NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP cuba untuk perintah Kelantan melalui proksi?


Kenapa Cemburu Dengan Kelantan? Kelantan diperintah oleh PAS, bukan oleh UMNO. PAS masih pembangkang di negara ini. Pelik, tiba-tiba Pakatan Harapan (PH)  hendak rampas Kelantan. Kenapa tidak  sibuk untuk tawan Johor, Melaka dan negeri yang sewaktu dengannya. Saya harap pemimpin PH masih normal. Lim Kit Siang pula telah istihar, bakal Menteri Besar Kelantan ialah Dato Hussam Musa. Siapa Lim Kit Siang di dalam PH sehingga boleh istihar siapa Menteri Besar  Kelantan jika PH menang. - Ustaz Idris Ahmad

Kelantan diperintah oleh PAS, bukan oleh UMNO. PAS masih pembangkang di negara ini. Pelik, tiba-tiba Pakatan Harapan (PH)  hendak rampas Kelantan. Kenapa tidak  sibuk untuk tawan Johor, Melaka dan negeri yang sewaktu dengannya. Saya harap pemimpin PH masih normal. Lim Kit Siang pula telah istihar, bakal Menteri Besar Kelantan ialah Dato Hussam Musa. Siapa Lim Kit Siang di dalam PH sehingga boleh istihar siapa Menteri Besar  Kelantan jika PH menang.

Sahlah memang DAP merupakan Abang Long di dalam PH. Ketika penyokong Tun Dr Mahathir dan DS Anwar hendak tabal siapa yang akan mengetuai PH, Lim Kit Siang tidak perlu sibuk berebut  untuk menempatkan diri sebagai ketua tetapi cukup dengan kuasa untuk mencatur siapa yang dia hendak di dalam PH. Begitulah suasana politik negara, walau pun dap tidak menjadi Perdana Menteri tetapi hala tuju kepimpinan akan disusun oleh dap  apabila PH menang nanti.

Adakah apabila PH menang di Kelantan mereka akan kekalkan Enakmen Jenayah Syariah il 1993 (pindaan 2015). Adakah semua syiar Islam dan program yang berciri Islam akan dikekalkan.  Ini pun rakyat Kelantan hendak tahu juga.  Apakah nasib Kelantan sama seperti Terengganu selepas umno menang pada tahun 2004 sehingga  Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Takzir) ( Terengganu) 2001 disimpan begitu sahaja.   Adakah DAP redha dengan Enakmen Jenayah Syariah ii Kelantan?. Adakah peraturan menutup aurat, peraturan gunting rambut lain jantina akan dikekalkan?.

Sedangkan Enakmen inilah yang menjadi pertikaian hebat ketika PAS bersama Pakatan Rakyat. Pemimpin dap menentang kuat, walau pun almarhum Tuan Guru Nik Aziz keras mempertahan. Semua maklum bahawa dap  tidak iktiraf perjuangan bangsa dan agama di negara ini. Inikah wajah Kelantan yang akan wujud?. Adakah ini wajah Islam rahmatan lil alamin yang direstui oleh dap.

InsyaAllah rakyat Kelantan tidak rela pembangunan Islam yang dibina selama ini akan musnah. Rakyat Kelantan sudah tahu apa agenda umno dan PH jika mereka berkuasa. . Alhamdulillah Pemimpin PAS yang mentadbir Kelantan tidak lagi dituduh salah laku oleh SPRM. Pemimpin yang cakap serupa dengan bikin.      
Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
30/6/17                 

Wajarkah bayar tol untuk terperangkap dalam kesesakan?



Lumrahnya pengguna membayar untuk menikmati faedah dari bayaran yang dikeluarkan. Tapi di negara kita, rakyat bayar tol di lebuhraya untuk terperangkap dalam kesesakan. Bukan sebarangan kesesakan dimusim perayaan sebegini. Ada ketikanya bukan setakat kenderaan hanya mampu merayap, malah sesaknya sehingga pengguna lebuhraya boleh berhenti, tarik handbrake dan matikan enjin kalau nak jimat minyak. 

Dengan segala kesukaran yang dilalui ketika terperangkap dalam kesesakan, rakyat akan dipaksa bersesak sekali lagi malah berkali-kali ketika nak membayar tol yang tak dikurangkan bayarannya walau 1 sen sekalipun lebuhraya sesak gila!

Sesak dalam perjalanan sampai lenguh serta sakit-sakit habis segala anggota badan dan akhirnya isi dompet wajib dikeluarkan bila tiba di Plaza Tol. 

Sebahagian Plaza Tol seperti Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol  Gombak tidak lagi menerima bayaran tunai. Tak ada kad TnG, boleh tambah nilai dalam Kad Pengenalan! Begitulah rakyat ‘dipermudahkan’ dalam urusan nak bagi duit kepada pemegang konsensi lebuhraya. Tapi paling minima nak tambah nilai dalam kad Pengenalan, saya pernah kena bayar RM10! Tak tahulah kalau sekarang dah boleh tambah dengan nilai kurang dari jumlah RM10. Walaupun keperluan yang pengguna nak bayar jumlahnya tak sampai RM10, tetap RM10 juga kena bayar! Ini dinamakan berniaga ambil duit orang dulu.

Ditakdirkan pula berlaku kemalangan, pengguna lebuhraya akan mengalami kesesakan yang biasa saja melebihi 5 km. Kadang-kadang boleh sampai berbelas kilometer. Ia gambaran bagaimana lemahnya sistem penyuraian trafik di lebuhraya kita ketika berhadapan dengan insiden kecemasan. Tapi perlu diingat, sesaklah berapa puluh kilometer sekalipun, bayaran tol anda tetap tiada diskaun walaupun 1 sen. Jangan nak buat muka sedih minta diskaun. Anda tak akan dilayan.

Fenomena yang lebih tragis bagi pengguna yang melalui 184 km perjalanan melalui LPT2. Walau dengan kadar tol yang perlu dibayar setaraf dengan kadar tol PLUS, kualiti jalan dan kemudahan di hentian di LPT2 sama sekali tak sepadan. 

Sehingga sekarang masih belum kelihatan lagi sebarang tanda sebuah stesen minyak akan dibina di LPT2. Melalui jarak 184 km, hanya stesen minyak mini di Hentian Kijal boleh menjadi penyelamat sekiranya anda kehabisan minyak. Penunggang motor kapcai wajib bawa botol untuk isi minyak spare kalau tak nak kekeringan minyak dalam perjalanan. Biasa kita bawa minyak spare dalam botol kalau nak pergi jalan off road melalui kawasan yang tak ada manusia tinggal. 

Sesak, permukaan lebuhraya tinggi rendah serta beralun, stesen minyak tak ada, kemudahan dan perkhidmatan di hentian sangat menyedihkan tetapi jangan buat muka tak malu nak minta diskaun ketika tiba di Plaza Tol. Anda tak akan dilayan!

Sekalipun melalui semua kesukaran ini, demi keluarga dan kampung halaman tercinta, perantau tetap akan balik. Kita bayar tol, kita sesak dan kita juga yang sakit badan tetapi pihak konsensi lebuhraya tersenyum lebar. Rakyat tak ada pilihan lain. Sesaknya pengguna yang berbaris panjang di Plaza Tol adalah yang rezeki melimpah bagi mereka. Inilah kita...

Dr Azman Ibrahim
29 Jun 2017

PAS tidak pernah iktiraf PAN


"PAS sudah tidak diperlukan di Malaysia" demikian sergah Presiden PAN parti yang baru setahun jagung terjun ke kancah politik Malaysia.

Mengapa PAS tidak diperlukan, kerana kata Mat Sabu sebagaimana dilapor NST:

PAS, he said, has deviated from its original struggle. He said the Islamic party is fighting against the people, the Orang Asli and that its approach was incompatible with Islam.

