raya kali ini,” ujarnya yang juga Adun Paka.

#PRU14: PAS jadi penentu Kerajaan Malaysia


PAS menyangkal dakwaan penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) kononnya PAS tidak relevan lagi. 

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Abdulah Ya'kub menegaskan PAS menjadi penentu kepada kerajaan Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), nanti. 

Menurutnya, harga PAS ketika itu menjadi mahal apabila pakatan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menang tetapi tidak cukup majoriti. 

Justeru, tegasnya PAS bertanding pilihan raya untuk menang dan menjadi kerajaan. 

“Masa depan politik negara ini macam-macam boleh berlaku dan untuk ‘survival’ Islam dan survival kepada Melayu di Malaysia ini, PAS memang parti yang ‘power full’ dan penentu kepada negara ini untuk Islam dan agenda Melayu. 

“PAS tetap hendak jadi kerajaan. Kita bertanding bukan untuk kalah, kita bertanding untuk menang. Tapi, kita tidak mahu kita bertanding dan kita menang tapi kita tidak boleh melaksanakan amanah Allah SWT.





“Jadi, daripada kita menang dengan tidak mendapat redha Allah, maka lebih baik kita ditangguh kemenangan tetapi kita diredhai oleh Allah SWT,” tegasnya pada sidang media selepas Ceramah Perdana 1, Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.7 di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu, kelmarin. 

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak dan Yahaya Ali serta Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman. 

Harap-PGU 3.7 diadakan tahun ini selepas program mega yang sama di Besut (Harap-PGU 3.5) di Kota Putera dan Harap-PGU 3.6 di Kuala Berang (Hulu Terengganu). 

Program yang sama telah diadakan bagi kawasan Parlimen Kuala Nerus, Dungun, Kemaman dan Marang. - HARAKAHDAILY 29/7/2017

UMNO: Dr M tak kembali, lebih baik untuk parti


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mahdzir Khalid berkata, parti itu tidak perlu kesal kerana tindakan Dr Mahathir menyerang Umno sejak 2 tahun ini adalah perbuatan amat teruk.

Keengganan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali kepada Umno tidak perlu dikesali kerana situasi itu lebih baik untuk parti, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau yang juga menteri pendidikan berkata, walaupun Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, namun tindakannya menyerang Umno sejak 2 tahun kebelakangan ini adalah perbuatan amat teruk.

“Kalau dia kata tak nak masuk (Umno) pun eloklah. Kita tidak rasa kesal langsung dengan (pendirian) itu,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Marang hari ini.

Semalam, Dr Mahathir melalui sebuah video klip yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook berkata, beliau tidak akan kembali semula kepada Umno, walaupun Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi perdana menteri dengan dakwaan parti itu sudah jauh tersasar dari matlamat asalnya.
Ditanya sama ada Pakatan Harapan akan menjadi ancaman pada pilihan raya umum ke-14, Mahdzir berkata, ia bukanlah perkara baharu untuk Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Umno dan BN telah berdepan 13 pilihan raya. Dahulu pembangkang hanya PAS, kemudian bergabung dalam Barisan Alternatif, seterusnya Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan. Rakyat yang akan menilai jasa kita selama 60 tahun ini,” katanya.

ADUN Bukan Semata-Mata Pegawai Kebajikan Tetapi Juga Penggubal Undang-Undang.



Sidang Dewan Negeri Selangor telah berakhir minggu lepas dan wartawan 1Media.my, Afwan Khalili sempat menemuramah Dr Abdul Rani Osman, ADUN Meru. Beliau telah menjadi ADUN sejak 2008 dan pernah menjadi Ketua Whip PAS.

1.) Kenapa Sidang Dewan Negeri Selangor yang baru lalu begitu singkat?

Sidang Dewan kali ini telah dijadualkan untuk 10 hari tetapi oleh kerana tidak ada banyak agenda maka ia telah berakhir dalam masa satu hari setengah. Hanya terdapat 3 usul kali ini. Ini perkara biasa bagi Sidang Dewan pertengahan tahun. Ia berbeza dari Sidang Pembukaan Dewan pada awal tahun atau Sidang Belanjawan pada akhir tahun.

Pada zaman Menteri Besar sebelum ini terdapat Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan pada sidang pertengahan tahun bagi mendapatkan peruntukan tambahan. Tetapi di bawah Menteri Besar sekarang segala perbelanjaan kerajaan telah diambilkira pada Belanjawan tahunan maka tidak perlu lagi memohon peruntukan tambahan di pertengahan tahun.

2.) Pada sidang yang lalu tidak banyak peluang bagi Exco-Exco untuk menerangkan tentang potfolio-potfolio mereka maka patutkah masa untuk soalan-soalan mulut ditambah jika sidang dijangka tamat awal?

Ini adalah cadangan yang boleh dibincangkan. Peraturan sekarang menetapkan masa untuk soalan-soalan adalah 90 minit setiap hari bermula dari Dewan bermula di sebelah pagi. Mungkin ia boleh dilanjutkan kepada 120 minit sekiranya Dewan dijangka akan tamat awal. Tetapi ini memerlukan pindaan kepada peraturan.

Exco-Exco berpeluang menerangkan tentang potfolio-potfolio mereka di luar Dewan kepada media atau masyarakat. Tetapi penerangan dan penjelasan di dalam Dewan direkod dan disimpan untuk rujukan di masa akan datang.

3.) Sekarang Dewan bersidang 3 kali setahun, patutkah bilangan ini ditambah untuk memberi peluang kepada konsultansi yang lebih di antara kerajaan dan ADUN-ADUN?

Parlimen bersidang lebih lama dari Dewan Negeri tetapi Parlimen melibatkan banyak kementerian. Walhal di peringkat negeri kita hanya ada 10 Exco. Persidangan Dewan Negeri 3 kali dalam setahun adalah memadai.

Konsultansi di antara kerajaan dan ADUN-ADUN boleh berlaku pada pelbagai peringkat. Menteri Besar dan Exco-Exco sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan ADUN-ADUN.

4.) Bagaimanakah prestasi ADUN PAS pada sidang yang lepas? Adakah YB berpuas dgn prestasi mereka sebab ada yang berkata ADUN DAP lebih ke hadapan dalam perbahasan?

Sidang baru-baru ini adalah terlalu singkat tetapi ADUN-ADUN PAS sentiasa memainkan peranan yang berkesan di dalam Dewan.

Mereka bukan sahaja membawa isu-isu yang melibatkan kawasan DUN mereka tetapi tentang negeri Selangor secara keseluruhannya.

Mereka juga bukan sahaja membawa isu-isu yang melibatkan orang Melayu dan orang Islam tetapi isu-isu yang melibatkan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Sesuai dengan Islam sebagai rahmat kepada sekelian alam.

Masalahnya akhbar berbahasa Melayu kurang memberi liputan kepada ADUN-ADUN PAS kecuali Harakah.

Akhbar berbahasa Cina ada memberi liputan kepada ADUN-ADUN PAS tetapi ia tidak dibaca oleh ramai orang Melayu.

5.) Bagaimana pula dengan prestasi Exco-Exco PAS ketika menjawab soalan-soalan?

Exco-Exco PAS menguasai potfolio-potfolio mereka dan dapat menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepada mereka dengan baik.

Tetapi kehebatan mereka bukan ketika menjawab soalan-soalan tambahan tetapi apabila menjawab soalan-soalan tambahan.

Jawapan kepada soalan pokok disediakan oleh pegawai tetapi untuk soalan tambahan Exco perlu menjawab secara spontan. Dalam hal ini Exco kita memang cemerlang.

6.) Mana yang lebih penting bagi seorang YB, prestasi dalam Sidang Dewan atau khidmat kepada pengundi di kawasan?

Kedua-dua tugas tersebut adalah penting. Perlu ada keseimbangan. Rakyat kita masih memerlukan perhatian seorang wakil rakyat. Terlalu banyak masalah di peringkat akar umbi yang perlu diselesaikan.

Tetapi seorang YB bukan semata-mata seorang pegawai kebajikan atau "welfare officer". Di negara-negara Barat, seorang wakil rakyat juga dikenali sebagai "lawmaker" atau penggubal undang-undang.

