Header Ads

Iftar antara budaya peluang bukan Islam kenali Islam



Iftar Antara Budaya anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri Chempaka adalah peluang kepada masyarakat bukan Islam untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

Menurut Ahli Dewan Negeri Chempaka, Dato' Iskandar Abdul Samad, majlis itu akan diadakan pada 17 Jun ini di gelanggang bola keranjang Kg Baru Ampang dan terbuka kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya lagi majlis itu juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Beliau juga berharap apabila masyarakat bukan Islam mengenali akan Islam yang sebenar maka kuranglah berlaku salah faham dan masyarakat akan menjadi lebih harmoni.

Selain dari jamuan berbuka puasa, program yang akan bermula pada jam 6.00 petang itu turut diserikan dengan ceramah dan dialog bersama pendakwah bebas yang asing lagi, Dr Ann Wan Seng.

Terdapat juga pertandingan menulis Jawi untuk masyarakat bukan Islam, pertandingan menulis kaligrafi untuk masyarakat bukan Cina dan pameran penerangan tentang Islam.

Program itu adalah program tahunan dan pada program tahun-tahun sebelum ini ia telah turut dihadiri oleh wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan dari pelbagai kaum dan agama.

Dato' Iskandar yang juga merupakan Naib Presiden PAS memberitahu program tahun ini akan berlangsung di kawasan majoriti Cina untuk memudahkan mereka hadir.