He said the party was also making enemies of its friends and turning itself into the enemy.

1. PAS menyimpang dari perjuangan asalnya
2. PAS (bukan membela tetapi) menentang rakyat, Orang Asli dan pendekatannya bertentangan dengan Islam
3. PAS memusuhi kawan-kawannya

Demikian kasar dan liarnya tuduhan seorang yang pernah menjadi Timbalan Preside PAS, pernah menang kerusi Parlimen atas tiket PAS dan kini senyap-senyap makan pencennya dari kudrat dan pengorbanan orang-orang PAS.

Mungkin Mat berpuas hati dan gembira dengan kenyataan dangkalnya itu sekurang-kurangnya mereka yang membiayai beliau akan bangga dan bertepuk tangan di belakang.

Kalau DAP yang pukul dan serang PAS nanti kesannya negatif jadi biarlah sesama Islam yang lakukan.

Bekas pemimpin parti Islam itu terang dan lantang menyerang partinya sendiri. Bukan non Muslim tetapi orang Islam sendiri.  

Inilah sebenarnya peranan Pan. Kekuatan sendiri dan kemampuan tiada peringkat mana pun, yang penting menjadi alat dan perkakas untuk menghodoh dan memburukkan gerakan Islam bernama PAS.

Biar orang benci PAS. Biar orang Islam lari dari PAS. Biar DAP yang meraih laba terbesar.

PAS sesungguhnya tidak pernah tergelincir dari landasan perjuangannya iaitu untuk menegak dan memartabatkan Islam. 

Yang tergelincir dan terjun keluar adalah Mat dan gerombolannya. Mereka cuba mengusai PAS atas bantuan DAP, tetapi mereka tewas dan akhirnya khianat dan tubuh parti lain denga mencuri sekali kerusi-kerusi PAS.

PAS tidak pernah culas membela rakyat melalui Islam. Yang culas dan khianat adalah Mat yang sanggup menggadai maruah menjadi tunggangan menyerang PAS demi menggemis tempat dan kedudukan.

PAS memusuhi siapa sahaja yang menyerang dan memusuhi Islam. DAP tidak senang dengan usaha PAS memartabat Islam lalu PAS memilih memusuhi DAP.

Pan adalah wadah yang mengumpul para pengkhianat PAS. Pan memilih bersekongkol dengan DAP yang memusuhi PAS. Lalu layak sangat Pan dikategori sebagai musuh PAS sebagaimana DAP.

PAS tidak pernah berkawan dan mengiktiraf Pan lalu tidak perlulah Mat menangguk di air keruh.

PAS mentadbir kerajaan Kelantan dengan agenda "Membangun Bersama Islam". Jika Pan bernafsu mahu menawan Kelantan maka jadilah Pan musuh utama PAS selain DAP dan lain-lain.

Awas Mat, tangan- tangan yang menaikkan kamu ini dululah nanti akan memastikan kamu kecundang dan.musnah. -Roslan SMS

Isu Longgokan Sampah: Surat Terbuka kepada kepada Ketua Pemuda PAN Kelantan


Assalamualaikum,

Ke hadapan Tuan Hazmin, Ketua Pemuda Parti Amanah Kelantan,

Kami dari kumpulan pekerja am dan buruh Majlis Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan AMAT TERASA HATI dengan sikap Ketua Pemuda Amanah Kelantan Tuan Hazmin Hassan yang secara langsung melakukan PENGHINAAN kepada kami.

Kami sangat terkejut dan kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab Tuan Hazmin apabila berswafoto di hadapan longgokan sampah dengan niat mahu menggambarkan bandar di Kelantan dalam keadaan kotor! Namun sebenarnya pemikiran dan tindakan tuan yang tidak bersih sebenarnya.

Tindakan bersahaja Tuan Hazmin seolah-olah menunjukkan kepada umum bahawa kami tidak menjalankan tugasan kami dengan sejujurnya. Seakan akan kami pekerja buruh ini makan gaji buta. Kenapa tuan?

Sepanjang tahun saat kami bertungkus lumus, membanting tulang, mengotori baju dan tubuh kami, sehingga hidung kami sudah kalih dengan bau busuk, demi kerja mulia ini, untuk keselesaan tuan tuan, dan demi rezeki yang halal, namun tuan hanya mengambil gambar pada hari itu sahaja, yang telah dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia.

Kami sedih dan malu. Tindakan tuan menghina kami sebegini amat memedihkan hati. Anak anak kami malu apabila rakan mereka bertanya adakah ayah kamu tidak mengutip sampah? Ayah kalian makan gaji buta? Bapa kalian culas bekerja?

Mengambil foto sampah pada hari cuti sempena hari raya dan cuti mingguan (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin) bukanlah gambaran sebenar keadaan lokasi tersebut. Akan tetapi oleh kerana pemikiran Tuan ini yang kami rasakan berlandaskan dendam semata mata, maka foto sebegitu juga menjadi telah tuan jadikan sebagai isu. 

Jika beginilah cara berfikir Ketua Pemuda Amanah, maka kami pekerja am dan buruh bawahan tidak akan sekali kali menyokong perjuangan parti tuan. Politik sebegini lebih kotor daripada sampah yang kami angkat setiap hari itu.

Politik sampah ini amat melukakan hati kami semua.



Kami menuntut Hazmin dan kepimpinan Amanah Kelantan meminta maaf di atas penghinaan tersebut.Kami juga ada maruah dan hanya mahu mencari rezeki yang halal sahaja.

Sekian, PAN hilang sokongan kami.

Sekian, wassalam.

Abdullah bin Jusoh
Kota Bharu, Kelantan.
28/06/17

Paku dan minyak untuk kaut keuntungan segera.


Berhati-hati ketika memandu terutamanya pada selekoh, tempat yang sunyi atau apabila mengesan terdapat kelainan pada permukaan jalan. Mungkin ada paku, mungkin ada minyak atau perkara-perkara yang memudaratkan kenderaan anda.Sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan, jangan terus menerima tawaran orang yang pertama tiba di tempat kejadian. Mungkin mereka bertanggungjawab di atas kemalangan yang berlaku. Bertenanglah terlebih dahulu. Jika di lebuhraya, telefon peronda lebuhraya atau pihak Polis. Sentiasa simpan nombor-nombor penting di kawasan-kawasan yang anda lalui.

Mereka yang balik ke kampung untuk berhari raya telah mula pulang ke rumah masing-masing sejak hari Selasa lepas. Kemuncaknya adalah pada hujung minggu ini di mana lebuhraya dan jalanraya ke bandar-bandar besar akan menjadi penuh sesak.

Di dalam keghairahan mereka untuk pulang ke rumah dan kembali bertugas pada hari Isnin, mereka yang memandu kenderaan diingatkan agar berhati-hati. Bukan sahaja kerana kemalangan boleh berlaku akibat memandu laju atau kecuaian tetapi akibat tindakan mereka yang mahu mengaut keuntungan di atas kecelakaan yang menimpa orang lain.


Sebelum ini, paku dan minyak sering digunakan untuk menyebabkan kemalangan atau kerosakan kepada kenderaan. Paku ditabur di atas jalan dan minyak dituang ke atas jalan.

Setelah berlaku kemalangan atau kerosakan maka dengan tiba-tiba muncul pula pihak yang akan menawarkan pertolongan. Tetapi ia bukan percuma. Harga yang ditawarkan adalah berkali-kali ganda dari harga di bengkel atau oleh mekanik biasa.

Malah kadang-kala yang tidak rosak dikatakan rosak. Yang rosak sedikit dikatakan tidak boleh diselamatkan. Ugutan dan kekerasan sering digunakan untuk memaksa pemilik kenderaan menerima perkhidmatan yang ditawarkan.

Malah lebih parah jika ditarik ke bengkel. Pemilik tidak ada pilihan. Jika tidak dibayar, kenderaan akan ditahan. Harga yang diletakkan selalunya tidak masuk akal.

Oleh itu, berhati-hati ketika memandu terutamanya pada selekoh, tempat yang sunyi atau apabila mengesan terdapat kelainan pada permukaan jalan. Mungkin ada paku, mungkin ada minyak atau perkara-perkara yang memudaratkan kenderaan anda.

Sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan, jangan terus menerima tawaran orang yang pertama tiba di tempat kejadian. Mungkin mereka bertanggungjawab di atas kemalangan yang berlaku. Bertenanglah terlebih dahulu.

Jika di lebuhraya, telefon peronda lebuhraya atau pihak Polis. Sentiasa simpan nombor-nombor penting di kawasan-kawasan yang anda lalui.

Ramai yang telah terkena dengan taktik-taktik seperti ini. Hanya mereka yang berhati-hati akan terlepas dari perangkap yang dipasang.

Seorang guru Zahriezan Jamaluddin, 35 tahun dari Taman Cheras Indah, Selangor pernah mendapati tayar keretanya koyak apabila hendak memulakan semula perjalanan setelah berhenti di kawasan Rehat Dan Rawat Pagoh di Lebuhraya Utara Selatan. Beliau terkejut kerana  sebatang paku besar telah mengakibatkannya.

Beliau telah menukar sendiri tayar tersebut walaupun terdapat trak tunda (tow truck) yang menawarkan perkhidmatan untuk menunda kereta beliau ke bengkel.

Seorang pesara DBKL, Mat Saad Hj Nasir, 68 tahun dari Taman Muda, Ampang, Selangor turut menceritakan pengalaman yang dilalui oleh kawannya selepas berhenti di kawasan Rehat Dan Rawat Bidor juga di Lebuhraya Utara Selatan.

Setelah memulakan perjalanan, kawan beliau mendapati suhu enjin kereta menjadi teramat panas. Terdapat pihak yang menawar untuk menarik kereta beliau ke bengkel. Beliau enggan menerima tawaran tersebut dan telah menelefon seorang mekanik yang beliau kenali.

Alangkah terkejut apabila rakan mekanik beliau mendapati penutup air enjin beliau telah dibuka dan airnya telah kering. Ini yang menyebabkan suhu enjin naik secara mendadak.

Setelah penutup itu dipasang semula dan air diisi, kawan beliau telah dapat meneruskan perjalanan seperti biasa. Bayangkan apa akan terjadi jika kereta kawan beliau dibawa ke bengkel.

Seorang Imam di Kg Pandan, Selangor juga telah menceritakan pengalaman beliau menaiki motorsikal di Lebuhraya Persekutuan dekat Shah Alam. Wan Abdullah Shahir, 28 tahun, pernah mendapati lorong motorsikal yang disediakan ditabur dengan paku dan disimbah dengan minyak. Jika tidak berhati-hati kemalangan boleh berlaku.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah apabila pulang dari kampung. Kebanyakan trak tunda dan mekanik tidak terlibat dengan amalan terkutuk ini tetapi terdapat segelintir yang bagai nila setitik merosakkan santan sebelanga. Pastikan setelah anda bergembira di Hari Raya ini, anda akan pulang dengan selamat. (1Media.my)                        

Tindakan Amal PAS bersih sampah dapat sanjungan masyarakat


Berikut adalah terjemahan dari akhbar Sin Chew Daily yang membuat liputan kerja gotong royong Jabatan Amal Kelantan dan Pahang semalam.


Perantau terperangkap dalam kesesakan jalan, lepas makan buang di tepi jalan.

Gambar: Sukarelawan PAS membersihkan jalanraya.

Isi:

Para perantau pulang ke Kelantan menyambut Raya dan terperangkap dalam kesesakan jalan.
Disebabkan terperangkap dalam kereta, perantau makan di dalam kereta dan kemudian membuang bekas makan di tepi jalan.

Sukarelawan PAS (Unit Amal) Kelantan bersama Unit Amal Lipis Pahang mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sepanjang jalan.

Kawasan yang dibersihkan adalah dari Lipis menuju Gua Musang dari arah Merapoh.

Kita tidak sepatut hanya menjaga kebersihan dalam kereta sendiri dan mengabaikan kebersihan sekitar.

Ketua Unit Amal Kelantan di Facebook-nya,  menyeru orang ramai mengambil pengajaran daripada keadaan ini yang mana kita patut menjaga kebersihan alam sekitar.

Aktiviti pada hari tersebut disertai oleh lebih kurang 30 orang peserta dengan kehadiran seorang sukarelawan cilik yang mencuri perhatian.                        

Sumber : FB Nazman Che Iberahim

Kesihatan: Penyakit Jamuan Raya



Hari ni ramai yang mari klinik minta MC. Katanya sakit muntah dan cirit setelah masuk hari kedua puasa. Berlarutan sampai hari ini.

"Doktor kena beri cuti pada saya, jika tidak lagu mana saya nak gi kerja? Terpaksa bertuala sepanjang masa". Gesa seorang pesakit separuh umur. Nampak kerut muka tu memang sah dia cirit.

"Saya terpaksa ambil MC juga doktor. Walaupun tak cirit-birit, tapi anak saya loya muntah dan berak cair sejak kelmarin lagi. Naik pusing dah kepala ni berjaga malam". Rungut seorang ibu muda yang bawa anaknya untuk berubat kerana muntah berak.

Biasanya kami beri MC kepada yang berindikasi tinggi jika mereka pergi kerja akan menyusahkan kehidupan. Cirit-birit ni tidak dapat disahkan oleh mana² ujikaji darah pun. Ianya hanya melalui penceritaan pesakit dan kaum kerabat yang boleh dipercayai. Jika peringkat teruk baru doktor boleh perhatikan nadi, tekanan darah dan lendur kulit, mengesahkan bahawa pesakit dalam kekeringan. Selain dari itu hanya kepercayaan jalan cerita, lalu doktor memberi rawatan dan keluarkan surat cuti.

Kami sudah mengagak kejadian cirit birit ini berlaku setiap kali musim perayaan. Puncanya adalah keracunan makanan.

Apa maksud keracunan makanan? 
Ia bukan bermakna pesakit memakan racun, tetapi makanan yang diambil oleh pesakit itu boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh. Samada ianya baharu dihidangkan atau sudah disediakan sejak sehari berlalu. Namun majoriti keracunan ini berlaku akibat 

Lima (5) punca utama keracunan makanan

1) Mengambil makanan yang sudah lama disediakan. Makanan tersebut sudah hampir basi atau basi tanpa disedari oleh kita.

2) Memakan makanan dalam bentuk pelbagai. Interaksi sesama bentuk resepi di dalam perut kita menyebabkan cirit birit akan berlaku. Contohnya mengambil kueh raya, minum kopi atau air bergas dan tapai. Interaksi makanan ini boleh menyebabkan perut bergelora. Tapai mempunyai sedikit alkohol didalamnya. Ia bukan arak, tetapi hasil penapaian beras dengan ragi menyebabkan terbentuknya alkohol yang manis itu.

3) Interaksi ubat-ubatan dengan juadah raya juga boleh berlaku. Oleh yang demikian, sila perhatikan masa yang tepat ubat-ubatan anda perlu diambil. Jika arahan menyebut makan semasa perut kosong, makan wajib diambil semasa perut yang belum berisi dengan juadah raya. Kerana interaksi negatif antara ubat dan makanan akan menyebabkan penyerapan ubat terganggu. Jika timbul cirit-birit, lagi menyusahkan diri kita.

