NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

10 kerusi parlimen boleh tentukan halatuju kerajaan UK?



Parti pemerintah UK, Conservative Party gagal meraih simple majority untuk membentuk kerajaan. Dan parti lain juga tidak meraihnya. Situasi Hung Parliament berlaku.

Akhirnya Conservative mengajak Democtaric Unionist Party untuk berunding. Terpaksa untuk terus kekal berkuasa.

Tahukah anda, DUP hanya memiliki 10 kerusi sahaja? Tetapi mereka kini bakal menjadi king maker dalam pentabiran baru UK! Kalau Conservative tak ikut kehendak, DUP boleh tarik sokongan dan Conservative automatik hilang kuasa. Kalau mahu selamat, ambil kira tuntutan DUP.

PAS sasarkan 40 dari 222 kerusi parlimen, masih ada yang naif memperlekehkan. DUP hanya 10 dari 650 kerusi parlimen, boleh menentukan halatuju sebuah negara maju dan besar!

Celiklah wahai rakyat Malaysia. Politik Matang, politik Sejahtera adalah dengan kebijaksanaan, bukan berebut siapa nak jadi Perdana Menteri.

(Alang Ibn Shukrimun)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo