NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini


KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar sepanjang pagi ini.

Menurut laman twitter Plus Malaysia Berhad, keadaan trafik terkawal dan tiada laluan sesak menghala ke arah selatan dan utara.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama, berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur juga lancar dan terkawal pagi ini.

Untuk maklumat trafik semasa, hubungi PLUSline di 1800-88-0000 dan laman Twitter @plustrafik, atau talian LLM di 1800-88-7752 atau laman Twitter @LLMinfotrafik.

-- BERNAMA

© all rights reserved
made with by templateszoo