4) Meminun air yang tidak dimasak. Tahap suhu apabila anda ingin memasak air adalah paling minima 85 ⁰C. Dipanaskan selama 3 minit. Biasanya dapur gas di rumah kita, tahap mengelegak itu suhu rebusan sudah mencapai 100 ⁰C. Minima 60 saat ketika mengelegak sudah memadai. Tetapi lebih lama lebih baik agar semua bakteria dan virus akan mati. Air tidak dimasak ini dikatakan "racun" apabila mengandungi kuman berbahaya. Dahulu kala wabak taun (kuman kolera) boleh merebak. Tetapi sekarang sudah jarang didengari. Ini kerana sistem kumbahan, kebersihan dan kawalan punca sudah dijaga dengan baik. Namun, ia boleh segera muncul jika kita tidak berhati-hati. Kuman-kuman lain seperti pencemaran e-coli juga boleh menyebabkan kehidupan kita tidak keruan akibat cirit birit. Justeru, minumlah air yang dimasak. Bagaimana pula dengan ais? Ia juga boleh menjadi punca jika sumber pengilang ais tidak menjaga kebersihan dan menggunakan air yang tidak dijamin mutunya. Syarikat pengilang ais wajib mematuhi syarat-syarat yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan.

5) Penggunaan pinggan mangkuk, gelas yang tidak bersih. Biasanya boleh berlaku dalam keadaan sibuk, lupa untuk membersihkan segera pinggan mangkuk setelah digunakan. Kemudian kita membasuh semula dalam keadaan cincai. Makanan basi tidak terhapus seluruhnya. Kuman pun banyak yang melekat di pinggan. Basuh menggunakan sabun sudah memadai, tetapi perlu dilakukan dengan teliti, jangan tergesa-gesa. Kepada ibubapa yang ada anak kecil, basuh botol susu anak anda dengan cara yang betul. Sental baki susu yang ada didalam botol. Kemudian rendam dengan air panas. Tidak perlu direbus botol susu itu.


Apakah rawatan untuk cirit-birit ini? 
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil jika anda mengalami cirit-birit:

1) Sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera di klinik, samada klinik kerajaan atau swasta. Doktor akan menilai sejauh mana keterukan cirit-birit anda melalui pemeriksaan tanda-tanda vital seperti tekanan darah, suhu dan sebagainya.

2) Ambil ubat yang dibekalkan (jika anda tidak dimasukkan ke hospital). Doktor akan membekalkan garam gantian bagi menggantikan semula air serta garam galian setelah cirit-birit.

3) Banyakkan minum air, walaupun anda selalu muntah berak. Setidak-tidaknya sebahagian kecil dapat diganti dengan meminum air tadi.

4) Elakkan memakan makanan yang sudah basi atau tidak diketahui status bila dimasak. Tuan rumah rasanya tidak berkecil hati jika anda tidak makan. Buatlah alasan perut anda sudah penuh. Memang pun, sebelum tengahari perut sudah sendat dengan makanan. Kita makan juga kerana nafsu sahaja.

5) Elakkan memakan juadah berlemak, bergas, berkafein dan pedas. Elakkan juga percampuran makanan seperti yang saya sebut di atas tadi.

6) Jaga dengan teliti kebersihan penyediaan makanan, pinggan mangkuk dan air.

7) Rehat secukupnya. Banyakkan doa, jangan hiraukan kepada segelintir manusia yang anti-anti-doa.

Cirit-birit ini biasanya akan hilang dalam tempoh 24 jam sahaja, jika berlarutan, sila kembali semula ke klinik. Kemungkinan besar anda akan dimasukkan ke wad hospital bagi rawatan lanjut.

Sekian, semoga bermanfaat.
.
Dr Suhazeli Abdullah

29.6.2017
Ketengah Jaya

Malaysia shrugs off #1MDB scandal to become second-quarter star


KUALA LUMPUR- Malaysian assets are back in favor as investors focus on encouraging signs of an economic turnaround instead of a scandal that has touched the top of government and as far as Hollywood.

The stark shift means that Prime Minister Najib Razak, who has weathered political attacks and protests going back to 2015 over allegations involving state-owned 1Malaysia Development Bhd, may call an early election to cement his hold on power.

The ringgit is easily the strongest major Asian currency this quarter, climbing more than twice as much as the next best, the Chinese yuan. Global funds have bought the most Malaysian stocks year-to-date since the same period in 2013, and net inflows to the bond market surged in April and May.

Malaysia has been rocked by far-reaching investigations into investment fund 1MDB, yet double-digit acceleration in the country's exports has lifted the economy, which grew 5.6 per cent on-year in the first quarter, the most since early 2015.

"With improving macro-economic conditions in Malaysia, we became more positive in mid-2017 for the general Malaysia outlook, although there are still political and corruption concerns," said Hakan Aksoy, a fund manager at Pioneer Investment Management Ltd, which oversees US$244 billion globally. "As long as we see improvement on the macro data with the support of global conditions and stable energy prices, we will keep our cautiously positive stance for Malaysia," London-based Aksoy said.

Overseas investors have purchased US$2.48 billion of Malaysian equities this year, the biggest stock inflow in Southeast Asia. The FTSE Bursa Malaysia index hit its highest in two years on June 16 as technology, banks and construction shares soared.

Samsung Asset Management is buying Malaysian banking, property and construction stocks on bets the government will pump prime ahead of the election, according to Hong Kong-based fund manager Alan Richardson. Meanwhile, it's paring technology and commodity-related holdings.

"Domestic cyclicals will outperform while global cyclicals will underperform," Mr Richardson said. This is due to "a combination of global monetary stimulus and domestic early election stimulus." The stock market's gains came as the ringgit rebounded from a 19-year low. After missing out on an earlier rally in regional currencies, it strengthened as growth quickened and concerns eased over an earlier move by the central bank to deter currency speculators.

Bond investors have also returned. Malaysian debt securities drew more than 16 billion ringgit (S$5.14 billion) in April and May after recording the longest stretch of outflows in two years. The yield on 10-year notes has fallen 56 basis points to 3.9 per cent since reaching an eight-year high in November.

Still, not everyone is convinced. Nomura Holdings Inc is underweight on Malaysian stocks, citing expensive valuations and doubts that the growth momentum can be sustained.

"I find it difficult to justify buying Malaysia's genuine story while ignoring the risks on valuations and also the existing risk that the Malaysian market comes with," said Mixo Das, Nomura's Southeast Asian equity strategist in Singapore. "The market probably goes up a bit more till the election, but what happens after it?" A general election isn't due until mid-2018, but there's growing speculation that Mr Najib will call for polls this year with growth holding up and the opposition parties racked by infighting. The premier said earlier this month that preparations for the election were going well.

The economic outlook has helped to counter headlines involving 1MDB, which is at the center of money-laundering allegations and probes in several countries. The US Justice Department is seeking to recover US$1.8 billion in assets it says were bought with funds misappropriated from 1MDB.

Complaints filed in a US court alleged that from 2009 through 2015 more than US$4.5 billion belonging to 1MDB was diverted by officials of the fund and their associates. Mr Najib, who until last year was the chairman of 1MDB's advisory board, has denied wrongdoing and was cleared by Malaysia's attorney general.

For Schroder Investment Management Ltd., economic factors trump politics when investing in Malaysian bonds. It also favors the ringgit due to the nation's positive outlook.

