NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kaedah Pemulihan Data Akibat Jangkitan 'Ransomeware Wannacry'



SIARAN MEDIA
13 JUN 2017
UNTUK SIARAN SEGERA
KAEDAH PEMULIHAN DATA AKIBAT JANGKITAN
‘RANSOMWARE WANNACRY’

SERI KEMBANGAN (13 JUN 2017) - CyberSecurity Malaysia, agensi pakar teknikal
keselamatan siber di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini
memaklumkan telah menemui kaedah alternatif untuk mendapatkan kembali fail atau data
yang dikunci akibat serangan Ransonware WannaCry.

“Kini, pengguna Internet boleh mendapatkan semula fail asal dari komputer yang telah
dijangkiti Ransomware WannaCry. Kaedah pemulihan data atau fail ini hanya boleh
digunakan untuk jangkitan Ransomware Wannacry sahaja dan tidak dapat dilakukan untuk
variasi Ransomware lain.” jelas Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia, Dato’ Dr.
Haji Amirudin Abdul Wahab.

Penemuan ini adalah hasil dari kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik keselamatan
komputer CyberSecurity Malaysia, di mana ia telah mengesahkan bahawa folder berikut
boleh digunakan untuk mendapatkan semula fail asal yang telah dikunci sebelumnya.

1. C:\Windows\TEMP\ Located at system drive
2. X:\$RECYCLE\ Located at non-system drive; Hidden attribute
Pengguna Internet dan pentabdir rangkaian sistem komputer boleh mendapatkan maklumat
terperinci mengenai kaedah ini melalui laman sesawang CyberSecurity Malaysia menerusi
portal MyCERT di:

https://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2017/main/detail/1265/index.html

Serangan Ransomware WannaCry yang melanda dunia pada 12 Mei 2017 telah
menjejaskan lebih 200,000 sistem komputer di lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Pada serangan tersebut, CyberSecurity Malaysia menerima tiga (3) laporan dari pengguna
Internet sehingga kini.

Dato’ Dr. Haji Amirudin tutur menegaskan bahawa semua pihak termasuk organisasi
(pentadbir sistem) dan pengguna Internet supaya berwaspada dan mengamalkan
penggunaan Internet secara positif dengan melaksanakan tindakan yang perlu untuk
melindungi data/maklumat bagi menjamin keselamatan infrastruktur rangkaian mereka dari
ancaman siber.

Pengguna Internet digesa agar membuat laporan mengenai serangan siber kepada
CyberSecurity Malaysia bukan hanya melibatkan Ransomware malah ancaman-ancaman
siber lain dengan menghubungi pusat bantuan Cyber999 melalui saluran berikut:

• E-mel: cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my
• Telefon: 1-300-88-2999
• Fax: +603 89453442
• Mobile: +6019 2665850 (kejadian panggilan 24x7 laporan)
• SMS: aduan Cyber999 laporan e-mel ke 15888

Dikeluarkan oleh Jabatan Outreach & Komunikasi Korporat, CyberSecurity Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai siaran media ini, sila hubungi: media@cybersecurity.my atau
+603-89926888, Mohd Shamil Mohd Yusoff (ext: 6978) / Zul Akmal Abdul Manan (ext: 6945)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo