NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Diskaun jika perjalanan ambil masa lebih panjang.



Konsesi lebuhraya perlu memberi diskaun jika perjalanan mengambil masa lebih panjang dari yang sepatutnya.

Perkara ini dicadangkan oleh Pengerusi Pertubuhan Penggerak Hasrat Rakyat (HASRAT), Haji Shafie Ngah, ketika mengulas tentang kesesakan di lebuhraya pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidifitri yang baru lalu.

Katanya, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam menjadi 6 jam akibat kesesakan.

Beliau berkata apabila lebuhraya dibina ia adalah untuk memberi keselesaan kepada pengguna dan mempercepatkan perjalanan mereka. Sekiranya perjalanan mengambil masa yang lebih panjang maka pemegang konsesi lebuhraya telah gagal menyediakan perkhidmatan seperti tujuan pembinaan lebuhraya itu.


"Kalau kita makan di restoran dan makanan yang dihidangkan itu basi, kita tidak perlu membayar dan tuan kedai tidak boleh memberi alasan seperti pelanggan terlalu ramai", tambah beliau.

Shafie yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor menyarankan diskaun automatik 30% atau 50% diberi apabila berlaku kesesakan sama ada pada musim-musim perayaan atau di masa-masa yang lain.

Beliau yakin syarikat konsesi tidak akan menanggung kerugian kerana trafik akan meningkat berlipat kali ganda pada musim-musim tersebut.

"Rakyat telah dibebankan dengan kenaikan tol maka mereka tidak seharusnya didera secara berterusan", kata beliau lagi. (1Media.my)                        
© all rights reserved
made with by templateszoo