ADUN-ADUN PAS hari ini telah dapat berperanan dengan baik. Walaupun terdapat kesan terhadap sokongan PAS di kalangan masyarakat Cina namun kehadiran ADUN-ADUN PAS terus menerima sambutan dari masyarakat tersebut. (1Media.my)

Wajar dibinkan atau binti Abdullah


KUALA LUMPUR 28 Julai – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang bersidang kali ke-44 pada 25 Jun 1998 jelas memutuskan anak tidak sah taraf termasuk anak luar nikah perlu dibin atau dibintikan Abdullah atau lain-lain nama Asmaul Husna yang mempunyai nama pangkal Abdul.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asy­raf Wajdi Dusuki berkata, hal ini kerana syarak dan maqasid syariah amat mementingkan pemeliharaan nasab keturunan yang akan memberi kesan hukum lain seperti aspek keabsahan pergau­lan, perwalian, pembahagian harta pusaka, perkahwinan, nafkah dan lain-lain.

Berikut merupakan kenyataan penuh Asyraf Wajdi mengenai pandangan beliau berhubung perkara-perkara asas melibatkan anak tidak sah taraf atau anak luar nikah:

Merujuk kepada polemik ter­baharu yang tercetus hasil keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan anak luar nikah pasangan beragama Islam untuk tidak lagi menggunakan bin atau binti Abdullah sebaliknya boleh menggunakan nama bapa masing-masing sebagai nama keluarga.

Beberapa perkara asas yang harus difahami sebelum kita terlajak membahaskan isu ini hanya sekadar berlandaskan sentimen dan emosi semata-mata:

1. Hukum Islam dalam hal penamaan anak luar nikah ini adalah jelas sebagaimana garis panduan penamaan dan kedudukan anak tidak sah taraf dari segi syarak yang diputuskan dan dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang bersidang kali ke-44 pada 25 Jun 1998.

2. Menurut garis panduan penamaan ini, anak tidak sah taraf termasuk anak luar nikah hendaklah dibin atau dibintikan Abdullah atau lain-lain nama Asmaul Husna iaitu berpangkal dengan nama Abdul. Ini kerana syarak dan maqasid syariah amat mementingkan pe­meliharaan nasab keturunan yang akan memberi kesan hukum lain seperti aspek keabsahan pergau­lan, perwalian, pembahagian harta pusaka, perkahwinan, nafkah dan lain-lain.

3. Khalayak umum melihat keputusan Mahkamah Rayuan hanya berasaskan dari satu sudut perundangan dan perspektif hukum sivil semata-mata tanpa mengambil kira roh dan prinsip syariah dan maqasid syariah.

4. Pada masa yang sama kita juga harus memahami dan me­ngakui keterbatasan ikatan fatwa yang diputuskan oleh Ja­wa­tankuasa Fatwa MKI di peringkat kebangsaan yang sememangnya tiada kuasa ikatan perundangan (legal binding) kerana kuasa agama sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan merupakan kuasa negeri-negeri.

5. Namun fatwa yang diputuskan oleh jawatankuasa di peringkat negeri setelah diper­kenankan sultan dan diwartakan, masih perlu diambil kira apabila pertikaian adalah berkaitan de­ngan hukum syarak berdasarkan undang-undang yang diluluskan di bawah bidang kuasa negeri me­nurut Jadual Kesembilan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan.

6. Lebih mustahak lagi apabila melibatkan kepentingan orang Islam, sudah tentu mahkamah mempunyai tanggungjawab undang-undang, agama dan moral untuk merujuk kepada hukum-hakam syarak.

7. Kedudukan undang-undang peribadi pihak-pihak yang berkhi­laf juga perlu diambil perhatian oleh Mahkamah Sivil. Agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara perlu bertindak sebagai agensi yang melaksana semua undang-undang yang sah termasuk yang berhubung kait dengan hukum syarak.

8. Fatwa yang dikeluarkan sama ada oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI di peringkat Persekutuan mahupun fatwa yang diwartakan di peringkat ne­geri-negeri adalah undang-undang Islam yang sah dan sewajarnya menjadi rujukan dan panduan dalam membuat penghukuman yang melibatkan kepentingan Islam secara keseluruhannya. Ini juga bagi menjunjung semangat dan roh Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan tertinggi sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perkara 3.