"Key considerations are improving fiscal dynamics, dynamics around central bank policy, attractive economic policies, sensitivity to developed market and China developments," said Manu George, a Singapore-based fixed-income director at the firm. -
 - BLOOMBERG

#1MDB: PAS tolak pelawaan PH kerana ada cara tersendiri




“PAS ada cara kita sendiri, kita tidak bersama Barisan Nasional (BN) dan kita tidak bersama Pakatan Harapan, kita bawa cara kita dan kita bertindak tidak mengikut cara orang melibatkan isu 1MDB. Apa-apa perkara berkaitan negara hanya diselesaikan oleh negara kita sendiri, bukan orang luar. Soal telus atau tidak, itu perkara kedua tetapi isu negara kita, biar kita selesaikan.” - YB Dr. Khairuddin Aman Razali

PETALING JAYA: PAS menolak pelawaan Pakatan Harapan (PH) hari ini untuk bersama-sama gabungan itu memastikan mereka yang dituduh melesapkan dana 1MDB dibawa ke muka pengadilan, sebaliknya berkata PAS bukan sebuah parti yang terpengaruh dengan pihak asing.

“Pakatan Harapan hari ini musuh kepada PAS dan mereka juga menuduh PAS kononnya mendapat duit daripada Umno dan sebagainya,” kata ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali kepada FMT.

“PAS ada cara kita sendiri, kita tidak bersama Barisan Nasional (BN) dan kita tidak bersama Pakatan Harapan, kita bawa cara kita dan kita bertindak tidak mengikut cara orang melibatkan isu 1MDB.”

Khairuddin berkata parti itu tidak sama sekali “terikut-ikut” dan “terpengaruh” dengan pihak luar seperti Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), yang baru-baru ini mengeluarkan dokumen setebal 251 muka surat memperincikan pelesapan wang 1MDB menerusi pembelian beberapa aset mewah.

Sebaliknya, Khairuddin berkata PAS menolak “campur tangan pihak luar” dan mendesak penyiasatan peringkat tempatan seperti suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat 1MDB.

“Apa-apa perkara berkaitan negara hanya diselesaikan oleh negara kita sendiri, bukan orang luar. Soal telus atau tidak, itu perkara kedua tetapi isu negara kita, biar kita selesaikan.”

PH hari ini mendesak kerajaan memanggil sidang tergempar Dewan Rakyat bagi menjawab tuduhan yang terkandung dalam saman sivil DoJ bagi menyita aset bernilai lebih RM2.3 bilion di negara itu, yang didakwa dibiayai wang curi 1MDB.

Gabungan 4 parti itu turut mengumumkan siri jelajah seluruh negara bermula 6 Julai ini di Kepala Batas, Pulau Pinang, bagi menjelaskan kepada orang ramai tuduhan DoJ itu, yang sebelum ini disifatkan pemimpin kerajaan sebagai mempunyai agenda politik.

“Kami juga menyeru kesemua parti-parti pembangkang untuk mengenepikan segala perbezaan dan berkerjasama serta bersatu tenaga untuk membawa mereka yang terlibat di dalam skandal penyelewengan dana 1MDB ke muka pengadilan,” kata kenyataan PH hari ini, yang turut disokong 2 parti bukan ahli PH iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Warisan Sabah.

‘DoJ tidak bela umat Islam’
Khairuddin berkata tindakan DoJ merupakan hak mereka, tetapi mempersoalkan pandangan yang menganggap ia lebih adil daripada agensi lain.

Pemimpin Dewan Ulama PAS itu turut mengaitkan pendirian DoJ dengan nasib rakyat Palestin.

“Kita tidak perlu terikut-ikut dengan apa yang dibuat. Adakah DoJ di bawah penguasaan Amerika Syarikat, kita rasakan lebih adil terhadap orang Islam dan masyarakat Malaysia, sedangkan merekalah juga orang yang zalim terhadap kebajikan umat Islam di Palestin?” soal Khairuddin yang juga wakil rakyat Kuala Nerus itu kepada FMT.

Khairuddin berkata beliau sangsi tindakan DoJ menyimpan agenda negara barat.

“Adakah Amerika Syarikat melalui DoJ bertindak untuk kemaslahatan negara kita atau ada agenda tersembunyi atau ada orang lain sebenarnya merancang sesuatu dan berpakat dengan barat?” soalnya.
Khairuddin berkata pihaknya turut menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sama ada pendirian PAS mengenai DoJ ditafsirkan sebagai “mesra Umno”.

“Terpulang kepada mereka (Pakatan Harapan) mentafsir (PAS mesra Umno), kalau mereka tak kata macam itu mereka nak kata macam mana lagi, sebab mereka juga musuh kepada PAS.

DoJ melalui tindakan terbaru difailkan di California mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak filem yang didakwa dibiayai dengan dana yang didakwa digelapkan dari 1MDB.

PAS bersedia lawan kes di London




PAS sedang menunggu perbicaraan kes saman terhadap Sarawak Report berhubung laporan portal berita itu yang mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima wang RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya sudah bersedia dan sedang menunggu tarikh dari Mahkamah London untuk sesi pertama perbicaraan kes itu diadakan.

“Kita sedang tunggu tarikh mahkamah tetapkan (berhubung kes saman terhadap Sarawak Report),” katanya kepada Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp, semalam.


Menurutnya, PAS telah mengemukakan tuntutan saman terhadap Sarawak Report di mahkamah tersebut pada pertengahan April lalu.

Katanya, PAS juga sedang berusaha untuk mendapatkan wang secukupnya bagi membayar khidmat peguam yang telah dilantik bagi mengendalikan kes tersebut.



“Alhamdulillah, Tabung Saman Sarawak Report yang dilancarkan semasa muktamar di Kedah, April lalu berjaya mengutip kutipan mencecah hampir RM200,000 untuk bayar khidmat peguam.

“Semua wang ini disumbangkan oleh ahli dan penyokong Pas dan kami masih meneruskan kutipan derma itu,” katanya.

Jangan ingat PAS sekadar parti Tok Lebai’


Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim mengingatkan orang ramai, khususnya umat Islam supaya tidak memandang remeh saman fitnah yang dikemukakan oleh presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas portal Sarawak Report.

Menurutnya, mereka yang sayangkan Islam perlu melihat bahawa saman ke atas penulis artikel Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyalurkan dana sebanyak RM90 juta itu bertujuan merosakkan imej PAS.

“Kalau PAS sebuah parti sekular, pastinya PAS tak akan berhadapan dengan fitnah yang jijik ini.

“Fitnah ini ditujukan kepada PAS kerana perjuangan Islam.

"Berjaya merosakkan imej PAS bermakna berjaya merobohkan sebahagian dari benteng Islam yang berdiri teguh di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi Harakahdaily.

Dr Azman mengulas kejayaan Sarawak Report, Isnin lalu mengumpul GB£30,000 (RM160,000) bagi dana guamannya menerusi crowdfunding untuk menangkis saman fitnah Abdul Hadi.

Beliau berkata, mereka yang membantu portal yang berpangkalan di London itu adalah manusia yang sehati dan sejiwa dengan Sarawak Report untuk berkonfrantasi dengan perjuangan Islam yang didukung PAS.

“Angka GB£30,000 tak sukar untuk dikumpulkan oleh Sarawak Report kerana kufar dan yang sewaktu dengannya akan bersatu hati bagi menentang Islam dan perjuangan Islam.

“Kalau tak cukup, boleh minta dengan deretan nama-nama besar tauke barat dan Yahudi yang kaya raya. Angka sebanyak itu sekadar celah gigi saja,” katanya.

Isnin lalu, Sarawak Report berjaya mengutip jumlah dana yang diperlukan melalui platform dana awam - Crowd Justice - dalam tempoh masa tiga hari. Ketika berita itu ditulis, sebanyak GB£30,452 berjaya dikumpulkan menerusi 615 penyumbang.

