Header Ads

Analisis Pilihanraya Parlimen Perancis : 5 Pengajaran untuk PRU 14 Malaysia




Oleh: Arifin Hassan

Belum lagi gegaran General Election UK 2017 reda dengan kemenangan tipis Parti Conservatif pimpinan Teresa May, kini giliran Perancis pula berdepan dengan pilihanraya parlimen mereka.
Emmanuel Macron telah mengejutkan dunia dengan memenangi kerusi Presiden Perancis pada bulan April yang lalu. Beliau adalah Presiden Perancis paling muda, yang berumur 39 tahun.

Pada 9 dan 18 Jun ini, Perancis menghadapi Pilihanraya Legislatif pula. Tarikh pilihanraya ini di bahagikan kepada dua minggu kerana isu logistik dan teknikal. Parti baru ini yang tubuhkan hanya 14 bulan lepas, dipimpin oleh Presiden Macron, Republic on the Move telah memenangi 31.9 % dari jumlah undi.

Beliau telah mengalahkan parti2 tradisi yg diwakili oleh puak konservative dan sosialis yg sudah lama bertapak di arena politik Perancis. Ini adalah kejutan terbesar dalam politik negara itu dalam seratus tahun. Tetapi kemarahan dan kekecewaan pengundi-pengundi Perancis telah menghasilkan voter turnout yang rendah yaitu 48.6 %, rekod paling rendah dalam sejarah moden Perancis. Ramai golongan golput ini tidak keluar di sebabkan kekecewaan pengundi kepada regim yang terdahulu dan protes terhadap negara yang kucar-kacir.

Calon-calon legislatif parti Republic on the Move ini ramainya dari muka- muka baru , seperti Macron sendiri adalah bekas pegawai bank. Yang lain terdiri dari muka baru dalam politik, juga mereka yang berpengalaman, ada yang juru terbang jet fighter, bekas ketua polis dan mantan bull fighter.

Apa yang menarik tentang Macron ialah, ia mahu membawa satu imej baru a clear break from the past .Oleh itu beliau menekankan beberapa polisi luar biasa yang mengejutkan untuk the business community, contohnya dengan cadangan menurunkan corporate tax dari 35% kpd 21%.

Begitu juga dengan membawa isu sosial , beliau menekan kembali tentang nasib orang2 muda atau golongan millenium. gen x dan y. Beliau mahu grup muda ini menyerlahkan kembali dengan exceptional talents yang bertenaga dan imaginasi. Mereka perlu di semarakkan kembali dalam era yang serba berubah akibat daripada destructive creativity ini.

Kalau tidak ada aral melintang, para political survey groups meramalkan Parti La Republique` en March ini , yang baru ditubuhkan 14 bulan , dulunya sebuah NGO, akan di umumkan pada 18 hb Jun ini sebagai pemenang besar , a landslide victory. Sekurang2nya 289 kerusi dari 577 akan pergi ke Parti Macron.

Beberapa Pengajaran Penting untuk PRU 14 Malaysia.

Yang penting sekali dalam analisis ini adalah lessons learnt untuk parti-parti polilik dan para pengundi Malaysia, terutama sekali golongan pengundi muda.

PERTAMA: Parti baru tanpa pengalaman pun boleh memenangi pilihanraya. Tetapi mereka harus menjadikan parti mereka a solution-based party dan bukan hanya merungut. Mereka harus juga menggunakan strategi baru dan sistem pengurusan yang bukan dari NGO yang lepas atau parti yang lama.

Parti pimpinan Macron di Perancis hanyalah berusia 14 bulan. Rakyat sudah bosan dengan susunan lama dan ingin mencuba yang baru.

Bawalah pendekatan yang baru. Rakyat akan bertanya, whats new and whats different dalam polisi , gerak kerja, gaya kepimpinan, sistem operasi , budaya kerja parti.

The Grune Party of Austria - the Green Party - 30 tahun dulu ditubuhkan sebagai parti baru , mulanya ditolak rakyat, sekarang calon mereka adalah Presiden Austria.

Parti AKP yang mula timbul pada awal 2001 di Turki sebagai pembangkang, kini di kerusi majoriti. Erdogan, yang mulanya seorang pemimpin pelajar, datuk bandar Istanbul dan anak murid kepada Necmetin Erbakan, dapat mengalahkan Saadat Parti - dulunya parti Islam yang memerintah Turki. Kini parti tersebut tercorot dibawah dan di tolak oleh rakyat Turki. Parti tersebut kini hanya mampu meraih 1% sahaja undi kerana rakyat mahukan kesederhanaan.

Parti PKS Indonesia, yang mulanya sebagai sebuah NGO Islam lebih 20 tahun lalu, kini di lihat sebagai kumpulan Islam moderat yang bisa memimpin Indonesia ke era yang lebih global dan mantap. Stanford University meramalkan Indonesia akan muncul sebagai economic super power menjelang tahun 2030.

