Header Ads

Tips Berhari Raya


1. Jangan datang rumah orang awal sangat. Orang masih sembahyang raya.

2. Pastikan anak-anak tidak ambil angpau sampai 4-5 kali.

3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar.

4.  Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengan langsir. Barang sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit. Tahu tak?

5. Jangan sibuk tanya orang bila nak kahwin. Kalau dah kahwin sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan orang nak jawab. Lain kali bawa saja 'recorder'.

6. Jangan pandai-pandai tukar channel tv rumah orang. Dah diorang sefamily minat hindi jangan pandai-pandai nak tukar Astro Ceria.

7. Jangan pakai baju sedondon sangat nanti mcm orang nak pergi lumba perahu.

8. Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya dapur macam tongkang pecah.

9. Budak-budak jangan buka angpow depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah kalau dia bagi rm1 ja.

10. Orang hidang air terus minum tak payah nak cakap banyak.

11. Jangan tumpang kencing kalau tak pandai nak flush.

12. Kalau termakan kuih basi or berkulat, telan saja. Jangan cuba nak selit kuih tu kat sofa atau pasu rumah orang. Tak baik. Tau tak?

13. Elakkan terlalu taksub dengan handphone atau peranti-peranti elektronik masing-masing. Dikhuatiri tercicir atau tertinggal kat rumah orang😁