Pada April lalu, Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcatle-Brown di Mahkamah Tinggi di London.

Dr Azman juga menasihatkan Sarawak Report supaya tidak terlalu angkuh dan memandang remeh ahli PAS serta mengingatkan mereka bahawa Abdul Hadi pernah menang kes saman lawan Daily Mirror, sebuah akhbar berpangkalan di London pada tahun 2007.

Katanya, ini susulan akhbar yang berpangkalan di London tersebut menyiarkan gambar Abdul Hadi dan mengaitkan presiden PAS itu dengan beberapa siri keganasan dan pengeboman di United Kingdom.

“Jangan ingat PAS ini parti Tok Lebai yang ahlinya 'orang darat' kilas kain pelikat berselipar Jepun. Bunyi Mahkamah London pun dah kecut perut. Nak jejak kaki di London pun sesat ke barat, apatah lagi nak failkan saman!

“Kalau kita disindir tadah tin Milo, mereka pula tadah beg James Bond! Pokoknya kutip derma dari publik juga.

“Maknanya mereka pun sakit juga. Kalau kita tak tidur malam, apa kurangnya mereka,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Idris Ahmad juga menyeru ahli parti itu membuat infaq bagi membantu membiayai kos guaman saman fitnah yang dikemukakan Abdul Hadi.

Katanya, Sarawak Report akan dapat banyak lagi dana menerusi pakatan moden peringkat antarabangsa yang mahu melawan PAS.

Beliau berkata, golongan itu akan bersatu untuk memadam cahaya perjuangan PAS.

“Mereka cukup dendam dan benci pada PAS kerana PAS parti tegar dengan prinsip Islam. Tidak pernah tunduk kepada sesiapa. PAS tidak tunduk kepada sesiapa.

“PAS tidak ada tuan yang memberi dedak sama ada tuan luar negara atau dalam negara. PAS adalah PAS.

“Insya-Allah PAS akan hadap semua cabaran ini dengan kekuatan ahli PAS dan memohon pertolongan Allah,” katanya dalam kenyataan yang juga disiarkan di Harakahdaily.

Bolehkah puasa enam diniatkan bersama dengan puasa qadha?




HUKUM QADHA’ PUASA RAMADHAN BERSEKALI DENGAN PUASA 6 SYAWAL

Oleh: Dr. Zulkifli al-Bakri

Mukaddimah

Alhamdulillah, kita baru selesai melaksanakan ibadat puasa Ramadhan dengan jayanya. Semoga Allah kurniakan kepada kita penerimaan segala ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan sama ada yang wajib mahupun yang sunat. Dengan menjelmanya Syawal, disamping kita berhari-raya dengan penuh kesyukuran, kita juga digalakkan untuk melaksanakan puasa enam Syawal. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan. Banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan Hukum Qadha’ Puasa Ramadhan Bersekali Dengan Puasa 6 Syawal. Justeru, pada kali ini akan menjawab persoalan berkaitan dengan isu ini. Semoga kita semua menjadi hamba-hamba Allah yang bertakwa dan cintakan amalan soleh.


Kelebihan Puasa Enam

Terdapat hadis yang menunjukkan kelebihan puasa enam. Antaranya:


Ł…َŁ†ْ ŲµَŲ§Ł…َ Ų±َŁ…َŲ¶َŲ§Ł†َ Ų«ُŁ…َّ Ų§َŲŖْŲØَŲ¹َŁ‡ُ Ų³ِŲŖَّŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ų“َŁˆَّŲ§Ł„ٍ ŁَŁƒَŲ£َŁ†َّŁ…َŲ§ ŲµَŲ§Ł…َ Ų§Ł„ŲÆَّŁ‡ْŲ±َ

Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.” Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Turmuzi, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain. Imam al-Turmuzi berkata hadis hassan.

Ini menunjukkan bahawa maksud puasa Ramadhan seolah-olah setiap hari mewakili gandaan 10 hari. Justeru, ditambah dengan enam hari Syawal, maka jadilah ia 360 hari. Itulah tafsiran sebahagian ulama.


Hukum Puasa Qada’ Ramadhan Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal

Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.


PERTAMA: SAH

Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat.


Inilah pendapat: Imam Ibn Hajar al-Haitami

Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah (1/162)

dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)

Imam al-Barizi.

Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)

Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)

Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin


KEDUA: TIDAK SAH


Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ Ramadhan tidak kepada puasa sunat Syawal.

Inilah pendapat:

Imam al-Asnawi

Syeikh Ibn al-Solah

Abu Makhramah

Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)

Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.


Tarjih

Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa Ramadhan dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.

Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya 

(niat qada Ramadhan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).


Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ Ramadhan dan puasa enam Syawal.


Sekian.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber: http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/684-irsyad-fatwa-ke-43-hukum-qadha-puasa-ramadan-bersekali-dengan-puasa-6-syawal

Lebih Ramai Yang Lebih Layak Dari Tan Sri Noh Omar.


Saya mencadangkan Perdana Menteri menggantikan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sekarang dengan seseorang yang lebih profesional.

Menteri sekarang, Tan Sri Noh Omar lebih suka bermain politik dan mengambil sikap berkonfrontasi dengan kerajaan negeri. Ini adalah satu sikap yang akan merugikan rakyat.

Saya melihat Timbalan Menteri sekarang, Datuk Halimah Mohamed Sadique lebih berwibawa dan terbuka. Lagipun beliau telah menjadi Timbalan Menteri sejak 2013 maka lebih berpengalaman dari Tan Sri Noh. Maka adalah wajar beliau menggantikan Tan Sri Noh.

Tetapi jika perlu melantik pemimpin dari Selangor, terdapat juga pemimpin BN yang layak mengganti Tan Sri Noh. Datuk Seri Dr Irmohizan Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor adalah salah seorang calon pengganti Tan Sri Noh.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan di dalam isu-isu perumahan demi kebajikan rakyat.


Kami tidak bercakap kosong kerana telah memberikan keistimewaan kepada projek Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Perkhidmatan Awam 1 Malaysia (PPA1M) sama seperti projek Rumah Selangorku. Tetapi Menteri yang terlibat lebih suka mengambil sikap untuk berkonfrontasi dengan kerajaan negeri.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak boleh disalahkan jika mengambil tindakan balas.

Perlu diingatkan kerajaan negeri tidak menghalang pelaksanaan projek-projek PR1MA dan PPA1M di Selangor. Mereka hanya perlu patuh kepada peraturan-peraturan yang sama seperti pemaju-pemaju swasta yang lain.

Dato' Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
28 Jun 2017                      

Diskaun jika perjalanan ambil masa lebih panjang.



Konsesi lebuhraya perlu memberi diskaun jika perjalanan mengambil masa lebih panjang dari yang sepatutnya.

Perkara ini dicadangkan oleh Pengerusi Pertubuhan Penggerak Hasrat Rakyat (HASRAT), Haji Shafie Ngah, ketika mengulas tentang kesesakan di lebuhraya pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidifitri yang baru lalu.

Katanya, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam menjadi 6 jam akibat kesesakan.

Beliau berkata apabila lebuhraya dibina ia adalah untuk memberi keselesaan kepada pengguna dan mempercepatkan perjalanan mereka. Sekiranya perjalanan mengambil masa yang lebih panjang maka pemegang konsesi lebuhraya telah gagal menyediakan perkhidmatan seperti tujuan pembinaan lebuhraya itu.


"Kalau kita makan di restoran dan makanan yang dihidangkan itu basi, kita tidak perlu membayar dan tuan kedai tidak boleh memberi alasan seperti pelanggan terlalu ramai", tambah beliau.

Shafie yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor menyarankan diskaun automatik 30% atau 50% diberi apabila berlaku kesesakan sama ada pada musim-musim perayaan atau di masa-masa yang lain.