Prestasi mereka masa kini naik semula selepas berjaya membantu memenangi calon Gubenor di DKI Jakarta. PKS kini adalah di pimpin oleh Bapak Dr Sohibul Iman, lulusan first degree hingga PhD bidang Engineering dari Jepun .

KEDUA. Rakyat mahukan muka-muka baru yang tidak extremis memimpin negara. Baik ekstreme agama maupun bangsa. Sejak zaman Presiden General de Gaulle lagi ,Perancis di pimpin oleh orang lama dan parti tradisi pasca Perang Dunia ke 2 yang lapuk. Ini di teruskan kepada zaman Presiden Sarkozy atau pun Presiden Mitterand.

Kini muncul pula pemimpin yang ekstreme seperti Le Pen ketua parti National Front yang ingin membawa Perancis keluar dari EU. Beliau juga berhasrat menghalau keluar para pendatang dari Afrika dan negara Arab yang kini mencecah 21% dari 65.10 juta rakyat perancis.

Muncul sekarang pula satu trend sedunia rakyat boleh menerima first time politician yang berlatar belakang professional, jurutera , konsultan , para pensyarah universiti dan individu dari pelbagai kerjaya. Pilihanraya Perancis membukti rakyat sanggup menukar pemimpin lama yang memerintah sudah 25 tahun atau lebih kepada muka-muka baru. They want to make a clear break from the past. Which sucks them !

KETIGA : Apabila rakyat mula mual dengan sistem lama, mereka mula menerokai dengan idea-idea baru dan segar.

Oleh itu, dalam PRU 14 ini parti-parti politik harus berani mengutarakan manifesto yang mempunyai idea dari luar kotak dan juga mengeksperimen dengan polisi bercirikan kreativiti dan without the box.

Apatah lagi apabila sistem politik negara kini sudah berkecai. Padang permainan bukan lagi sama rata dan freedom of expression disekat.

Sistem ekonomi pula gagal memberi jaminan hidup selesa dalam negara kita yang kaya dan makmur. Kemiskinan bandar , sebagai contoh , hanya berjaya di hapuskan di atas kertas sahaja. Apa tidaknya , ikan kembong kini berharga RM 19.50 sekilo!

Di bidang sosial pula , bila gejala rasuah sudah menular beyond repair & an insult to the logic thinking dan lebih parah dari negara-negara Afrika, rakyat mula berfikir dengan serius tentang masa depan anak -anak mereka dan generasi akan datang.

KEMPAT: Jangan memandang rendah potensi gelombang perubahan dan selera rakyat baik di peringkat negeri atau federal. Do not underestimate the change potential of the people Black Swans may appear anywhere anytime.

Pilihanraya umum Malaysia telah melalui gelombang turun naik _sin and cosine curve_. PRU 1990 dan PRU 2008 menunjukkan rakyat mampu bertindak, dan apabila mereka mengundi, mereka benar-benar menyatakan pilihan mereka.

Meminjam kata-kata hikmat tahun 70han , perubahan ini terkadang kala adalah unsangkarable.

KELIMA : Jangan abaikan peranan pengundi muda. Mereka merupakan 25 % - 40 % dari suara rakyat. Parti-parti politik tidak boleh mengandaikan lagi golongan muda ini. Mereka ini mungkin makan laksa penang dan nasi kerabu yang sama dengan kita , tetapi they now sleep on different pillows and have more colourful dreams.

Jeremy Corbyn dari Labour Party hampir memenangi UK General Election pada 8 Jun lepas dengan memberi fokus kepada orang muda.

Parti politik yang bertanding PRU 14 Malaysia harus mempunyai agenda spesifik untuk orang muda. Mereka berdepan dengan isu kos pendidikan yang tinggi , memastikan kursus universiti mereka ada ciri markertability and employability dan kos sara hidup yang tinggi. Ingat, one man's poison is another man's cup of tea.

Rumusan.
Pilihanraya Legislatif Perancis pada bulan Jun 2017 ini adalah berlainan senario dengan Malaysia. Macam juga cerita-cerita dalam kitab -kitab yang besar seperti Al Quran , Taurah dan Injil, Allah menceritakan kepada kita kisah lampau agar dibuat perbandingan untuk situasi kini.

Teknik pelajar MBA menilai business case studies dan precedent law cases dalam legal studies, juga adalah untuk sebab yang sama. Banding-bandingkan lah!

Sudah sampai masanya parti2 politik di Malaysia melihat masa depan negara dengan memahami perubahan menyeluruh, secara 360°.

Change for the country is imminent and inevitable.

VIVA LA FRANCE dan MERCI BOKU

Penulis adalah seorang change consultant dan pemerhati politik. Komen dan feedback di alu-alukan melaui email : [email protected] com atau whassap : 019 3946148.

Mohon tular kpd yg relevan. TK