Skandal Forex - 1Media.My

Header Ads

Skandal Forex



Bergegar semula isu yang di kambus 25 tahun lalu. Kata LKS isu ini sebesar Gajah dan baunya seperti bangkai tetapi 'Gajah²' ini masih berkeliaran. 

Langkah Singa Tua, T.M mungkin akan tersadung bersama beberapa figura lain - Anwar, Tun Daim, TS Nor Mohamed Yakcop,DS Mustapha Mohamed, Dato Othhman Abdul dll. 

Liciknya DS Najib menggerakkan bidak catur kepada lawan politiknya, tidak perlu seriuh dakwaan skandal MO1/1Mdb. Pej. Perdana Menteri telah mengarahkan Pasukan Penyiasat Khas di ketuai Dt. Mohamed Sidek Hassan melakukan bedah siasat 'Bangkai Gajah' tersebut.

PPK mendapati terdapatnya prima facie yang memerlukan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengambil alih siasatan ini. Kerugian 9-10 billion BNM yang melibatkan  suatu perniagaan yg tidak jelas adalah hasil dari tangan² yang tidak amanah.

Tun M bakal di lihat liabiliti PH, apabila di kaitkan berperanan besar di dalamkerugian perniagaan ini. Jika pada tahun 1993, Anwar Ibrahim boleh berbohong dengan alasan ianya kerugian kecil dan hanya di atas kertas, bagi melindungi salah laku pemain² wang rakyat ini.
Sebaliknya kita menuntut pandangan terbaru Anwar dalam kes ini.

Lewat 90an, LKS telah bercakap perkara ini,namun tiada sebarang tindakan SPRM, sayugia di ingatkan T.M ialah Perdana Menteri dan mempunyai semua akses memerap isu tersebut.

Pada 2012, barulah Anwar Ibrahim sekata dengan pembangkang mengakui wujudnya 'Kerugian Kecil di atas kertas' tersebut. Sikapnya memang tidak konsisten. Jika untung dia, rugi mereka sahajalah.

Kleptokrasi 1MDB pula, siapa pula yang akan mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Belumpun masalah² terdahulu di selesaikan,datang lagi bala baru, wal hasil di bebankan kepada kepala rakyat utk menangung hutang dan kerugian. Dulu dan sekarang tiada bezanya, melanun bersama!.

Kita tunggu RCI menjalankan tugasan mereka, amat wajar Isu Forex di faham hadamkan oleh rakyat sebelum pru 14, agarnya rakyat dapat menilai siapakah yang paling wajar di serahkan mandat. Saya mencadangkan negeri Kelantan di rujuk, tanpa rasuah, mewah, salah guna kuasa dan kemampuan bertahan mentadbir dengan berhemah.

Gagal Muhasabah Membawa Rebah.

Hassan Tsabitt II
Kuala Lumpur.