NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0



PERSIDANGAN NUSANTARA ISU-ISU PERUBATAN 2.0: Satu kesinambungan untuk memperkasakan perubatan moden dan komplementari menurut perspektif Islam.

Oleh: Awisul Islah Ghazali | MD, M.Med, FIPP
Pengerusi Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0

Kuala Terengganu – Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0 akan dianjurkan lagi buat kali kedua pada tarikh 15 hingga 17 September 2017 bertempat di TH Convention Centre, Kuala Terengganu. Persidangan kali ini istimewa kerana tahun 2017 turut diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Terengganu.
       
Penganjur utama persidangan ini, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) telah mendapat sokongan dan kerjasama erat daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), Jabatan Mufti Terengganu, Persatuan Pakar-pakar Perubatan Islam Malaysia (PAKAR) dan Persatuan Fekah Perubatan.

Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan yang pertama telah di adakan di Kota Bharu pada  28-30 Ogos 2015 dengan tema `Pengharmonian di antara perubatan moden dan komplementari menurut kacamata Islam’  telah berjaya menarik penyertaan daripada negara Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brunei.
      
Kejayaan persidangan yang pertama ini telah mendorong PAPISMA untuk menjadikannya sebagai aktiviti dwi tahunan bagi memberi pengisian dan pencerahan yang bermanfaat kepada masyarakat berkenaan pelbagai isu perubatan yang sentiasa relevan dengan kehidupan masyarakat kita hari ini.
      
Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0 ini bakal menampilkan tema `Perubatan Islam merentasi zaman’ dan sekali lagi akan menampilkan tokoh-tokoh pembicara daripada gabungan tokoh-tokoh agama dan tokoh-tokoh dalam bidang perubatan dan kesihatan. Antara tokoh-tokoh yang akan memeriahkan persidangan kali ini ialah Sohibus samahah Prof Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan), Prof Dato’ Dr Suhaini Kadiman (Pakar Perunding Kanan Pembiusan IJN), Sohibus samahah Dato Dr Zulkifly Muda (Mufti Terengganu), Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi bin Latif, (Naib Canselor UniSZA)  serta ramai lagi tokoh-tokoh akademik dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.
       
Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan sangat menarik dan relevan dengan masyarakat masa kini seperti Kaedah pemutusan fatwa dalam perubatan, Pembuktian sains dalam tibbun nabawi, Prasarana ke arah hospital patuh syariah, Rukyah vs perubatan moden serta pelbagai lagi topik-topik yang begitu menarik untuk para peserta menghayatinya.

Persidangan kali ini jiga menampilkan 3 bengkel praktikal pra persidangan. Tiga topik utama akan dihadamkan oleh para peserta: iaitu Praktikal akunpunktur, Tahnik & khitan anak perempuan serta Fiqh Sakit Puan, Kehamilan & Kelahiran. Bengkel ini akan dikendalikan oleh pakar-pakar yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0 adalah terbuka kepada semua kakitangan kesihatan dan juga orang awam yang berminat untuk mendalami ilmu serta perbincangan mengenai isu-isu perubatan dan kesihatan menurut perspektif Islam. Pihak kami sangat berbesar hati menyeru kakitangan kesihatan dan juga orang awam dari seluruh negara Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Kemboja dan juga Filipina untuk sama-sama mendaftar dan seterusnya menyertai Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan 2.0 ini. 

šŸš© Dapatkan maklumat lanjut di:
šŸš©Jadual & Topik menarik Persidangan: http://conference2017.papisma.org/program/topik-persidangan/
© all rights reserved
made with by templateszoo