9. Justeru, amat wajar sekali pihak Peguam Negara mewakili Kerajaan Persekutuan dan agensi di bawahnya khususnya Jabatan Peguam Negara untuk mengangkat kes ini bagi dirayu di peringkat Mahkamah Persekutuan.

10. Perbahasan secara holistik harus dilakukan bagi mempertimbangkan kes ini tanpa sekali-kali membelakangi hukum dan prinsip Islam yang menjadi teras negara selama ini sebagaimana yang terpateri kukuh di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ada 3,000 premis judi online dalam KL


KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 3,000 premis perjudian online (dalam talian) yang beroperasi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Jumlah berkenaan diperoleh berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan ke atas premis-premis berkenaan di sekitar daerah Dang Wangi, Wangsa Maju, Cheras, Sentul dan Brickfields.

Jumlah ini dilaporkan meningkat berbanding tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 615 premis perjudian yang beroperasi di sebalik rumah kedai, pusat internet serta pusat hiburan keluarga.

Ketua Penyelaras Pasukan Khas Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH), Azman Mahmood, berkata kelemahan dari segi integriti dan amanah di kalangan pasukan penguatkuasaan agensi kerajaan adalah punca kewujudan premis perjudian tidak dapat dihapuskan.

"Perkara ini berkaitan dengan imbuhan yang lumayan kerana sindiket perjudian mampu membayar sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan kepada pasukan penguatkuasaan untuk satu premis mereka, bayangkan kalau ada 3,000 premis.

"Ini kerana mereka (sindiket perjudian) mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM50,000 sehari bagi setiap premis," katanya selepas menyerbu sebuab premis judi online tiga tingkat di Jalan Setiawan di sini, awal pagi tadi.

Beliau yang juga Setiausaha Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Air, Kementerian Wilayah Persekutuan, berkata hukuman denda sebanyak RM2,000 sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka, perlu diperhalusi dan dikaji semula kerana nilai berkenaan tidak memberi impak dan kesedaran kepada sindiket perjudian.

"Pada masa ini, kami masih dalam proses penambahbaikan akta berkenaan untuk membuat pindaan segera," katanya.

Dalam Ops BAH siri ke 37 semalam, sebuah premis rumah kedai tiga tingkat di Jalan Setiawan di sini, yang didaftarkan atas nama pusat internet tetapi menjalankan aktiviti perjudian, diserbu.

Dalam serbuan itu lebih 80 mesin perjudian dan mesin simulator dianggarkan keseluruhan bernilai RM345,500 dirampas dan akan dimusnahkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Tony Pua Ketua Penerangan Pakatan Harapan



Oleh : Prof Dr Kamarul Yusof

Semalam, 24 Julai 2017, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan perlantikan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua Kiam Wee, sebagai Pengerusi Biro Penerangan Pakatan Harapan dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo, sebagai Pengerusi Biro Guaman Pakatan Harapan.

Dengan banyaknya isu yang melibatkan pertentangan antara kepentingan Islam dan kepentingan bukan Islam seperti isu-isu perundangan membabitkan “unilateral conversion” atau penukaran agama secara sepihak anak-anak (RUU 164) dan pemerkasaan mahkamah syariah (RUU 355), sukar untuk digambarkan bagaimana Pakatan Harapan yang Biro Penerangan dan Biro Guamannya diketuai oleh pemimpin DAP akan mampu untuk mempertahankan kepentingan Islam.

Soalnya ialah, teruk sangatkah prestasi Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh, Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor, dan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad, sehingga mereka perlu diketepikan untuk memberi laluan kepada Tony Pua?

Teruk sangatkah juga prestasi Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH, Mohamed Hanipa Maidin, dan para peguam Melayu Islam lain sehingga mereka perlu diketepikan untuk memberi laluan kepada Gobind?

1.78 Juta Pekerja Asing Membimbangkan.



Oleh Afwan Khalili 

PAS memandang serius bilangan pekerja asing yang tinggi di Malaysia seperti yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengerusi Lajnah (Biro) Pekerja PAS Pusat, Prof Dr Zainal Kidam berkata, bilangan yang tinggi ini menunjukkan negara terlalu bergantung kepada pekerja asing dan negara akan terjejas jika terdapat mana-mana negara yang tiba-tiba memanggil balik warga negara mereka.

