NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sari Ratu Dan Hijau.Fm Raikan Anak Yatim 

Oleh : Muhammad Nur Rahiman Bin Othman



Pada 6 Jun 2017, Taman Malawati, Majlis Berbuka Puasa anjuran Restoran Sari Ratu bersama Radio Hijau.FM juga Rumah Anak Yatim Raudatul Faeez, Gombak telah diadakan bagi meraikan anak-anak yatim bersempena bulan Ramadhan kali ini. 



Majlis ini dikendalikan oleh usahawan makanan nasi padang, Puan Junnafiezah Bidin yang lebih dikenali sebagai Kak Gee sebagai Penerbit dan Penyiar Rancangan 'Celoteh Bersama Kak Gee' di Radio Internet Hijau.FM. 

Turut dijemput ialah Ustaz Halim Hafidz (Penasihat IM4U) yang memberikan tazkirah seterusnya menyerikan majlis ini bagi meraikan anak-anak yatim. Turut bersama meraikan iftar ini adalah Suhaimi Embong (Pengarah Jabatan IT PAS Pusat), Haznizul Ahmad Shukery (Ketua Operasi Hijau.FM), Krew Hijau.FM dan staf pengurusan Rumah Anak Yatim Raudatul Faeez.



Selain itu, turut disampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Raudatul Faeez. Semoga hadirnya bulan Ramadhan tahun ini membawa seribu-satu rahmat dari Allah SWT dengan kita meringankan beban dan membantu insan-insan yang memerlukan.                        
© all rights reserved
made with by templateszoo