Beliau yakin syarikat konsesi tidak akan menanggung kerugian kerana trafik akan meningkat berlipat kali ganda pada musim-musim tersebut.

"Rakyat telah dibebankan dengan kenaikan tol maka mereka tidak seharusnya didera secara berterusan", kata beliau lagi. (1Media.my)                        

Pandangan dunia terhadap Amerika Syarikat berubah, memberi peluang kepada China



Sebuah agensi berita minggu ini melaporkan bahawa pandangan masyarakat terhadap Amerika Syarikat berubah dengan drastik sejak Donald Trump dipilih sebagai Presiden.

Lebih 40,000 orang di 37 negara telah ditemuduga oleh satu pusat penyelidikan dan hanya mereka di dua negara yang melihat bekas Presiden Barack Obama adalah lebih baik dari Trump. Negara-negara itu adalah Israel dan Russia.

Malah sekutu tradisi Amerika di Eropah, Jerman, juga menganggap Eropah tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada Amerika. Perkara ini dinyatakan oleh Chancellor Jerman, Angela Merkel setelah bertemu Trump.

Menurut kajian tersebut hanya 11% rakyat Jerman yang yakin kepada Trump berbanding 86% yang yakin kepada Obama.

Kajian itu juga menunjukkan lebih separuh responden di 26 dari 37 negara menganggap Trump sebagai bahaya.

Di negaranya sendiri majoriti rakyat tidak yakin kepada Trump. Hanya 39% rakyat yang percaya beliau sedang menjalankan tugas dengan baik. Di kalangan rakyat kulit hitam pula hanya 7%.

Perubahan pandangan masyarakat antarabangsa akan memberi ruang kepada saingan kepada Amerika untuk mengambil alih tempat kuasa besar dunia itu. Hari ini negara China sedang giat menjalinkan hubungan dengan negara-negara membangun dan negara-negara dunia ketiga.

China sebagai sebagai sebuah kuasa ekonomi yang tidak boleh dipertikaikan lagi telah membuat pelaburan dan memberikan pinjaman yang besar kepada negara-negara tersebut.

Kekuatan ekonomi dan hubungan yang dijalin akan menjadikan negara itu kuasa ketenteraan yang susah hendak dicabar. Akhirnya akan wujud satu blok baru dan negara-negara di dunia dipaksa memilih di antara Amerika atau China.

Trump yang mahu membuat Amerika kembali hebat telah menyebabkan ia kehilangan pengaruh.(MediaFikir)

Komentar: #AirAsia, Doa Dan Zaid Ibrahim


Di dalam al Quran di banyak tempat, Allah menggambarkan saat kegetiran terumbang-ambing dibadai gelora besar di tengah lautan (apatah lagi kalau di langit tinggi seperti kes penerbangan #AirAsia semalam), seluruh penumpang kapal yang tak pernah ingat Allah pun akan mengangkat tangan berdoa memohon pertolongan dan pembebasan daripada kecelakaan.Ia adalah fitrah manusiawi yang tersembul keluar dari dalam diri manusia hatta mereka yang hidup penuh alpa daripada mengingati Allah sekalipun. Saat bersabung nyawa disapa takdir alam milik-Nya adalah saatnya Allah tunjukkan kepada manusia hakikat kehidupan. Mereka perlukan Allah. Allah-lah empunya langit bumi dan segala kejadiannya. - Ustaz Nik Mohamad Abduh. 


Saya cuba mengagak bila agaknya Dato Zaid Ibrahim berdoa kepada tuhannya? Bila saatnya?

Di dalam al Quran di banyak tempat, Allah menggambarkan saat kegetiran terumbang-ambing dibadai gelora besar di tengah lautan (apatah lagi kalau di langit tinggi seperti kes penerbangan Air Asia semalam), seluruh penumpang kapal yang tak pernah ingat Allah pun akan mengangkat tangan berdoa memohon pertolongan dan pembebasan daripada kecelakaan.

Ia adalah fitrah manusiawi yang tersembul keluar dari dalam diri manusia hatta mereka yang hidup penuh alpa daripada mengingati Allah sekalipun. Saat bersabung nyawa disapa takdir alam milik-Nya adalah saatnya Allah tunjukkan kepada manusia hakikat kehidupan. Mereka perlukan Allah. Allah-lah empunya langit bumi dan segala kejadiannya.

Saya doakan saatnya nanti, fitrah dato Zaid Ibrahim akan tersembul keluar. Biar Allah tunjukkan dengan hikmat-Nya bahawa untuk menagih harapan hidup dan umur lebih panjang, dia akan dipaksa fitrahnya untuk turut berdoa kepada tuhannya.

Setakat ini, jawaban yang saya dapat ialah mengapa ada juga Melayu muslim yang begitu marah dan bencikan PAS. Ya, kerana PAS mengajar ahlinya untuk sentiasa BERDOA semoga PAS berjaya mara ke Putrajaya nantinya.

Orang berpuasa di bulan Ramadhan akan merindui doa. Orang tak puasa memang sah akan menolak doa. Saya tak jumpa lagi kes orang puasa tolak doa. Mungkin ini kes pertama? - Ustaz Nik Mohamad Abduh

Kelantan: Kaki fitnah kelulusan balak 1 juta ekar sangat biadap

Kelantan kini mula meneroka sumber ekonomi baharu iaitu 'Carbon Credit' atau Perdagangan Karbon di bawah program pemuliharaan hutan PBB. Melalui usaha ini, seluas 1 juta ekar hutan simpan di Kelantan akan dipelihara daripada sebarang aktiviti pembalakan dan pembangunan selama 30 tahun.

Sangat biadap... kata Menteri Besar.

Kaki fitnah kelulusan balak 1 juta ekar sangat biadap. Demikian kata YAB Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob merujuk kepada usaha Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian dengan syarikat Climate Protector yang akan membuat kajian dan audit karbon Hutan Simpan Kekal di Kelantan.

Kelantan kini mula meneroka sumber ekonomi baharu iaitu 'Carbon Credit' atau Perdagangan Karbon di bawah program pemuliharaan hutan PBB. Melalui usaha ini, seluas 1 juta ekar hutan simpan di Kelantan akan dipelihara daripada sebarang aktiviti pembalakan dan pembangunan selama 30 tahun.

Dalam masa yang sama, ia mampu memberi pulangan kewangan kepada Kerajaan Negeri melalui penjualan saham Karbon di pasaran antarabangsa.

PAS: Beri Tumpuan Kepada Pertanian Organik Untuk Elak Penggantungan Kepada Syarikat Multinasional

Negara-negara maju sedang beralih kepada pertanian organik. Kos merawat kesan racun dan baja kimia adalah lebih tinggi dari kos pertanian organik yang didakwa tinggi. Racun baja kimia sedang dilambak di negara-negara membangun dan dunia ketiga. Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri digesa agar menyediakan lebih banyak insentif untuk mereka yang berminat menceburi di dalam pertanian organik. Kos pelaksanaan akan dapat dikurangkan sekiranya produktiviti dapat ditingkatkan dengan mengalakkan pertanian cara tersebut. -  Hj Mohd Sanusi Mohd Nor , Pengerusi Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS)

KUALA LUMPUR, 27 JUN- Malaysia perlu memberi tumpuan kepada pertanian organik bagi mengelakkan penggantungan kepada syarikat-syarikat multinasional.

Pengerusi Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS), Hj Mohd Sanusi Mohd Nor berkata pertanian organik akan membebaskan petani dari keperluan untuk racun dan baja kimia yang dikawal bekalan dan harganya oleh syarikat-syarikat multinasional.

