NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siaran Sulung Suara Dari Terengganu ke udara di Radio Hijau.fm




Oleh: S. Najman
Foto: Zam Zam

14 Jun, KUALA TERENGGANU- Radio internet PAS, Hijau.fm melebarkan sayap baru ke Terengganu apabila berjaya menyiarkan program sulung Suara Dari Terengganu hari ini. Siaran rancangan ini yang boleh didengar menerusi laman web Hijau.fm atau melalui aplikasi android dan iTune mencatat jumlah pendengar yang mengujakan. 

Menariknya, walaupun Hijaufm@Terengganu baru sahaja ditubuhkan dua hari sebelum itu, rancangan Suara Dari Terengganu berjaya disiarkan secara langsung, ke udara dengan tagline 'Terengganu di hatiku; cantik di mata indah di jiwa'. Hijaufm@Terengganu mendapat kerjasama padu daripada HarapTV, sebuah program TV internet di bawah kelolaan Badan Perhubungan PAS Terengganu dan menerusi kerjasama ini rancangan berjaya disiarkan serentak menerusi Facebook HarapTV dan Radio Hijau.fm yang boleh mencapai pendengar dari pelbagai rentas benua.

Suara Dari Terengganu siri pertama ini menampilkan sesi temuramah bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ust Mohd Khalil Abdul Hadi berkenaan persediaan Dewan Pemuda PAS menghadapi bahang Pilihanraya Umum ke-14. Beliau turut menekankan potensi golongan muda di dalam mendokong kejayaan perjuangan organisasi dan menyeru anak-anak muda  bersikap berani bagi memilih parti yang mengangkat Islam sebagai penyelesai segala kemelut manusia.

Turut ditonjolkan di dalam rancangan Suara Dari Terengganu adalah slot Tinjau Teganu kita. Kali ini, DJ Syamila Najman yang bertindak selaku penerbit dan juga penyampai mengetengahkan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Negeri Terengganu. Antaranya adalah spot-spot pelancongan, pusat-pusat pengajian yang pelbagai di negeri ini sedari universiti awam hinggalah ke pusat-pusat pemulihan dadah yang menggunakan kaedah rawatan berasaskan tasauf. 

Beliau turut berkongsi hasrat penubuhan Hijaufm@Terengganu di dalam menyeimbangkan peranan media yang rata-ratanya berpihak, dan untuk memantapkan demokrasi dari sudut menyampaikan maklumat yang cerdik, sahih, tepat dan pantas bagi membantu warga membuat pertimbangan tepat. Suara Dari Terengganu bakal mengetengahkan diskusi-diskusi sarat ilmu yang bukan sahaja berkisarkan politik, bahkan seluruh aspek jagat seperti kesihatan, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi, keselamatan dan sebagainya dengan mengambil aura penubuhan pasukan Hijaufm@Terengganu pada tarikh Nuzul al-Quran 1438H, kitab panduan agung yang syumul.

Beliau turut berhasrat, Suara Dari Terengganu dapat meneruskan siaran mengikut jadual, iaitu setiap Rabu jam 2.30 petang, dengan siaran ulangannya pada Khamis jam 2.30 petang.

Beliau juga mengajak anak-anak Terengganu menyertai pasukan Hijaufm@Terengganu dengan menghantarkan resume beserta gambar ke email syamilanajman@pas.org.my. Kader-kader DJ, iaitu singkatan bagi Daie Jemaah akan dilatih dari semasa ke semasa.
© all rights reserved
made with by templateszoo