NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan rasmi ATM berhubung kematian pegawai kadet ATM ketika menuntut di UPNM.




SIARAN MEDIA
KEMATIAN PEGAWAI KADET UPNM


KUALA LUMPUR, 2 Jun 2017 - Angkatan Tentera Malaysia mengesahkan seorang pegawai kadet ATM yang sedang menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah meninggal dunia akibat kecederaan di Hospital Serdang pada lebih kurang jam 9.00 malam, 1 Jun 2017. Pegawai kadet Zulfarhan Osman bin Zulkarnain(21 tahun) berasal dari Johor Bahru, Johor merupakan penuntut tahun ketiga Jurusan Kejuruteraan Elektrik.

Pihak PDRM akan melaksanakan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mereka yang terlibat. Proses bedah siasat sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kematian. 

Angkatan Tentera Malaysia memandang serius kejadian ini dan akan melaksanakan siasatan dalaman bagi menyiasat punca kejadian dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dalam apa jua perlanggaran undang-undang dan peraturan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang terlibat. 

Angkatan Tentera Malaysia telah menyediakan segala bantuan bagi membawa jenazah ke kediaman waris di Johor Bahru dan menguruskan pengkebumian di Tanah Perkuburan Kg Kurnia, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Orang ramai adalah dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan perkara tersebut serta menyerahkan kepada pihak berkenaan melaksanakan siasatan. 

KUALA LUMPUR(Dikeluarkan pada 2 Jun 2017 jam 3.45 petang)
© all rights reserved
made with by templateszoo