NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS bersedia lawan kes di London




PAS sedang menunggu perbicaraan kes saman terhadap Sarawak Report berhubung laporan portal berita itu yang mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima wang RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya sudah bersedia dan sedang menunggu tarikh dari Mahkamah London untuk sesi pertama perbicaraan kes itu diadakan.

“Kita sedang tunggu tarikh mahkamah tetapkan (berhubung kes saman terhadap Sarawak Report),” katanya kepada Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp, semalam.


Menurutnya, PAS telah mengemukakan tuntutan saman terhadap Sarawak Report di mahkamah tersebut pada pertengahan April lalu.

Katanya, PAS juga sedang berusaha untuk mendapatkan wang secukupnya bagi membayar khidmat peguam yang telah dilantik bagi mengendalikan kes tersebut.



“Alhamdulillah, Tabung Saman Sarawak Report yang dilancarkan semasa muktamar di Kedah, April lalu berjaya mengutip kutipan mencecah hampir RM200,000 untuk bayar khidmat peguam.

“Semua wang ini disumbangkan oleh ahli dan penyokong Pas dan kami masih meneruskan kutipan derma itu,” katanya.

© all rights reserved
made with by templateszoo