Isu Longgokan Sampah: Surat Terbuka kepada kepada Ketua Pemuda PAN Kelantan - 1Media.My

Header Ads

Isu Longgokan Sampah: Surat Terbuka kepada kepada Ketua Pemuda PAN Kelantan


Assalamualaikum,

Ke hadapan Tuan Hazmin, Ketua Pemuda Parti Amanah Kelantan,

Kami dari kumpulan pekerja am dan buruh Majlis Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan AMAT TERASA HATI dengan sikap Ketua Pemuda Amanah Kelantan Tuan Hazmin Hassan yang secara langsung melakukan PENGHINAAN kepada kami.

Kami sangat terkejut dan kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab Tuan Hazmin apabila berswafoto di hadapan longgokan sampah dengan niat mahu menggambarkan bandar di Kelantan dalam keadaan kotor! Namun sebenarnya pemikiran dan tindakan tuan yang tidak bersih sebenarnya.

Tindakan bersahaja Tuan Hazmin seolah-olah menunjukkan kepada umum bahawa kami tidak menjalankan tugasan kami dengan sejujurnya. Seakan akan kami pekerja buruh ini makan gaji buta. Kenapa tuan?

Sepanjang tahun saat kami bertungkus lumus, membanting tulang, mengotori baju dan tubuh kami, sehingga hidung kami sudah kalih dengan bau busuk, demi kerja mulia ini, untuk keselesaan tuan tuan, dan demi rezeki yang halal, namun tuan hanya mengambil gambar pada hari itu sahaja, yang telah dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia.

Kami sedih dan malu. Tindakan tuan menghina kami sebegini amat memedihkan hati. Anak anak kami malu apabila rakan mereka bertanya adakah ayah kamu tidak mengutip sampah? Ayah kalian makan gaji buta? Bapa kalian culas bekerja?

Mengambil foto sampah pada hari cuti sempena hari raya dan cuti mingguan (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin) bukanlah gambaran sebenar keadaan lokasi tersebut. Akan tetapi oleh kerana pemikiran Tuan ini yang kami rasakan berlandaskan dendam semata mata, maka foto sebegitu juga menjadi telah tuan jadikan sebagai isu. 

Jika beginilah cara berfikir Ketua Pemuda Amanah, maka kami pekerja am dan buruh bawahan tidak akan sekali kali menyokong perjuangan parti tuan. Politik sebegini lebih kotor daripada sampah yang kami angkat setiap hari itu.

Politik sampah ini amat melukakan hati kami semua.



Kami menuntut Hazmin dan kepimpinan Amanah Kelantan meminta maaf di atas penghinaan tersebut.Kami juga ada maruah dan hanya mahu mencari rezeki yang halal sahaja.

Sekian, PAN hilang sokongan kami.

Sekian, wassalam.

Abdullah bin Jusoh
Kota Bharu, Kelantan.
28/06/17