Selain dari itu ia juga dapat mengeluarkan hasil-hasil yang bebas dari unsur-unsur kimia yang boleh memudaratkan kesihatan.

Buat masa ini keluasan tanah di Malaysia yang diusahakan untuk pertanian organik berbanding keseluruhan gunatanah pertanian adalah rendah.

Peratusannya adalah 0.01% berbanding dengan Filipina (0.68%), Vietnam (0.35%), Thailand (0.16%) dan Indonesia (0.16%).

Negara-negara Eropah seperti Switzerland (19.4%), Sweden (16.4%) dan Itali (10.8%) merekodkan peratusan yang lebih tinggi.

Nilai pasaran produk organik dunia semakin meningkat dari 20 billion USD dalam tahun 2002 kepada 43 billion USD dalam tahun 2015.

Kata Sanusi lagi, negara-negara maju sedang beralih kepada pertanian organik. Kos merawat kesan racun dan baja kimia adalah lebih tinggi dari kos pertanian organik yang didakwa tinggi. Racun baja kimia sedang dilambak di negara-negara membangun dan dunia ketiga. 

Sehubungan itu, Sanusi turut menggesa kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri agar menyediakan lebih banyak insentif untuk mereka yang berminat menceburi di dalam pertanian organik. Kos pelaksanaan akan dapat dikurangkan sekiranya produktiviti dapat ditingkatkan dengan mengalakkan pertanian cara tersebut.

Rakyat juga perlu beralih kepada gaya hidup yang lebih sihat dan memakan produk-produk organik adalah salah satu darinya. (1Media.my)

Airbus #Airasia A330 : Geng Ustaz Ucap Syukur Dan Tahniah!




Firman Allah swt dalam surah al Isra' ayat 67, 

ŁˆَŲ„ِŲ°َŲ§ Ł…َŲ³َّŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„Ų¶ُّŲ±ُّ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲØَŲ­ْŲ±ِ Ų¶َŁ„َّ Ł…َŁ†ْ ŲŖَŲÆْŲ¹ُŁˆŁ†َ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų„ِŁŠَّŲ§Ł‡ُ ۖ ŁَŁ„َŁ…َّŲ§ Ł†َŲ¬َّŲ§ŁƒُŁ…ْ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŲØَŲ±ِّ Ų£َŲ¹ْŲ±َŲ¶ْŲŖُŁ…ْ ۚ ŁˆَŁƒَŲ§Ł†َ Ų§Ł„ْŲ„ِŁ†ْŲ³َŲ§Ł†ُ ŁƒَŁُŁˆŲ±ًŲ§

Maksudnya, ".. Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)..."

1. Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ bersyukur dan merakamkan tahniah kepada juruterbang pesawat A330 yang merupakan seorang Muslim yang meminta agar penumpang membacakan doa ketika pesawat berkenaan manghadapi masalah teknikal dalam penerbangannya dari Perth ke Kuala Lumpur baru-baru. 

2. Tindakan spontan setiap manusia apabila dalam situasi lemah, terdesak dan ketakutan, nescaya mereka akan kembali kepada pencipta iaitu Allah azza wajalla. 

3. Sebagai seorang Muslim, doa adalah "tool" penting dalam setiap urusan. Malah doa dianggap kemuncak pengharapan diletakkan dalam jiwa manusia sesudah mereka melakukan sesuatu perkara. Keyakinan itu bertambah dalam setiap Muslim apabila mereka berdoa kepada Allah swt. 

4. Geng Ustaz memuji Kapten dan Juruterbang Airbus A330 berkenaan yang mendidik jiwanya dan seluruh penumpang agar menyerahkan diri kepada Allah swt dikala situasi yang sangat berhajat kepada pertolongan sang Pencipta. Inilah sikap dan seorang Muslim Mukmin.



5. GENG USTAZ juga kesal terhadap Datuk Zaid Ibrahim yang membidas juruterbang berkenaan seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini. Apakah Datuk Zaid tidak menyukai seorang juruterbang yang beriman dan memiliki perasaan jiwa takut kepada Tuhan memandu pesawat?. Tidak wajar seorang yang mengaku Islam mempertikai juruterbang berkenaan hanya kerana dia meminta doa dibacakan. 



6. Apakah Datuk Zaid ini ketinggalan zaman atau terlepas info, bahawa sudah banyak syarikat penerbangan antarabangsa bertaraf dunia kelas pertama yang memasukkan doa menaiki pesawat dalam prosedurnya? . Adalah memalukan sikap Datuk Zaid ini, membuat komentar dalam perkara sebegini. Janganlah sampai tidak menyukai, skeptikal dan prejudisnya terhadap unsur agama Islam. Mungkin Datuk Zaid tidak sedar diri dia berada di darat dalam zon selesa. Cubalah merasai perasaan dan cemasnya penumpang di udara ketika itu,  nescaya Datuk Zaid pun pasti teringat pada Allah swt dengan menadah tangan berdoa. 

8. GENG USTAZ juga merasakan syarikat penerbangan di Malaysia yang memasukkan bacaan doa dalam salah satu prosedur memulakan penerbangan atau ketika situasi cemas sebagai langkah yang mulia dan harus dipuji dan dicontohi. 

9. GENG USTAZ juga memuji kenyataan Kamaruddin Meranun Ketua Eksekutif AirAsia yang mempertahankan Kapten pesawat AirAsia A330 berkenaan atas respon negatif Datuk Zaid Ibrahim. Kenyataan ini adalah gambaran bagaimana masyarakat menolak sikap sebahagian orang yang membenci terhadap Islam.

Tahniah dan Syukur Alhamdulillah. 


Daripada :

Ustaz Norazli Musa
Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ
3 Syawwal 1438H / 27 Jun 2017

ORANG RAMAI DIMINTA MANFAATKAN APLIKASI VSP


Saya ingin memesan kepada umat Islam yang balik ke kampung masing-masing pada musim perayaan kali ini agar menggunakan kemudahan VSP bagi mengelak berlakunya kejadian jenayah terutama pecah rumah.



Shah Alam, 25 Jun - Seramai 321 orang di Selangor yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri menghantar Borang Maklumat Balik Kampung kepada pihak polis menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dalam tempoh 18 hingga 24 Jun ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata orang ramai harus memanfaatkan kemudahan itu dengan sebaiknya kerana dengan VSP, mereka tidak perlu ke balai polis berhampiran untuk meminta polis mengawasi harta benda mereka.

"Saya ingin memesan kepada umat Islam yang balik ke kampung masing-masing pada musim perayaan kali ini agar menggunakan kemudahan VSP bagi mengelak berlakunya kejadian jenayah terutama pecah rumah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfiti di sebuah surau di Ibu Pejabat polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Aplikasi VSP yang dilancarkan 25 Mac lepas oleh polis bersempena Hari Polis ke-210, membolehkan masyarakat melaporkan kejadian jenayah dan kemalangan di kawasan mereka.

Menerusi aplikasi VSP ini, pengguna telefon pintar boleh menyalurkan aduan atau maklumat yang dilengkapi dengan video, gambar dan koordinat GPS lokasi kejadian kepada polis bagi membantu membasmi jenayah.

Polis mempunyai dua aplikasi utama iaitu VSP dan ‘Hotline 999’ yang boleh digunakan untuk menyalurkan sebarang maklumat dan panggilan kecemasan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, SAC K. Kumaran berkata dalam tempoh seminggu Op Selamat 11 dilaksanakan, terdapat penurunan dalam bilangan kemalangan maut.

Namun kemalangan yang tidak membawa maut mencatatkan peningkatan.

Dalam pada itu, beliau berkata hanya 10 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota polis Selangor dibenarkan cuti sempena hari raya tahun ini. - BERNAMA
© all rights reserved
made with by templateszoo