Menurut beliau lagi, situasi sekarang menunjukkan bukan sahaja kegiatan ekonomi negara akan terjejas malah aktiviti harian rakyat akan tergendala tanpa pekerja asing.

"Bagi sebuah negara, ini amat membimbangkan kerana kita tidak lagi dapat mengawal urusan dalam negara kita sendiri sebab boleh diugut oleh negara asing", kata Prof Zainal yang juga merupakan AJK Kerja PAS Pusat.

Menurut jawapan KDN kepada soalan di Parlimen berikut adalah 10 negara dengan bilangan warganegara paling ramai di Malaysia,

1.) Indonesia - 728,870
2.) Nepal - 405,898
3.) Bangladesh - 221,089
4.) Myanmar - 127,705
5.) India - 114,455
6.) Pakistan - 59,281
7.) Filipina -56,153
8.) Vietnam - 29,039
9.) China - 15,399
10.) Thailand - 12,603

Terdapat 1.78.juta pekerja asing di dalam rekod KDN. Bilangan ini adalah lebih dari 12 peratus jumlah tenaga kerja yang dianggarkan oleh Kementerian Sumber Manusia sebanyak 14.2 juta.

Prof Zainal mahu Kerajaan Persekutuan membuat perancangan jangkapanjang dan jangkapendek agar bilangan pekerja asing ini dapat dikurangkan.

Katanya lagi bukan tidak ada pekerja tempatan tetapi terdapat majikan yang bersikap rakus yang hanya mementingkan keuntungan sehingga mengenepikan pekerja tempatan. 

Tambah beliau, tidak masuk akal tiada rakyat tempatan yang mahu menjadi pelayan restoran atau pengawal keselamatan tetapi 2 sektor tersebut kelihatan dibolot oleh pekerja asing. (1Media.my)

PENDIDIK Gesa KPM Percepatkan Proses Penempatan Isu Guru Duka Lara





Segamat, 26 Julai 2017 - Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) diminta mengambil perhatian serius terhadap permohonan pasangan guru yang tinggal berjauhan antara satu sama lain atau permohonan guru yang terpisah jauh bersama keluarga tersayang atas komitmen tugas dalam perkhidmatan perguruan.

" Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK), berharap isu guru duka lara perlu diatasi dengan penuh kesungguhan dan komitmen serta sokongan semua pihak supaya pasangan suami isteri dapat tinggal berdekatan dan menjalani kehidupan berkeluarga ,bersama anak dan insan tersayang,” kata Pn.Normala Sudirman selaku Presiden PENDIDIK." Dengan cara ini kebajikan guru terutamanya guru wanita akan lebih terbela kerana berdekatan dengan suami masing-masing, “katanya lagi. PENDIDIK sangat memahami tugas mendidik dan kerjaya seorang guru bukannya tugas yang mudah dan pastinya karier perguruan ini banyak cabarannya.

Di samping tugas dalam karier perguruan yang menuntut kesabaran yang tinggi,beban tugas-tugas perkeranian, komitmen ko-kurikulum di hujung minggu dan pelbagai tanggungjawab lagi menyebabkan warga pendidik yang tinggal berjauhan dari pasangan terpaksa mengurus kehidupan dan anak bersendirian di rantau orang, ditambah lagi dengan kos berulang-alik yang tinggi apalagi bila berkhidmat jauh di pendalaman atau jauh seperti di Sabah & Sarawak.

Menurutnya, tidak menafikan tekanan emosi, tekanan dan faktor kewangan adalah antara cabaran dan hambatan yang membelenggu hidup mereka dan gaji guru yang sederhana akan membataskan pergerakan warga pendidik untuk kerap balik bertemu keluarga tersayang.

Selain itu juga ada kes guru wanita yang mengalami keguguran dan mengalami kemurungan akibat tinggal berjauhan dengan suami tercinta dan akhirnya dibimbangi kurang bermotivasi untuk bekerja akibat perpisahan yang agak lama antara suami isteri akibat keretakan rumahtangga yang mendorong berlakunya perceraian kerana gagal membina keserasian akibat terpisah jauh dan lama sejak awal-awal perkahwinan lagi.Walaupun mungkin ini adalah kes terpencil,namun kejadian seperti ini harus menjadi iktibar dan muhasabah buat kita semua.

