NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isa Samad: Kenapa saya kena letak jawatan?


Tan Sri Isa Samad mempersoalkan mengapa beliau digesa meletakkan jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Sedangkan, katanya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Pasal apa nak letak jawatan, bukan saya yang salah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media Majlis Sumbangan Ramadan FGV kepada asnaf di Menara Felda di ibu negara hari ini.

Isa berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Dr Puad Zarkashi yang menyarankan supaya Isa dan ketua pegawai eksekutif kumpulan (CEO) FGV Datuk Zakaria Arshad berundur daripada FGV.

Isa juga ditanya sama ada beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan kemelut yang melanda FGV.

“Itu saya tak boleh cerita lah saya jumpa PM atau tidak. Saya tak nak babitkan PM,” katanya.

Katanya lagi, kenyataan yang dibuat oleh Puad itu hanyalah pandangannya sendiri.

“Tak tahu, Itu dia punya pandangan. Macam-macam pandangan yang ada sekarang. Ada yang faham, ada yang tak faham pokok pangkal.

“Ada yang cerita A, dia cerita B, jadi kita cerita yang saya cakap, dia tafsir yang lain. Terpulang pada masing-masing. Masing-masing nak bercakap, dia punya haklah,” katanya.

Isa turut berkata, siasatan disiplin yang diambil ke atas pegawainya adalah perkara biasa namun Felda mendapat perhatian menyeluruh kerana mempunyai ramai pengundi.

“Tindakan disiplin ini biasa, normal. Cuma Felda ini diberi perhatian pasal orang politik minat Felda pasal Felda banyak pengundi,” katanya.

© all rights reserved
made with by templateszoo