"Walaupun ada permohonan warga pendidik yang telah diluluskan dan dihantar pulang ke pangkuan keluarga tersayang ,namun jumlah tersebut masih sedikit jika dibandingkan dengan ribuan lagi guru yang terpisah jauh dengan pasangan tersayang,” kata Normala,Presiden Pendidik

Pendidik sangat berharap bahawa isu guru duka lara ini bukanlah satu retorik dan KPM perlu mengambil tanggungjawab penuh bagi mengatasi dilemma isu guru dukalara dalam dunia perguruan ini dengan penuh kesungguhan. Beliau ditemui ketika menziarahi keluarga arwah Cikgu Maizatul Nadiah Binti Mohd.Yusof yang tinggal di Kg.Abdullah, Segamat Johor.


Allahyarham Cikgu Maizatul Nadiah,29 tahun telah ditemui meninggal dunia jam 4 pagi di kediamannya di Mukah ,Sarawak yang sebelum ini telah berkhidmat di Sk.Nangka Sikat ,Mukah Sarawak . Beliau telah berkhidmat hampir 4 tahun 1 bulan. Arwah telah meninggalkan anak lelaki yang masih kecil berumur 1 tahun 3 bulan,Ahmad Danish Bin Ahmad Danial. Suami almarhumah Cikgu Nadia iaitu Ahmad Danial Bin Mohd.Yusof ,37 tahun bekerja sebagai technician di Sunway ,Selangor . Arwah Cikgu Maizatul Nadiah Binti Mohd.Yusof sebelum ini adalah lulusan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.


Kebanyakan waktu bertemu keluarga, arwah Cikgu Nadiah yang akan lebih kerap balik dari Sarawak ke Semenanjung untuk bertemu keluarga tersayang. Pemergian arwah Cikgu Nadiah pada 24 Julai lalu agak mengejutkan keluarga dan pihak sekolah kerana sebelum ini arwah tidak mengalami apa-apa sakit atau menunjukkan sebarang perubahan. Namun ahli keluarganya redha atas pemergiannya dan optimis apa yang berlaku ada hikmah yang tersendiri serta pasrah atas qada' dan qadarNYA.

PENDIDIK dalam kunjungan ziarahnya telah menyampaikan sumbangan terhadap ibu almarhumah dan mengucapkan salam takziah serta memberikan suntikan motivasi dan kata -kata semangat agar ahli keluarganya tabah dalam menempuh dugaan . Sumbangan dari PENDIDIK disampaikan oleh Pn.Normala seusai jenazah dikebumikan pada waktu malam Jenazah telah diterbangkan dari Sarawak melalui kapal terbang dan seterusnya dibawa oleh van jenazah ke Segamat Johor. Ibu almarhumah Cikgu Nadiah mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pendidik kebangsaan dan terharu atas kunjungan ziarah ini.

PPMM: Pinda akta; Hormati Islam Agama Persekutuan


Saya merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini  di dalam kes Rayuan No W-01(A)-365-09/2016 (Nama Pihak Perayu dirahsiakan Mahkamah) mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut.

Penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut  dibuat berdasarkan seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 yang membenarkan pendaftaran anak tak sahtaraf dibinkan kepada nama bapa biologi  jika kedua ibubapa bersetuju. Penghakiman tersebut juga mengambilkira bahawa menurut Hukum Syarak anak tak sah taraf mempunyai limitasi tertentu seperti hak untuk mewarisi dan sebagainya.

Selanjutnya isu hak pewarisan  di kalangan orang Islam  mestilah diputuskan di mahkamah syariah jika kesahtarafan dicabar. Orang yang menuntut pewarisan mestilah menentukan dia adalah anak sah taraf.

Secara ringkas alasan Mahkamah Rayuan antara lainnya adalah seperti berikut:

1 Pendaftaran tersebut adalah dibenarkan di dalam seksyen 2 Akta tersebut dan
2.Mengelakkan stigma dan kesan psikologi kepada anak-anak tersebut.

Setelah meneliti penghakiman tersebut timbul persoalan adakah seksyen 13A Akta tersebut adalah berperlembagaan kerana isu sahtaraf anak adalah dalam bidangkuasa negeri melalaui undang-undang negeri. Walaupun dijelaskan di dalam penghakiman tersebut ia hanya berkaitan pendaftaran tetapi kesannya akan turut menyentuh kesahtarafan anak, pewarisan dan sebagainya yang tidak dapat dinafikan adalah bidangkuasa mahkamah syariah. Namun sebagaimana yang sedia maklum Mahkamah Rayuan tidak boleh mengisytiharkan ketidak berperlembagaan sesuatu undang-undang.

Pendekatan simplistik Mahkamah Rayuan dengan hanya mengambilkira kuasa di dalam Akta Pendaftaran tersebut boleh mengundang pelbagai polemik dan memusnahkan institusi keluarga orang Islam. Akta tersebut tidak boleh dibaca secara berasingan dengan undang-undang lain termasuklah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam yang sah berkuatkuasa.

Seksyen 110 hingga 119 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan tentang kesahtarafan anak. Seskyen 110 khususnya adalah berkaitan dengan siapakah yang dikaitkan sebagai bapa bagi orang Islam. Isu kelahiran lebih empat tahun selepas pembubaran perkahwinan, kelahiran selepas pengakuan bahawa iddah telah tamat, persetubuhan syubhah dan banyak lagi diperuntukkan di dalam Akta Undang-Undang Keluarga  Islam tersebut yang seharusnya menjadi panduan kepada undang-undang lain kerana Akta Undang-Undang Keluarga Islam ini adalah undang-undang spesifik untuk orang Islam manakala Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957  adalah undang-undang yang lebih umum.

Oleh yang demikian saya mendesak Kerajaan Persekutuan agar meminda Akta ini bagi menghormati Islam sebagai agama bagi Persekutuan selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan mengecualikan pemakaian sebahagian daripada Akta ini yang bertentangan dengan Hukum Syarak kepada orang Islam. Malah sumpah Yang Di Pertuan Agong di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan untuk memelihara agama Islam pada setiap masa juga akan hanya menjadi dekorasi yang tidak diberikan efek undang-undang melalui penghakiman tersebut. 

Semua peruntukan mengenai kesahtarafan anak yang bertentangan dengan Hukum Syarak hendaklah dipinda agar tidak terpakai kepada orang Islam.

Kerajaan juga boleh mengambil tidakan lain seperti tidak menghadkan bin kepada Abdullah sahaja (boleh juga dibinkan dengan Abdul Rahman, Abdul Rahim ataupun apa-apa nama lain yang sesuai) untuk mengelakkan stigma tersebut.

Ketika ini di mahkamah syariah terdapat kes-kes pembahagian harta pusaka yang mana suatu pihak mendakwa seorang itu tidak layak mewarisi kerana bukan anak sah taraf ataupun hanya anak angkat tetapi dibinkan kepada bapa biologi atau bapa angkat. Kes begini agak sukar diselesaikan sehingga ada yang memerlukan keterangan pakar DNA bagi mengesahkan talian darah bagi anak angkat.

Selanjutnya saya berpandangan adalah tidak wajar mahkamah membuat keputusan semata-mata berdasarkan stigma dan kesan psikologi kepada anak tak sahtaraf dan membelakangi Hukum Syarak. Dengan keputusan sebegini akan mengundang lebih banyak polemik di dalam masyarakat di mana isu pewarisan ketidak sahtaraf anak dan lain-lain menjadi lebih sukar dibuktikan di mahkamah.

Walaupun Mahkamah Rayuan mengatakan ianya hanya isu pendaftaran tetapi kesannya sangat melata akan dirasakan oleh semua orang Islam kelak. 

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara yang telah menyatakan akan memohon kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan agar isu ini dapat dimuktamadkan oleh mahkamah tertinggi negara. Mudah-mudah Mahkamah Persekutuan akan memberi keputusan yang lebih menepati Hukum Syarak.

Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
28 Julai 2017

Fatwa: UMMAH desak Majlis Agama Islam bangkit pertahankan Hukum Islam di Mahkamah



KENYATAAN MEDIA:

Majlis-Majlis Agama Islam seluruh negara wajar bantu Mahkamah Persekutuan berkaitan kes nasab anak

1.        Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) sebagai sebuah gerakan yang menggabungkan lebih daripada 100 badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di seluruh Malaysia dengan misi utama untuk mempertahan serta mendaulatkan Islam sebagai agama negara, berasa amat prihatin dan gusar dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Julai 2017, yang memutuskan bahawa seseorang anak yang tidak sah taraf beragama Islam boleh dinasabkan kepada nama bapanya.

2.               UMMAH percaya bahawa keputusan Mahkamah Rayuan ini bertentangan dengan fatwayang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2003, yang menetapkan bahawa “anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepda sesiapa yang mengaku menjadi bapa anak tersebut.”

3.                   Perlu ditekankan bahawa penetapan nasab seseorang anak bagi menentukan sama ada sah atau tidak tarafnya bukanlah bertujuan untuk menghukum seseorang anak atas dosa yang dilakukan oleh ibu atau bapanya sekiranya anak tersebut tidak sah tarafnya, tetapi bagi menjaga kesucian dan keutuhan nasab dan keturunan, yang telah dirumuskan oleh para ulama’ sebagai termasuk salah satu daripada matlamat (maqasid) syariah. Keutuhan nasab amat penting untuk dipelihara, kerana akan memberikan implikasi dan kesan yang menjangkau terhadap aspek-aspek hukum syara’ berkenaan pembahagian harta pusaka, perwalian, pernikahan, hukum-hakam berkaitan mahram, dan lain-lain lagi.

4.         Tambahan pula, keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang membenarkan seseorang anak beragama Islam yang tidak sah tarafnya untuk di-bin atau di-binti-kan kepada nama ayahnya dengan bersandarkan kepada peruntukan seksyen 13A(2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 adalah amat memusykilkan. Hal ini kerana seksyen tersebut merujuk kepada penggunaan “nama keluarga” atau “surname”, sekiranya ada, bagi keluarga-keluarga yang mengamalkan pemakaian nama keluarga. Sedangkan amalan nama yang di-bin atau di-binti-kan dengan nama ayah di kalangan orang Islam di Malaysia, tidak semestinya jatuh di bawah cakupan seksyen 13A(2) tersebut, yang perlu diperhalusi dengan lebih lanjut lagi.

5.         UMMAH mengambil maklum bahawa Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak Kerajaan dilaporkan telah pun memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung kes ini, dan mengucapkan tahniah atas tindakan proaktif pihak kerajaan. Banyak isu perundangan yang perlu dicermati dan ditafsirkan secara lebih autoritatif oleh Mahkamah Persekutuan selaku tingkat kehakiman tertinggi dalam negara, memandangkan apa yang diputuskan di peringkat Mahkamah Rayuan dalam kes ini dilihat amat bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan yang telah diputuskan sebelumnya berkenaan kedaulatan Islam dan peranan pihak berkuasa untuk patuh kepada hukum syara’.

6.          Memandangkan isu perundangan berkaitan nasab turut mempunyai kesan yang menjangkau pentadbiran undang-undang syariah di peringkat negeri-negeri, maka UMMAH menggesa agar Majlis-Majlis Agama Islam di semua negeri untuk bantu merungkaikan isu ini dengan cara membuat permohonan bagi menjadi pencelah dalam rayuan pihak kerajaan di peringkat Mahkamah Persekutuan. Hujahan dan input daripada pihak-pihak yang berautoriti dalam bidang agama akan dapat membantu pihak Mahkamah untuk memberikan keputusan yang lebih menyeluruh, demi kepentingan keadilan. UMMAH percaya bahawa berdasarkan kepada intipati kes ini, Majlis-Majlis Agama Islam sememangnya mempunyai kepentingan perundangan yang kuat.

7.          Akhir sekali, UMMAH menegaskan bahawa jika pun ada sebarang kelompongan dalam mana-mana Akta sedia ada, maka kerajaan juga wajar pertimbangkan untuk memperbaiki Akta tersebut melalui proses pindaan di parlimen, supaya dapat diselaraskan dan diharmonikan dengan hukum syara’.


Yang benar,
Aminuddin Yahaya
Pengerusi UMMAH

28 Julai 2017




© all rights reserved
made with by templateszoo